BISKUT CINTA 3 WARNA - izahdaut
Bahan-bahannya:-
300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor 2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai
Caranya:
Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim.
Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati.
Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai.
Ulikan sehingga warna sebati.
Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli (15 gm @ 20 gm) dan letakkan ke dalam paper cup.
Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.
No comments:
Post a Comment