Tuesday, October 11, 2011

Nasi Pelangi @ Hujan Panas


Saya suka nasi ni kerana warna-warninya dan sedap.

Nasi Pelangi - Amy
3 cawan beras basthmati – rendam 1 @ 2 jam, cuci dan toskan.
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar – di mayang
3 biji bawang merah * - dikisar
2 ulas bawang putih * - dikisar
1 inci halia* - dikisar  
2 kuntum Bunga lawang 
sebatang Kayu manis
4 kuntum Bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar Mentega
2 sudu besar badam serbuk (badam yang dikisar)
1 kiub ayam
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
Pewarna hijau, merah dan kuning.
Kismis, bawang goreng.
Cara Memasak:
1.    Panaskan minyak sapi campur mentega dan tumiskan bawang
       besar yang di mayang bersama rempah sekawan (kayu manis,
       bunga lawang, cengkih)
2.   Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk badam dan tumis
       hingga naik bau. (Tumis semua dalam kuali).
3.   Sementara itu, masukkan air , susu cair dan kiub ayam ke dalam
       periuk nasi letrik. Masukkan beras , garam dan daun pandan.
       Kemudian masukkan bahan tumis tadi. Biarkan nasi mendidih.
4.   Bila nasi hampir masak, buat 3 lubang menggunakan hujung
       senduk atau straw minuman. Letakkan pewarna merah, hijau
       dan kuning berasingan. Biarkan nasi benar-benar masak.
5.   Akhir sekali masukkan kismis, biarkan seketika lepas itu baru di gaulkan
      nasi tadi dengan kismis dan biar bercampur warna. Bolehlah dihidang
      dan ditabur bawang goreng.

Nasi Pelangi dengan lauk pauknya.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails