Tuesday, October 25, 2011

Kuih Seri Muka - Resepi Mudah..!!!


Saya buat kuih ni sebab teringin nak makan, bukan tak boleh beli, tapi kalau beli kurang
rasa lemak manisnya, tapi memandangkan anak-anak saya tak suka sangat kuih, kecuali
satu dua jenis seperti karipap, donut, apam, itupun ada yang suka ni, ada yang suka tu,
menyebabkan rasa nak membuat kuih- muih ni hilang...hehehe...tapi yang ini saya buat juga...
saya fikir kalau banyak ( sebab buat satu loyang ) nak makan 2-3 ketul kuih aje...tak apalah
kalau siap bagi pada Ina anak sedara dan emaknya (kakak ipar) jelah...Saya suka guna
resepi ni sebab guna ukuran cawan (cawan metrik).
Resepi seperti dibawah:-

KUIH SERIMUKA - Amy
Resepi asal : ANA ALI (Sweet treats)
Bahan-Bahan:-
Lapisan bawah
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam
Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan dijdikan jus pandan)
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gadum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam


Penyediaan:-

Untuk lapis bawah.
Basuh beras pulut, toskan, gaulkan dengan santan dan garam. Tanak sehingga 
masak .
Bila masak masukkan dalam loyang yang disapukan dengan sedikit minyak 

masak @ lapik plastik. Tekan sehingga padat.
Untuk lapis atas .
Kisar semua bahan2 dalam blender dan tapis.
Tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi.
Kukus lebih kurang 1/2 jam. Untuk mengelakkan bahagian atas kuih nih 
berkedut, boleh tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus. 
Tunggu sejuk baru dipotong .

***potong menggunakan pisau plastik agar potongan licin dan kemas.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails