Friday, October 28, 2011

Kuih Talam Berlauk - Resepi 90an...

Teringin nak makan kuih ni...nak beli memang tak jual 
kat gerai..kecuali bulan Ramadhan...jadi saya buatlah...
resepi dah 20 tahun berlalu, mana taknya kat kertas 
resepi tu tulis 29/11/91...masa zaman bujang dulu, 
kat pejabat setiap Jumaat ada kelas masakan 
berselang seli dengan kelas jahitan.Watermark kat 
gambar atas tu tersilaplah...hua...hua..hua...
Saya kongsikan resepinya:-

TALAM BERLAUK- RESEPI KELAB PAKSU BLKK 
- JPA (29/11/1991)
Bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
5 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini dan di kacau rata.

Bahan utk hiasan/taburan
½ kilo udang hidup (dibersihkan buang kulit dan 
di goreng sehingga masak)
1 sudu besar udang kering rendam, goreng tanpa 
minyak sehingga garing dan ditumbuk/blend
Satu pokok daun bawang dan daun sup di potong halus
3 biji cili merah di hiris
3 biji bawang merah dimayang dan dijadikan bawang 
goreng.

Cara:-
1. Bancuhkan tepung beras, tepung jagung, tepung 
    gandum, garam dan santan sehingga sebati.
2. Tapiskan bancuhan tadi dengan kain nipis.
3. Panaskan loyang dan pengukus.
4. Tuang bancuhan kedalam loyang dan masukkan 
    udang goreng tadi, separuh daun bawang dan daun 
    sup.
5.  Kukus sehingga ¾ masak, dan taburkan campuran 
    udang kering, cili merah hiris, daun sup /daun 
    bawang dan bawang goreng tadi di atas kuih, 
    kukus lagi sehingga masak.
6.  Sejukkan baru dipotong, hidangkanm bersama 
    sos cili.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails