Thursday, June 7, 2012

Tidak cepat atau lambat walaupun sesaat.....


Kita tidak tahu sebenarnya bila waktu kematian kita. Jika waktu itu bukan ajal kita, maka Dia tidak akan mempercepatkan waktu kematian. Ajal kita memang sudah ditetapkan dari azali lagi, tiada cepat atau lambat walaupun sesaat.

Setiap dari kita perlu menerima kenyataan bahawa dalam kehidupan ini kita tidak mampu melawan takdir.Apabila ajal tiba, tiada siapa yang mampu menghalang tanpa mengira siapapun kita atau berapapun usia kita, samada muda ataupun tua.Apabila tiba masanya, malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa akan menjalankan tugasnya tanpa mengira sesiapapun jua. 

Pagi ni hubby menyampaikan berita, bekas boss dia, En Anuar Bakar (CIMB) juga bekas pembaca berita RTM (usia 41 tahun), sudah meninggal dunia malam tadi.
"Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji un"

Semalam jam 2.00 petang, dia dan beberapa rakan kerja sempat menziarahi beliau di Hospital Seremban, waktu tu, dah koma. Semasa di masukkan ke hospital beliau pengsan.
Sebelum bercuti di Sabah, hubby dan rakan-rakan ada pergi ke Seremban untuk menziarahi beliau tapi tidak kesampaian kerana jalan raya menuju Seremban sesak yang amat sangat(masa tu permulaan cuti sekolah) menyebabkan mereka semua terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Kami sekeluarga dah plan nak melawat beliau, bila mengetahui beliau menghidap kanser hati.Beliau sendiri pun baru mengetahui tentang penyakit tersebut dalam 2-3 minggu ni saja. Selepas pulang dari Sabah kami cadang nak pergi hari Isnin (4/6/12)…(balik dari Sabah hari Ahad), tapi adik Thira kena chicken pox pulak….
Jadi tukar plan nak pergi hari Ahad ni (10/6/12) tapi rupanya tak kesampaian juga, bila arwah dijemput terlebih dahulu...manusia hanya bisa merancang.

Takziah buat keluarga En. Anuar Bakar (isteri arwah sedang mengandung anak yang kedua) dan yang mengenali arwah.
Al Fatihah buat arwah…..

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”(QS. Al-Jumu’ah [62]:8)

2 comments:

  1. Kita memang disuruh mengingati mati...kerana mati itu pasti...tapi bekalan untuk mati tu yang mengusarkan hati..."Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, terimalah taubat dan amalan kami"...Aminnnnn....

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails