Tuesday, October 8, 2013

Haa..Kantoi Sudah....!!!



Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang  menafikan 
dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid 
Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada 
pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin (gambar) berkata, polis tidak memberi jawapan 
berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 
44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan 
peralatan lain. 

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya 
sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara 
menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan 
dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada 
masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, 
berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan 
terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada 
penjenayah.Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod 
identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan 
senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, 
jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.
“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan 
kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” 
kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis 
melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin 
jatuh ke dalam laut.
“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian 
anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya 
dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya.

Ambrin turut tidak bersetuju  dengan kenyataan bekas 
Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek 
bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan 
semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang 
daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin 
Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei 
mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert 
itu. Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta 
daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara 
itu. Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” 
(malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh 
penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan 
berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang 
mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi 
peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak 
berhubung audit itu.

“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian 
kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar 
wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang 
dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.

“Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua 
Audit Negara,” katanya.


Jadi apa yang boleh mengajar manusia termasuk pemimpin? Cendekiawan Islam seperti Sayyid Abul A'la Maududi 
menegaskan tidak ada sistem pemerintahan pun yang akan 
berjaya jika pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang 
tinggi dan masyarakatnya tidak bertakwa dan amanah.


Selagi orang seperti ini (rasuah, salah guna kuasa) dipilih 
sebagai Pemimpin/Ketua, selagi itulah kita hanya bermimpi 
untuk menemui 'seorang Umar Abdul Aziz'–baginda cukup 
takut menggunakan harta kerajaan tidak pada tempatnya 
sehinggakan pelita dinyalakan anaknya untuk suatu urusan 
peribadi dipadamkannya kerana takut menyalahgunakan 
harta awam. 

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails