Sunday, October 13, 2013

"Mengapa Masa Susah Dahulukan Rakyat dan Masa Senang Anda Utamakan Kedudukan dan Kaum Kerabat Anda??"


Kisah Imam Nawawi
Imam Nawawi (1234 – 1278)
Ulama  dibawah pemerintahan Sultan Syah Nuruddin di Syria.
Satu hari di istana , Imam Nawawi berkata kepada Sultan:

“ Saya mendengar anda memerintahkan seluruh rakyat
Menyumbangkan harta bendanya untuk keperluan Negara.”

“Betul. Negara kita sedang mengalami kesulitan. Ekonomi
Merosot.Produksi berkurang sementara musuh-musuh kita 
siap siaga menyerang,” jawab Sultan.

“ Saya kira tindakan anda salah, wahai Sultan. Dalam keadaan
Gawat, mengapa anda mendahulukan rakyat. Sedangkan pada
Waktu senang anda lebih mengutamakan kedudukan dan 
kaum kerabat anda?” kata Imam Nawawi.

Ekoran itu lahirlah satu pidatonya kepada rakyat Syria yang 
sangat terkenal yang mengakibatkan beliau dibuang negeri.

Kata Imam Nawawi, : Jangan seorang pun rakyat menderma
sehingga semua harta dalam istana sultan habis digunakan 
untuk kegunaan Negara.”
Sumber : FOKUS – Suara Keadilan 138   

Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh Sultan 
Al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang 
dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang ulama’ yang 
mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, beliau hidup di 
dalam masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki 
dengan harta benda dunia. Beliau mencurahkan ilmu kepada 
masyarakat ummat. Beliau memimpin ummat bukan ummat 
yang memimpin beliau. Mengeluarkan fatwa tanpa 
memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu meyusahkan 
kedudukannya. Inilah contoh ulama’ pewaris nabi 
(warithatul anbiya’).

Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenarkan baginda 
mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih 
dapat dipergunakan. Baginda al-Malik al-Zahir murka 
kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan 
sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau 
segera keluar dari Damsyik. Imam Nawawi terima saja 
perintah pengusirannya itu dengan nada yang tenang. Lalu 
beliau pun keluar ke Nawa. Para ‘ulama Syam telah berusaha 
menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau 
enggan dengan berkata: “Saya tidak akan balik ke Damsyik 
selama baginda masih berkuasa”.

(Sumber rujukan asal, HADIS EMPAT PULUH, 
Cetakan Dewan Pustaka Fajar)
sumber: http://islam.blogsome.com/category

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails