Friday, October 25, 2013

Siapa Kita Untuk Meragui Undang - Undang Allah ..????

Yang bukan Islam ternanti-nanti...

Pemimpin dan bekas pemimpin
menghina habis-habisan...!!!!

Akhirnya..Brunei yang melaksanakan..

Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam,
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang
Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang
mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah
dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan
menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke
Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Beliau menekankan bahawa jika tujuan para
pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk
mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa
selamat kerana akan mendapat perlindungan yang
sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah
sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa
mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik,
tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana
berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada
zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah
syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah
curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan
oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada
pencuri dan perompak.

“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah?
Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah
haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun
membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta
jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan
Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk
mengawal kebanjiran berkenaan.

“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan,
tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat,
tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil
menambah kata bahawa Undang-Undang Allah
bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan
penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang
Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah
salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah
lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah
keliru seperti kita keliru, serunya.

“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui.
Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah?
Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita,
sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” 
nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan.

Yang membuat kita Kuat adalah Doa.
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah.
Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras.
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa.
Yang membuat kita Semangat adalah Harapan 
dan Impian.
Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah 
mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan 
memperbanyak Sujud dan mengingati Allah 
Azza Wa Jalla.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali 
dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan 
kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan 
kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat 
yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan 
dan keamanan.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails