Showing posts with label Anak-anak gadisku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak gadisku. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Gambar Raya 2014







Gambar Keluarga pada Hari Raya Eidul Fitri 2014.
Ramai yang tak ada sebab ada abang yang beraya
di Rawang sebab anak dia patah kaki, ada abang yang
balik Tg.Malim, ada abang dan kakak yang beraya kat 
Kg.isteri dan suami di Sg.Besar.
Ada anak saudara yang balik kg. suami di Perak, yang 
beraya dengan keluarga suami atau isteri walaupun 
sekitar K.L. Ada yang tak balik sebab belajar di Korea.
Kalau semua ada memang ramai...Lagi ramai…lagi 
riuh..lagi gilerrr…..

Saturday, October 19, 2013

Gaya SKEMA.......

Saya memanggil gambar dengan gaya begini adalah 
SKEMA..ha..ha..ha...Jangan marah aaa...
Gambar kak Diba dan teman- teman kolej…
Gaya SKEMA lagi...Iqa Najiha dan teman-teman kolej...

Friday, August 16, 2013

Gambar Pagi Raya...



Gambar-gambar diambil selepas Solat Hari Raya...
pencahayaan gambar tidak sama...ada ambil guna
kamera, guna hp..guna tab...banyak gambar yang 
diambil, tapi saya masukkan 3 keping gambar saja
dalam blog...malas sebenarnya...hehehe....


Thursday, November 8, 2012

Cepat Sungguh Masa Berlalu.....


Gambar waktu di Nexus Karambunai Sabah
Berkemas album gambar…ada album gambar
yang dah patut di tukar….dah kusam…dok
bersimpan dalam laci almari….Masa tu mana
ada kamera digital macam sekarang....
Dok ambil gambar, hantar filem, cuci kat
kedai...bukan macam sekarang..ambil boleh
terus masuk dalam komputer..malah boleh
up date terus kat FB, Twitter, Blog, ada 
instagram lagi...canggih kan?...
Belek-belek gambar masa anak-anak masih
kecil lagi…Cepat sungguh masa berlalu…. 
Gambar Diba
Masa umur 3 bulan..naik flight pergi Sarawak

Umur 1 tahun masa kat Phuket Thailand..
Umur 2 tahun lebih
Gambar Iqa..
Masa 2-3 bulan...
Masa kat Cameron Highland...
Tak pandai merangkak tapi terus berjalan....
Masa umur 2 tahun lebih....
Gambar Thira
Masa kat Federal Hotel Langkawi....


Kat Banglo A Famosa Melaka

Monday, November 5, 2012

Reunion .....Pelajar PMR


Inilah kumpulan pelajar PMR yang berkumpul
dan berjumpa selepas cuti bermula untuk mereka.
Pelajar-pelajar ni termasuklah anak saya si Iqa.
Mereka berkumpul dan buat perjumpaan di
Taman Metropolitan tempat orang ramai main
layang-layang di Kepong.
Pelajar-pelajar ni, mereka berpakat tempah
T Shirt untuk dipakai satu kelas. Kebetulan pulak
kelas ni menang hadiah wang tunai dari pihak
sekolah waktu pertandingan menghias kelas
sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan
wang tunai tu digunakan untuk membeli makanan
dan juga keperluan lain bagi “Reunion” mereka.

Kelas si Iqa saja buat reunion ni…..sebab  besar
kemungkinan bila keputusan keluar nanti,
mereka akan berpindah ke sekolah lain, sebab
ramai yang memohon untuk masuk Kolej
Vokasional ada yang memohon MARA dan juga
Maktab Tentera. Tapi masa perjumpaan tu ada
juga rakan sekelas yang tak hadir, tengoklah
pelajar lelakinya hanya ada empat orang aje…..
busy kut….!!!!

Teha,Sufina, Iqa, Fidah,Fifah
Kawan-kawan yang paling rapat
Yang paling kecil si Iqa, selalu
Pengetua tegur dia...kata "Bila nak besar ni?"

Saturday, October 1, 2011

Kawan anak-anak

Anak-anak jarang bawa kawan-kawan sekolah datang ke rumah...kalau ada masa Hari Raya, tapi bukan setiap tahun, kalau kakak Diba adalah 2 x kawan datang, masuk tahun ni dah 3 x, Iqa pulak masa sekolah rendah adalah 1x ke 2 x....Thira baru tahun ni kawan sekolah ada datang itu pun yang duk depan rumah....so tahun ni si Iqa kata kawan-kawan nak datang...mula-mula 3 orang lps tu 6 orang, bila harinya tengok-tengok lebih dari 10 orang....kebetulan saya masak nasi tengahari tu memang banyak.... Saya masak ikan patin masak tempoyak, sayur padprik, sambal udang, ada juga buat kek colat untuk budak-budak tu....






Nak masuk minggu ketiga, kawan-kawan Diba datang beraya ke rumah, kebetulan Diba balik dari asrama, tak tau nak masak apa..akhirnya saya buat meehoon soto, tapi saya tak ambil lak gambar kawan-kawannya kebetulan sibuk bersiap nak keluar...kawan-kawannya datang lambat, janji lepas Zohor..sebab lepas Asar kami nak keluar ...tapi kawan-kawan dia datang dah kat kul 6.00 petang, kami dah lewat...tapi sebab tetamu anak datang kami tunggu ...inilah hidangan hari tu...









Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails