Showing posts with label Aneka Ikan. Show all posts
Showing posts with label Aneka Ikan. Show all posts

Friday, May 30, 2014

Ikan Bilis Goreng Masak Kicap...Lauk Nostalgia Yang Sedap Sangat Hingga Ke Hari Ini....!!!

Lauk ni adalah lauk zaman saya kanak-kanak dan zaman 
sekolah...zaman tu ikan tak mahal macam sekarang... arwah
mak saya suka masak resepi ni sebab mudah tapi sedap...
Semenjak dua tiga menjak ni..bila saya tak tau nak masak
lauk apa...saya akan masak ikan bilis ni...sedap wooo...makan
bertambah-tambah sampai licin...ingat kan saya aje...rupanya
En.Hubby saya pun suka.... tapi tulah..ikan bilis pun mahal..
nak yang rangup, putih bersih...1 kilo nak Rm 40.00 hengget.
Ikan basah..tak payah ikan besar...ikan kembong aje dah 
berbelas hengget...kalau cakap lebih-lebih nanti  Pak Menteri
bilang..." Kalau mahal jangan beli...buat sendiri, bela atau..
ternak sendiri" wakakaka..kalau keluar statement macam ni..
memang ngong lah sangattttt...!!!!!
Berbalik kepada resepi...ini adalah pilihan terbaik wa cakap lu!!

Ikan Bilis Goreng Masak Kicap - Amy. 
Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah - di hiris
1 tangkai cili hijau - di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara-caranya:
1.  Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2.  Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
    bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3.  Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4.  Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5.  Tutupkan api.
6.  Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
    Sedia untuk di hidang.
  

Thursday, April 17, 2014

Kari Ikan Paling Sedapppp...Lain Dari Yang Lain.....!!!!!


Kari ikan yang paling sedapppp...lain dari yang lain...
resepi warisan blogger masakan Sheila Spices Journey.
Susah yerr orang nak kongsi resepi keluarga...tapi Pn.
Shiela ini berkongsi resepi keluarganya...semuga Allah
merahmati dan memurahkan rezekinya kerana berkongsi
ilmu...Pasal apa saya kata sedap...sebab dalam masakan
ni dicampur dengan sedikit kisaran beras goreng...wangi
beras goreng memenuhi ruang rumah...sedappp wehhh!!!

Kari Ikan Paling Sedap - Amy
Resepi asal: Sheila spicesjourney.

Bahan-bahan :
1 kg Ikan ~~ (jenis Ikan ikut suka)
50gm Rempah Kari Ikan Babas (campur dengan 
santan cair + garam + sedikit bawang kisar)
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
100ml Santan
1 sudu besar Halba Campur (biji sawi, halba dan jintan putih/halus)
1 sudu besar Beras sangai ~~ ditumbuk @ kisar halus
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa (ramas/bancuh sekali dengan 
santan)
Air Secukupnya
3 batang Cili Hijau
Tomato segar belah @ tomato ceri (yang kecil2)
Sayur bendi dan terung

Cara:
Panaskan minyak. (Betul-betul panas).
Tumis bawang hiris dan halia yang dimayang 
halus.Tumis hingga layu.
Masukkan halba campur juga daun kari. Biar 
betul-betul garing dan berwarna keperangan.
Masukkan pes rempah kari, tumis betul-betul 
garing dan hilang bau. (Api kecil, kacau selalu 
supaya jangan hangit).
Masukkan beras sangai, kacau rata sebelum 
masukkan air dan santan (santan bercampur 
dengan air asam).
Bila santan sudah mendidih baru masukkan ikan 
(masak ikan dalam masa 5 minit sahaja), dan 
api kuatkan sedikit.
Masukkan cili hijau yang dipatah-patahkan dan 
juga tomato.
Bila ikan dah masak kecilkan api supaya gulai 
cantek terbit minyaknya dan ikan tidak hancur.
Masukkan bendi dan terung sebelum api ditutup.
(saya tak bubuh terung sebab tak ada stok).
  


Friday, January 10, 2014

Ikan Sepat Goreng Cili Padi ..Perghhh!!! .....Best sangat..!!!


First time beli ikan sepat basah..selalu beli ikan sepat kering
(ikan masin)si penjual ikan kata sedap goreng bercili. Stok
cili padi ada lagi..hmm apalagi buat goreng cili padilah...
Sedap walaupun pedas..Perghhhh !!!....

Ikan Sepat Goreng Cili Padi – Amy

Bahan:-
3 ekor ikan sepat basah – bersihkan (garam dan kunyitkan)
1 biji bawang besar –di hiris bulat
3 biji cili padi – dititik
1 batang serai – dititik
2 biji limau kasturi – di belah dua (perah jusnya)
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng/menumis

Bahan kisar:-
10 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara:-
1.  Panaskan minyak dan goreng ikan sepat yang
 telah dibersih, digaram dan kunyitkan.
2. Goreng ikan sepat sehingga garing. Angkat
   toskan dan ketepikan.
3. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan sepat tadi,
   tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian
   masukkan cili padi,serai yang dititik.
4. Setelah itu masukkan bawang hiris, perahkan 
   limau kasturi. Kacau rata. Perasakan secukupnya.
5. Angkat dan tuangkan ke atas ikan sepat basah
   yang telah digoreng tadi.  

Tuesday, January 7, 2014

Ikan Tilapia Bakar Sumbat Sambal Kelapa -Perghh!!!!..Berasap Pedas Tapi Sedappp!!!



Perghh!!!..Berasap telinga..tapi sedappp sangat!!! 
Padahal cili padi bukannya banyak manapun...

Ikan Tilapia Bakar Sumbat Sambal Kelapa - Amy
Resepi asal - Chef Hanieliza

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan tilapia - di bersihkan dan di belah belakang
1 helai daun kunyit – dimayang halus
3 biji limau kasturi dibelah dua

Bahan Sambal
4 biji cili merah *
5 biji cili padi *                           
5 biji bawang merah *
2-3 sudu besar kelapa parut * (putih sahaja)
1 sudu besar udang kering di rendam *
3 batang serai – diracik
Garam secukup rasa
* Bahan bertanda - dikisar 

Cara:
1. Ikan Tilapia dibubuh garam dan kunyit selepas 
   dibersihkan.
2. Gaulkan bahan dikisar tadi dengan serai yang diracik 
   dan daun kunyit yang telah dimayang.
3. Sumbatkan bahan sambal yang digaul tadi dibelakang
   ikan.
4. Bakar ikan sehingga masak (titiskan sedikit minyak).
5.Terbalikkan ikan supaya kedua-dua belah ikan masak.
6. Hidangkan dengan hirisan limau nipis.
   (masa nak makan perahkan limau tersebut…)

* Kalau nak mudah bakar ikan guna aje magic pan...
  sonang gituu...

Saturday, December 21, 2013

Ikan Tilapia Percik


Masa masak kuah ni..Si Iqa siap tanya,ibu buat apa?
...Kuah Percik..buat ayam percik ke? Tak ikan... 
Ikan..??? Sebab saya pernah buat ayam percik masa
Hari Raya. Sebut ikan dia rasa pelik...Bila dah masak 
masing-masing makan bertambah...

IKAN TILAPIA PERCIK – Amy
Resepi asal - Chef Hanieliza

Bahan2:
1 ekor Ikan Tilapia
Bahan untuk Kuah
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang Serai
3 biji cili merah
5 biji cili padi
1 cawan santan pekat
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Bahan lain:-
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa 


Cara-cara: 


1.  Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan 
    sedikit garam. Ketepikan. 
2.  Panggang ikan sehingga masak.
3.  Kisar semua bahan untuk kuah.
4.  Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan 
    atas api.
    Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
5.  Perasakan dengan garam juga gula.
6.  Masakkan kuah sehingga pekat.
7.  Hidangkan ikan didalam pinggan dan tuangkan 

    kuah percik di atas ikan dan hidangkan.

Tuesday, March 19, 2013

Ikan Talang Masin Masak Lemak Nanas

Ikan Talang Masin Masak Lemak Nanas

Bahan-Bahan:
2-3 keping ikan masin (potong 4 segi)
1 biji nanas muda (size kecil)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
10 biji cili padi
1 cawan santan pekat
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kunyit – di koyak
garam dan gula secukup rasa
Cara:
1.
Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia
   dan cili padi dikisar.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk,
   bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Masukkan serai, asam keping, nanas serta ikan.
4. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang
   sederhana.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan tambah
   gula dan garam secukup rasa. Angkat dan bolehlah
   dihidangkan

Tuesday, January 8, 2013

Ikan Siakap Tiga Rasa


Dah lama tak masuk entry masakan...saya masukkan
resepi dalam blog ni resepi yang saya suka saja.
Sebab tu resepi masakan dalam blog ni tak banyak,
sekarang lagi jarang masak...busy ke lain...dalam
seminggu 3- 4 kali aje masak selebihnya...faham-
faham aje la.....ngeh...ngeh...

Ikan Siakap Tiga (3) Rasa - Amy
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap – di bersihkan.
(Selepas di bersihkan di lumur garam, kunyit
dan sedikit tepung jagung)
Goreng ikan sehingga garing.

Bahan Untuk kuah:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
10 biji cili padi – dihiris halus
1 inci halia - diracik halus
1 biji tomato – dipotong dadu
1 mangkuk kecil nenas - dipotong dadu
Bahan untuk tumis:
3 biji bawang merah – ditumbuk/kisar
2 ulas bawang putih – di ketuk
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1.  Ikan yang telah di goreng garing, angkat
  dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk
  hingga naik baunya.
3.  Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah
  minyak, masukkan air secukupnya.
4.  Perasakan dengan sedikit garam, gula,
  sos tiram, sos ikan juga sos tomato.
  Kacau sebentar.
5.  Masukkan bahan dihiris bawang besar,
  tomato, halia, cili padi dan nenas.
  Biarkan kuah mereneh seketika.
6.  Setelah kuah agak pekat, angkat dan tuang
  ke atas ikan yang telah digoreng tadi,
  sebelum dihidangkan.  

Sunday, July 29, 2012

Ikan Bakar Berempah



Ikan Bakar Berempah - Amy
Bahan:-
2 ekor ikan pari – di garam dan kunyitkan
Daun pisang atau 2 keping alluminium foil
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Pes (ditumbuk lumat):
6 -7 lada merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
2 biji buah keras
2 batang serai - hiris halus
1/2 inci belacan yang dibakar
1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan
tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Kacau rata dan ketepikan.
Daun pisang /alluminium foil di bentang.
Letak ikan dan lumurkan pes atas ikan
dan bungkus daun pisang/alluminium foil.
Bakar gunakan oven atau atas dapur guna kuali leper.

Saturday, July 28, 2012

Pecal Lele@Ikan Keli Sambal Goreng


PECAL LELE @ IKAN KELI SAMBAL GORENG - Amy
Bahan-bahan:
1 -2 ekor ikan keli
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan sambal:
200 gm cili merah
150 gm cili padi
100 gm belacan
500 gm tomato
Garam dan gula secukup rasa

Ulaman:
1 ikat sayur kangkung | dicelur
3 – 4 batang  sayur kacang panjang : patah-patahkan
1 / 4 biji  sayur kobis – kelopak  di kecilkan
3 hirisan timun

Cara memasak:
1. Gaulkan ikan keli bersama garam dan serbuk kunyit
    kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Untuk sambalnya, goreng semua bahan sambal.
3. Tumbuk semua bahan yang digoreng sehingga menjadi pes.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
5. Hidangkan bersama pecal lele serta ulam-ulaman.

* Bahan sambal lebih sedap jika ditumbuk dalam lesung, bukan dikisar.l 



Friday, July 27, 2012

Ikan Masak Air Asam



IKAN  MASAK AIR ASAM -Amy

4 – 5 ekor ikan (tak kisah ikan apa pun) – di gaul garam dan kunyit

Bahan Kisar/Tumbuk:
2 ulas bawang putih -
5 ulas bawang merah
5 biji cili padi
3 biji cili merah
1 inci belacan bakar
1 batang serai – di ketuk

Bahan lain:
1/2 cawan air asam jawa
5 biji cili api – di hiris
2 biji cili hijau/merah – di hiris
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.    Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan air asam jawa dan ikan.
3.   Masukkan garam, gula, dan biarkan medidih.
4.  Masukkan hirisan cili padi, cili merah,bawang besar dan tomato.
5.   Kacau seketika dan angkat. 


*Kalau jemu masak asam pedas, masak kicap, masak lemak, 
 masak kari, cubalah masak cara macam ni...simple tapi sedap!



Friday, June 15, 2012

Ikan Patin Masak Lemak Belimbing Buluh


Ikan Patin Masak Lemak Belimbing Buluh - Amy
Bahan-bahannya:-

3 – 4 potong ikan patin
10-15 biji buah belimbing buluh
2 cawan santan (1 biji kelapa)
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – di carik-carik
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
5 – 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
Cara:-

1.   Ikan dicuci bersih (basuh dgn jus limau, cuka dan tepung).
2.   Masak 2 cawan santan bersama bahan tumbuk.
3.   Masukkan serai ketuk dan daun kunyit.
4.   Bila santan mendidih masukkan ikan.
5.   Apabila hamper masak masukkan belimbing buluh yang   telah dibelah dua.
6.  Kacau sebati masukkan garam secukup rasa.



Wednesday, June 13, 2012

Ikan Masak Acar Kuning...Masakan Brunei


Ikan Masak Acar Kuning – Amy
Bahan A
1 ekor ikan (tenggiri, siakap atau apa-apa ikan)

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
 3 ulas bawangb putih
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

Bahan- bahan lain :
2 cawan santan
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Acar Mentah)
1 batang lobak merah
1 batang timun
1 biji bawang besar
1 sudu makan cuka (boleh ganti perahan limau)
Gula dan garam secukupnya

Cara:-
1.  Ikan di cuci, digaram, kunyitkan dan di goreng letak ke tepi.
2.  Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau
3.  Kemudian masukkan santan dan garam secukupnya
4.  Sementara out buat acar, campurkan hirisan lobak, timun , bawang. Masukkan gula, garam, cuka atau perahan limau.
5.  Ikan goreng letakkan dalam piring, tuangkan bahan tumis tadi dan acar mentah di atas ikan. Hidangkan.

Tuesday, May 29, 2012

Ikan Bakar Air Asam Sambal Kicap....



IKAN BAKAR TANPA REMPAH -AMY

BAHAN-BAHAN:-
5-6 ekor ikan  – Digaram dan kunyitkan – dibakar atau dipanggang



Air Asam - Amy

Bahan-bahan:
·         3  - 5 biji cili padi  -di hiris halus
·         2 biji cili merah  -ditumbuk halus*
·          secubit belacan *
·         1 biji tomato (dihiris dadu)
·       1 labu bawang besar (dihiris nipis)
·         secubit garam 
·         air asam secukupnya 

Caranya:
·         tumbuk semua bahan bertanda * dalam lesung batu..atau blend 
·         Tuang hasilnya ke dalam mangkuk
·         masukkan garam , air asam, bawang dan tomato dan kacau rata.




Sambal Kicap - Amy

Bahan-bahan:
·         3  - 5 biji cili padi  -di hiris halus
·         1 biji tomato (dihiris dadu)
·       1 labu bawang besar (dihiris nipis)

·         secubit gula, kicap manis secukupnya
·        1-2 biji limau kasturi - di perah jusnya 


Caranya:
·         Cili Padi, tomato, bawang besar di hiris halus 
·         Semua hirisan di bubuh ke dalam mangkuk
·        masukkan kicap manis, perahan limau kasturi, secubit gula dan kacau rata.




Sambal Sardin Berkentang


SAMBAL SARDIN BERKENTANG -Amy.

Bahan2
1 tin kecil sardin
1 - 2 biji kentang - belah 4 dan di goreng sebentar
1 labu bawang besar - di mayang
2 ulas bwg putih- tumbuk halus
5 biji cili merah- tumbuk halus
1 biji tomato belah 6
garam & gula secukup rasa
air sedikit
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
Masukkan sedikit air utk kuah. Masukkan kentang goreng.
Masukkan isi sardin tadi dan kacau perlahansupaya isi sardin tadi tidak hancur.
Masukkan garam, gula secukup rasa.
Biar sekejap kemudian masukkan hirisan tomato dan gaul sebentar, bolehlah diangkat.

Lauk simple, untuk orang-orang yang baru nak belajar masak, atau malas nak masak yang berat-berat.

Wednesday, May 9, 2012

Ikan Baung Masak Lemak Berempah


Ikan Baung Masak Lemak Berempah - Amy.

2 - 3 ekor ikan baung – dibersihkan

Bahan dikisar:-
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih

Bahan lain :-
300 ml santan
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar air asam
2 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

   1.  Panaskan minyak tumis bahan kisar,
       serai dititik. tumis hingga berbau  wangi.

   2.   Masukkan cili kisar, tumis hingga naik bau.

   3.     Masukkan santan, air asam, garam dan gula, 
       dan kacau hingga rata.

   4.   Masak hingga mendidih, kemudian angkat dan hidangkan.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails