Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Kek Tembikai Kukus....Lembut Sedap...!!!!


Satu lagi kek yang sedap..dah lama tak buat..last buat 
kek ni tahun 2009 ke 2010..tapi masa buat tu tak 
terfikir pun nak ambil gambar ke..masuk resepi kat 
blog ke..memang tak...masuk ni pun sebab nak tambah 
koleksi kek terbaik dan simpan dalam blog untuk 
rujukan anak-anak ataupun anak saudara malahan 
pembaca yang menyinggah masuk membaca blog ni.

Kek Tembikai Kukus
Sumber:Sue-Hasue.blogspot.com
Bahan:
230g mentega
5 Biji Telur gred A atau B
1/2 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum/tepung hongkong
3/4 gelas horlicks-perisa original
3 sudu makan penuh susu pekat manis
3 sudu makan penuh serikaya
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah
Pewarna hijau/ pandan emulco
Chocolate chip /kismis hitam yg dipotong agak kecil 
secukupnya.

Cara:
1.  Panaskan pengukus dan gris rata acuan/loyang 
    dengan mentega dan di tabur tepung sehingga rata
    sepenuhnya. Pastikan loyang ditepuk-tepuk
    supaya tepung rata dan tidak bertompok-tompok.
2.  Di dalam bekas kering,pukul mentega dan gula halus 
    sehingga putih/kembang dan masukkan telur satu 
    persatu. Pukul adunan dengan rata setiap kali 
    memasukkan telur seterusnya. Ulangi langkah 
    tersebut sampai telur habis.
3.  Setelah itu masukkan esen vanilla,susu pekat manis,
    serikaya dan horlicks original. Pukul sebati 
    menggunakan kelajuan sederhana.
4.  Masukkan pula tepung. Biasanya saya ayak terus ke 
    dalam adunan sambil dikacau perlahan sehingga 
    tepung habis dan adunan sebati. Pastikan adunan 
    benar2 sebati dengan menggaulnya menggunakan 
    senduk.
5.  Bahagikan kepada 3 bahagian-
    3 senduk untuk warna hijau,2 senduk tanpa warna 
    dan selebihnya warna merah-gaul bersama kismis/
    coklat chips yg digaul dengan sedikit tepung.
6.  Kukus dahulu warna hijau.Tutup permukaan loyang 
    dengan aluminium foil untuk mengelakkan air 
    menitis jatuh ke atas kek. (kadang2 tuala diletak 
    atas penutup pengukus tidak membantu)
7.  Apabila permukaan kek agak kering(jgn tunggu
    menggelembung),lapis lagi dengan warna asal.-Uji 
    dengan hujung lidi jika kurang yakin masak atau 
    belum.Ulangi langkah tersebut untuk melapis warna 
    merah.Kukus sehingga masak.
8.  Sejukkan sepenuhnya di dalam loyang sebelum 
    dikeluarkan dn dipotong.
Tips: Salah satu cara untuk tahu kek sudah masak 
      apabila bahagian tepi kek sudah agak renggang 
      dari loyang.(untuk separuh adunan- guna loyang
      8 1/2 x 4 1/2 in)


Thursday, August 21, 2014

Kek Buah Kukus...Sedapppp!!! Terbaik!!!.. Untuk peminat kek buah...!!!

KEK BUAH KUKUS
Resepi Asal Chef Zubaidah Chepa [Buku Steamed Cake]
Sumber : Sheila/ Spicesjourney

Bahan-bahan;
225 gm mentega
340 gula pasir
50 gm air panas
500 gm mixed fruits/ Buahan campuran
3 biji telur [saya guna saiz A]
1 sudu teh Cream of Tartar [ayak]–
yang ni saya tak letak
2 sudu teh soda bikarbonat [ayak]
350 gm tepung gandum [ayak]
1 sudu teh serbuk Nutmeg/ Buah pala [ayak]- 
yang ni tak letak sebab tak ada
1 sudu teh Vanilla Extract/ Essence

Cara :
1.  Masakkan gula pasir sampai perang [jangan sampai
    hangus pulak] dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
    Guna api kecil sahaja.Masukkan mentega /marjerin
    dan biarkan cair.Masukkan pula mixed fruits dan
    biarkan mendidih seketika.Ketepikan dan sejukkan
    sebentar.
2.  Ayak semua bahan bertanda/kurungan [..].Masukkan
    ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan
    tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu
    hingga rata dan sebati.
3.  Dalam bekas lain, pukul telur sebentar.[saya pukul
    mengunakan mixer].Kemudian tuangkan ke dalam
    adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan
    yang betul-betul sebati.Di sini saya kacau dengan
    senduk kayu pula.
4.  Masukkan adunan ke dalam bekas 4 segi bersaiz
    7''x7'' dan kukus selama 4 jam dalam pengukus
    yang telah dipanaskan airnya.Kek ni jika dikukus
    2 jam pun dah masak, tetapi untuk mendapatkan
    kelembapan seperti ini, kukuslah 4 jam.Kukus dengan
    api yang sederhana pada2 jam yang pertama dan
    pada 2 jam yang terakhir, kukus dengan api yang
    kecil.Jika mahu tambah air pengukus, pastikan 
    ditambah dengan air panas.
5.  Alas tutup pengukus dengan tuala atau kain, supaya
    wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau
    tutup loyang / bekas dengan aluminium foil semasa
    mengukus kek.Lebih baik guna bekas yang besar dan
    tinggi sedikit.
6.  Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan
    biarkan kek ni dalam pengukus dahulu hingga sejuk.
    Jika terus angkat buah akan turun.Selepas itu bolehlah
    keluarkan  dari pengukus.Potong kek apabila benar-
    benar sejuk, lebih bagus biarkan ia semalaman dalam
    tudung saji. Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
Tips: Guna pisau yang tajam untuk memotong kek ni.

Friday, April 4, 2014

Kek Pelangi Kukus - Gebu, lembut, Sedapppp !!!!!!!.

    Kek Pelangi Kukus - Amy
    Resepi Asal - Chef Norzailina
    (Sumber yatiememories)

    Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
    1 cawan mentega
    3/4 cawan gula kastor - (saya buat 1/2 cawan)
    3 biji telur
    ¼ cawan susu pekat
    ¼ cawan serikaya
    1½ cawan tepung gandum
    1 sudu kecil serbuk penaik
    1 sudu besar koko
    1 sudu kecil vanila
    Sedikit pewarna merah jambu,hijau,kuning,ungu,jingga

    Cara membuat

    1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
    2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
    3. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila.
    4. Kacau rata dan bubuh tepung gandum
       bercampur serbuk penaik.
    5. Bila sebati, bahagikan kepada 7.
    6. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
    7. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium)
       yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas 
       dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan 
       aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga 
       masak.
     * Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar
       susu segar/cair.Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil,
       masa mengukus lebih pendek.
       (tak tambah susu pun kek ni tetap lembut dan gebu)
       Anda yang tak pernah cuba...saya syorkan untuk
       mencuba, memang sedapppp...!!!

Monday, December 30, 2013

Kek Yogurt Cranberries........Lembut....Sedapp..Gebuusssssss!!!!

Kek Yogurt Cranberries – Amy

Bahan-bahannya:-
230gm Butter 
1 ½ cawan gula kastor 
2 biji telur (putih dan kuning) 
biji kuning telur 
2 ½ cawan tepung naik sendiri - diayak 
½ sudu kecil baking powder - diayak 
½ sudu kecil baking soda - diayak 
2 sudu kecil esen vanilla 
1 cawan / 200ml yogurt 
¾ cawan cranberries – dicincang sedikit (guna buah 
                       lain pun boleh)

Cara-caranya:-

1.  Pukul butter dan gula sampai gebu (kembang).
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga rata.
4. Perlahankan mixer dan masukkan bahan yang telah
   diayak tadi sedikit demi sedikit(tepung, baking 
   powder,baking soda). Pukul hingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali masukkan yogurt dan pukul rata hingga 
   sebati.
6. Masukkan buah cranberries dan kacau rata.
7. Masukkan adunan kedalam bekas yang telah dilenser 
   atau masukkan kedalam piping beg dan pipe masuk 
   kedalam paper cup.
8. Taburkan cranberries diatasnya dan bakar pada suhu 
   180 C sehingga kekuningan bergantung pada oven 
   masing-masing.


Kek ni sedap lembut dan gebuuus sangat, tapi jika 
nak buat dengan loyang jangan tabur buah terlampau 
banyak sebab susah nak potong..sebab terlampau gebuss
sangat. Jika nak tabur banyak guna paper cup..kalau 
boleh kurangkan sedikit gula..pada saya manis ikut 
ukuran asal. 

Sunday, November 3, 2013

Kek Kelapa - Punyalah Gebuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Stok kelapa kering banyak, lebih dari buat biskut
kelapa(biskut bangkit kelapa moden)jadi saya buatlah
kek. Bila masak aje kek. si Ira.. ibu potong kek tu..
orang nak rasa.. jadi tak sempat sejuk kek tu, masa
suam-suam saya dah potong..Bagilah kat En Hubby
rasa..(dia paling tak minat dengan kek)..dia pun
rasa...Masa berkemas masukkan kek yang dah dipotong
tanyalah nak tak kek kelapa ni, saya nak simpan..
En.Hubby tanya..Kek Kelapa?..ya kek kelapa...
dalam tu bubuh kelapa..En.Hubby yang tak suka kek
kata...ohhhh!!! Patutlah sedappp!!!Confuse sekejap!!!
Apa sedap???..Haa..sedap kek tu..kata En.Hubby.
Aikk!!!orang tak suka makan kek kata sedap...
Maknanya sedaplahkan...tapi kek ni punyalah gebuss!!
tak hengat donia!!!
Kek Kelapa Kering-Amy
Resepi asal: minnie myr. Sumber: Noreen-homecooking.

Bahan-bahan:
250gm mentega
230gm tepung kek
1 camt baking powder
200gm gula kastor
50gm kelapa kering(dessicated coconut)
50gm susu segar/cair
4 biji telur
1 camt esen vanila
sedikit pewarna merah & hijau

Cara-cara:
1.   Ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder 
     dan ketepikan
2.   Bahagikan kelapa kering kepada dua bahagian 
     dengan setiap satu digaulkan dengan pewarna 
     merah dan hijau. Ketepikan. (saya buat 100gm 
     - 50gm merah dan 50 gm hijau)
3.   Pukulkan mentega dan gula sehingga gebu dan 
     kembang
4.   Kemudian masukkan telur satu persatu sambil 
     dipukul lagi.
5.   Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
6.   Setelah itu masukkan tepung berselang-seli 
     dengan susu segar/cair sebanyak 4 kali (tepung
     -susu-tepung-susu-4x) dipukul sehingga sebati
7.   Akhir sekali masukkan kedua2 kelapa kering tadi 
     dan gaulkan sebati.
8.   Tuangkan adunan ke dalam loyang tin yang telah 
     digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung 
     terlebih dahulu
9.   Bakar pada suhu 175C selama 1 jam
10.  Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan 
     betul-betul sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari 
     loyang
11.  Potong dan hidangkan

Saturday, October 13, 2012

Biskut @ Kek Batik Marie Coklat Mudah



Biskut @ Kek Batik Marie Coklat Mudah- Amy

Bahan-bahan:
1 buku butter
1 cawan (metrik) susu pekat
1 paket biskut marie – dipatah-patahkan
½ kilo coklat compound (500 gm)- di cincang kecil

Cara-cara
1.  Cairkan butter dalam kuali..kacau..di atas api perlahan
     sampai cair.
2.  Masukkan 1 cawan susu pekat ke dalam kuali tadi..
     kacau sebati.
3.  Masukkan coklat compound yang telah di cincang kecil
     ke dalam kuali, Kacau perlahan sehingga sebati.
4.  Masukkan  biskut merry yang telah siap dipatah-
     patahkan. Kacau sampai sebati.
5.  Masukkan dalam plastik tahan panas, ratakan dan
     di gulung plastik tersebut.
6.  Sejukkan dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.  Jika ingin memotong keluarkan dahulu plastik berisi
     adunan tadi, 15-20 minit, supaya mudah di potong.
     * Resepi ada pelbagai...ada bubuh telur, ada bubuh air,
        ada bubuh milo , ovaltine, nestum, kekacang.Tapi 
       inilah yang paling mudah dan rasanya tetap sedap!!!. 




Monday, September 24, 2012

Kek Pisang Gebu Dan Mudah


Kek Pisang Gebu – Amy – Resepi asal Cik Ann
-periuktanah.blogspot.com

Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak bersama
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu besar air limau nipis/lemon
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185’ C api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan
    margerin dan alas kertas minyak atau
    kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender'
    hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran
    tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau.
    Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak
    dalam oven selama 45 minit atau kek
    keperangan.
    Tips: Cucuk bahagian tengah kek untuk 
          mengetahui kek masak atau tidak.
          Letakkan kek di rak paling bawah oven
         (kalau guna oven elektrik 21 l) api atas
         bawah sepanjang proses untuk hasil 
         memuaskan.
** Memang mudah buat kek ni..sekejap je dan
    hasilnya, lembut dan gebu aje...Terima kasih 
    Cik Ann dan juga adiknya sebab kongsi
    resepi sedap dan mudah ni.

Wednesday, July 11, 2012

Kek Marble Kak Mah



Kek Marble Kak Mah - Amy

½ Gelas tpg naik sendiri
1 Gelas tpg gandum
1 Gelas gula
1 Gelas mentega
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara:-
1.         Gula dan mentega pukul sampai kembang.
2.        Pukul telur berasingan kemudian masukkan kedalam
           adunan gula dan mentega.
3.        Masukkan esen vanila  dan tepung.
4.        Asingkan kepada 3 bahagian dan bubuh warna.
5.        Kacau rata dan bubuh dalam acuan yang telah di sapu
           dengan majerin dan tabur dengan sedikit tepung.
6.        Bakar 180 C selama 45 minit atau sehingga  masak..

* Bakar sehingga masak, cucuk dengan lidi/tester kek
   Ke dalam kek, jika tidak melekat pada lidi, kek sudah masak.




Monday, November 14, 2011

Kek Coklat Yatie


Seperti di janjikan saya sertakan satu lagi resepi kek coklat, kali ini resepi dari kawan sepejabat masa bujang-bujang dulu. Resepi ni guna cawan, sesiapa yang tak ada mesin timbang untuk buat kek/biskut boleh guna resepi ni.Saya namakan kek ni sempena nama kawan yang memberi resepi tersebut.

KEK COKLAT YATIE –Resepi asal Yatie Basiron
Bahan-bahan:-
1 buku mentega
1 ½ cawan gula castor
1 / 2 cawan koko
3 biji telor (asingkan putih dan kuning telor)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air sejuk
2 ½ cawan tepung kek
Bahan untuk topping:-
½ keping coklat
1 tin cream nestle
Bahan untuk hiasan:-
Coklat rice, parutan coklat atau manik warna-warni.
 Cara:-
1.      Pukul mentega, gula dan koko hingga kembang.
2.    Masukkan telor sebiji-sebiji, baru masukkan esen vanilla.
3.    Dalam bekas lain, guna mixer pukul putih hingga kembang.
4.    Adunan mentega tadi gaul dengan tepung dan selang seli dengan air sejuk.
5.    Masukkan putih telor yangb telah kembang dan gaul rata.
6.    Masukkan dalam loyang yang telah digris, tabur sedikit tepung bagi rata.
7.    Bakar sehingga masak, 180 C .
8.    Setelah sejuk kek itu dibelah dua jadikan 2 lapis, tengah salut dengan krim, begitu juga diatas dan sekeliling kek.
Untuk cream:-
Cooking coklat dimasak campur cream nestle secara double boiler, sapu pada kek dan hias dengan coklat rice, parutan coklat atau manik warna-warni.
Nota* resepi kek coklat dalam blog ni dah ada 3 resepi yang berbeza, tapi kalau niat nak berniaga, saya syorkan resepi yang SUPER MOIST, bila orang beli orang bukan saja nak rasa sedap tapi berbaloi dengan harga, jadi ambil dan guna resepi yang betul-betul sedap.

Kek Super Moist Chocolate

Saya nak beri dua resepi kek coklat, resepi yang dah lama tersimpan dalam koleksi saya. Satu tabiat saya adalah, saya hanya akan memberikan resepi yang betul-betul jadi, yang dah saya cuba dan dah saya buat menjadi. Resepi pun tak ada tipu-tipu, sebab ilmu yang ada perlu dikongsi bukan untuk di bawa mati. Sebelum ni saya dah masukkan satu resepi kek coklat moist juga tapi yang ini SUPER MOIST dan satu lagi kek coklat tanpa sukatan gram, iaitu guna sukatan cawan, tapi bukan cawan minum ya sayangggg, cawan sukatan metrik atau sukatan khas untuk buat kek , biskut atau kuih. Resepi pertama adalah:-

KEK SUPER MOIST CHOCOLATE – AMY
Bahan-bahan:-
275 gm mentega
250 gm gula halus
250 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telor
2 biji kuning telor
1 1/3 cawan air sejuk
1 ½ sudu teh soda bikarbonat
Cara:-
1.     Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.    Masukkan telor satu persatu dan pukul ingga rata.
3.    Masukkan tepung yang telah dicampur dengan soda bikarbonat,    
     serbuk koko selangseli dengan air sejuk.
4.    Masukkan adunan kedalam tin kek yang telah digris atau dilapik kertas kuih.
5.    Loyang berukuran 10 inci.
6.    Bakar dengan suhu 180 C selama 45 minit atau 1 jam.
Hiasan:-
1 keping coklat masakan
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
1 tin kecil susu  (cream nestle)
Masak secara double boiler. Hias kek ikut cita rasa.

* Letak topping coklat atas kek ni boleh ikut dari mana-mana resepi pun apatah lagi, cream nestle tin kecil ni sekarang susah nak cari,dah banyak pasaraya pergi macam dah tak jual, tak taulah kalau bulan Ramadhan jual ke tidak...dulu ada juga jual kat Giant, sebab tu sekarang saya kalau nak buat topping saya guna coklat jenama colatta(coklat compound) coklat yang memang khas untuk buat coklat campur dengan susu segar
*Resepi kek ni untuk jualan zaman bujang dulu. Sesiapa yang nak berniaga atau nak cuba resepi kek ni silakan....kek ni memang lembut dan gebu.

Wednesday, December 23, 2009

KEK OREN


Kek ni..kegemaran anak yang kedua....
KEK OREN - Amy.

Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
1 cawan gula
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh oren sunquick
2 sudu besar parutan kulit oren sunkist
4 sudu besar susu segar/cair

Cara membuatnya:-
1. Pukul butter dengan gula sampai putih dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul telur hingga sebati.
3. Masukkan oren sunquick dan parutan kulit limau Sunkist.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar/cair.
5. Panaskan oven terlebih dahulu 10-15 minit.
6. Bakar selama 45 – 50 minit 180 C.

* Kek ni masa suam-suam, tersangatlah enak

Monday, December 21, 2009

KEK CHOCOLATE MOIST


Kek yang dihias simple sangat...

KEK CHOCOLATE MOIST - Amy.

Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
4 biji telur
1 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan air ais*}
1 sudu teh Choclate paste*} campur

Hiasan salutan coklat:-
250 gm coklat masakan
150 gm coklat urai
1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:-
1. Pukul butter dengan gula sampai putih dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul telur
1 minit satu biji hingga sebati.
3. Campurkan bahan bancuhan air ais dengan choclate paste.
4. Masukkan tepung , dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilenser
dengan mentega ditabur dengan sedikit tepung.
6. Panaskan oven 10-15 minit terlebih dahulu.
7. Bakar selama 45-50 minit 180 C.
(Bancuhan ini boleh juga dikukus).
8. Sejukkan kek sebelum dihias.
9. Sediakan salutan coklat.
Masukkan coklat masakan didalam bekas yang
diletakkan periuk berisi air mendidih.(Double boiler).
10.Setelah coklat cair, matikan api dan bubuh mentega,
gaul sebati.
11.Curahkan adunan coklat ke atas kek,
ratakan diseluruh permukaan kek. Sejukkan sekejap.
12.Tabur coklat urai.

* Untuk pastikan kek masak, cucuk kek dengan 'cake tester' @ lidi sate.
Mentega dicampur dalam bancuhan coklat masakan supaya nampak berkilat.


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails