Showing posts with label Kek Cawan. Show all posts
Showing posts with label Kek Cawan. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Kek Yogurt Cranberries........Lembut....Sedapp..Gebuusssssss!!!!

Kek Yogurt Cranberries – Amy

Bahan-bahannya:-
230gm Butter 
1 ½ cawan gula kastor 
2 biji telur (putih dan kuning) 
biji kuning telur 
2 ½ cawan tepung naik sendiri - diayak 
½ sudu kecil baking powder - diayak 
½ sudu kecil baking soda - diayak 
2 sudu kecil esen vanilla 
1 cawan / 200ml yogurt 
¾ cawan cranberries – dicincang sedikit (guna buah 
                       lain pun boleh)

Cara-caranya:-

1.  Pukul butter dan gula sampai gebu (kembang).
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga rata.
4. Perlahankan mixer dan masukkan bahan yang telah
   diayak tadi sedikit demi sedikit(tepung, baking 
   powder,baking soda). Pukul hingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali masukkan yogurt dan pukul rata hingga 
   sebati.
6. Masukkan buah cranberries dan kacau rata.
7. Masukkan adunan kedalam bekas yang telah dilenser 
   atau masukkan kedalam piping beg dan pipe masuk 
   kedalam paper cup.
8. Taburkan cranberries diatasnya dan bakar pada suhu 
   180 C sehingga kekuningan bergantung pada oven 
   masing-masing.


Kek ni sedap lembut dan gebuuus sangat, tapi jika 
nak buat dengan loyang jangan tabur buah terlampau 
banyak sebab susah nak potong..sebab terlampau gebuss
sangat. Jika nak tabur banyak guna paper cup..kalau 
boleh kurangkan sedikit gula..pada saya manis ikut 
ukuran asal. 

Sunday, March 10, 2013

Muffin Jem Strawberi

Dah lama tak buat muffin, kawan-kawan si Ira pula
meng'order' muffin dengan cupcake..Jadi saya buatlah..

Muffin Jem Strawberi
Bahan A:
1 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
3/4 cawan gula
1 biji telur - gred A
Bahan B:(diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
Inti:
Jem strawberi secukupnya
Cara_cara:-
1. Satukan bahan A dalam mangkuk adunan.
   Kacau gunakan whisk.
2. Dalam mangkuk lain ayakkan bahan B.
   Gaul rata, lepas itu tuang dalam mangkuk
   bahan A. Kacau sebati tetapi jangan dipukul.
3. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas muffin,
   isi 1/2 cawan, bubuh jem strawberi satu sudu kecil.
   Kemudian sudukan lagi adunan untuk tutup jem,
   isikan separas 3/4 cawan kertas.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C - 200'C
   selama 30 minit atau sehingga masak.


Monday, December 20, 2010

Kek cawan coklat ganache

Ggee anak saudara husband telefon ..boleh buatkan kek cawan, topping cholate ganache....nak 24 biji untuk bawa kat ofis...saya pun buatkan....kek ni lagi remeh sebenarnya dari choklat.....tapi saya buatkan juga....
Dia kata nak pelbagai hiasan...inilah hasilnya...








Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails