Showing posts with label Pelbagai Kuih Bakar. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Kuih Bakar. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Bingka Ubi...Sedap..Lembuttt ..dan Resepi Mudah !!!...

Assalam...dah berzaman tak buat bingka ubi..teringin 
sangat nak makan...sebab dah lama tak buat ..dah tak
ingat resepi...cuma ingat kalau buat bubuh majerin...
bingka warna kuning sebab tak guna gula merah..
Jumpa resepi di blog Kak An Periuk Tanah.. guna 
resepi beliau cuma tukar guna gula putih, tambah 
majerin, pewarna kuning tapi tak guna telur.

Bingka Ubi Kayu - Amy
Resepi asal : Periuktanah

Bahan-bahannya:
4 cawan ubi kayu parut.
1 cawan gula.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
3 sudu besar majerin/butter
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam 
   mangkuk.
2. Gaul hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser
   minyak.
4. Bakar hingga masak atau hingga berkerak 
   dibahagian atas bingka.
5. Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.



Wednesday, October 23, 2013

Kuih Cara Berlauk Paling Sedap!!!!!


Saya pernah makan kuih cara berlauk ..masa di Kuantan,
sedap sangat..masa tu SUK Negeri Pahang meraikan kami
dari JPA.Lepas tu saya makan kuih cara berlauk dari gerai
atau dari acara tertentu, tak ada yang sesedap kuih cara
kat Kuantan tu...tapi resepi ni saya setuju dengan Che Ani
atau Rossa blogger rossamyzani.blogspot.com Dari Duniaku..resepi 
kuih cara berlauk ni lembut dan mabeles, sedap sangatttt..sampaikan 
anak saya si Ira..suruh buat lagi..Tq Che Ani @ Rossa sebab kongsi
resepi yang mabeles ni.

Kuih Cara Berlauk PALING SEDAP - Amy
Resepi asal  : Mak Mertua SHikin -
Sumber : CA Dari Duniaku

Bahan bahan :
a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  eksesori:

200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...


Friday, October 4, 2013

Bingka Kentang

Bingka Kentang Bakar
Bahan-bahannya:
1 1/2  cawan tepung
1 cawan gula
2 cawan pati santan
1 cawan susu cair
4 biji telor
2 sudu besar mentega 
1 cawan kentang lecek - (2 biji direbus dan dilecek)
sedikit bijan
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Rebus kentang hingga empuk dan lecek.
2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam pengisar 
   dan kisar hingga halus.
3. Lenserkan loyang pembakar dengan minyak dan 
   panaskan loyang terlebih dahulu.
4. Tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan.
4. Bakar dengan suhu 190C sehingga masak dan 
    agak garing.
5. Biar sejuk barulah dipotong.


Bingka Durian

Sebenarnya beli durian nak buat serawa makan dengan
roti atau pulut...tapi sebab dah makan tak hengat donia
tinggal beberapa ulas aje...ekekeke..., jadi buatlah bingka..
Nak tergelak..nasib baik tak hangit..udah dalam oven
boleh terlupa..leka dengan keje sekolah si Ira.. Si Ira
terjerit...(ibu!!!!kuih ibu dalam oven!!!)...haa kelam kabut,
bangun....ambik engko!!!!  Adunan ni dapat banyak jugak
2 acuan bahulu pecah lapan dan satu loyang lupa la
ukurannya..

BINGKA DURIAN - Amy
Resepi ambil dari Yatiememories
Bahan-Bahan
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air 
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan
Cara-Cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang
    9x9 inci  atau acuan bahulu pecah lapan dengan
    mentega. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam
    satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua
    bersatu.
3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata.
    Blender semuanya.
 4. Panaskan loyang yang telah di lenser tadi. Lebih
    Kurang 3 minit
5.  Keluarkan loyang yang telah dipanaskan,tuang
     Adunan ke dalam Loyang, tabor bijan jika suka.
6. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Ikut oven
    Masing-masing.
7. Sejukkan setelah masak, kemudian bolehlah di potong
    dan dihidangkan.


Monday, September 9, 2013

Roti Lapis Daging

Hari -hari malas untuk memasak, roti pula baru beli
tapi tak berusik...anak yang suka makan roti nun di
Kuala Kangsar..ohh kita bikin Lasagne versi Malaysialah.
Bila dah masak..si Ira..sedapppnya Ibu...

ROTI LAPIS DAGING - Amy 
- Resepi UMI –E

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara
1.   Blend bawang+bawang putih.  
2.   Panaskan minyak dan tumis bawang serta
     masukkan serbuk kari dan juga daging cincang,
     kentang dan garam
3.   Satukan Susu, telor dan secubit garam.
4.   Pukul susu, telor dan garam hingga sebati
5.   Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
6.   Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
7.   Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit
     margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti
     yang telah di ramas
8.   Kemudian letakkan separuh daripada daging,
     kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
9.   Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian
     roti dan selebih bahan daging+kentang dan
     dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
10. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
11. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins
     atau sampai lidi tak lekat
12. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong
     ikut suka.
     *Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan 
      bersama sos


Monday, October 3, 2011

Bingka Pisang


BINGKA PISANG - HANA
Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-cara
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di

     gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan

   butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak

   yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..









Kuih Bakar Labu


KUIH BAKAR LABU - YATIE MEMORIES

BAHAN-BAHAN

2 cwn tepung gandum
3 cwn santan (sederhana pekat)
1 cwn gula

3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih


CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.

Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.





Monday, December 20, 2010

Kuih-muih sepanjang waktu cuti sekolah


Kuih-muih..anak-anak memang tak suka...puas dah suruh cuba
 ..tak mau...buah-buahan pun tak suka....letak lah sebakul 
durian ke, rambutan , manggis yang berdua tu buat 
don't know je....nasib lah si Thira pandai sikit makan buah-
buahan , kalau kuih pun kuih cekodok pisang je....yang lain 
tak reti.....
Tapi saya memang suka...dan husband pun adalah kuih 
tertentu yang dia suka makan, jadi saya buatlah bingka 
pandan, bingka pisang , bingka ubi kayu...yang pelik 
husband kata...ubi campur dengan kacang hijau... x pernah 
pulak tengok..dia kata emak dia dulu (arwah) selalu masak 
macam tu...

Bingka Pandan/Kemboja resepi dah ada di entry sebelum ni...
                                                     Bingka Pisang...Resepinya di bawah...
BINGKA PISANG - RUBIAH SUPARMAN
Bahan-bahan:-

10 biji pisang
2 cawan tepung gandum/beras (kalau tepung beras jadi 
bingka pisang tepung beras)
2 ½ cawan santan
1 cawan gula - kalau pisang masak ranum kurangkan gula
Garam
2 sudu besar butter

Cara:-

1. Pisang separuh dilenyek, separuh lagi di potong.

2. Santan dan gula dipukul sikit

3. Masukkan tepung sikit-sikit, gaul sebati

4. Masukkan pisang lenyek, gaul sekata

5. Masukkan pisang potong, garam.

6. Loyang panaskan bubuh butter, baru tuang adunan

7. Bakar sehingga masak dan berkerak tepinya.


Thursday, January 28, 2010

Kuih Bakar Pandan

Kuih Bakar Pandan ni memang kegemaran, dapat resepi mudah
 ni dari Joayee Myresepi, walaahhhhh......tapi dah nak habis 
baru teringat nak snap gambar...ni jelah yang ado......baru-
baru ni buat lagi tapi, dah bagi kat anak saudara Lina, baru 
teringat nak tangkap gambar....apo nak dikato....lain kali lah 
ambil gambar sebelum kuih bakar ni dipotong...
Respinya mudah sangat, terima kasih pada yang bernama 
Joayee...berkat lo..resepi yang dikongsi memang berbaloi 
dan ramai yang dah mencuba...Mudah-mudahan mendapat 
pahala dari ilmu yang dikongsikan.

Ini resepinya:-

KUIH BAKAR BIJAN - (JOAYEE)


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air daun pandan yang dikisar
2 cawan santan @ 1 cawan santan + 1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
2 sudu besar majerin
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan jika suka

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar (blender) 
kecuali bijan dan majerin. Blend hingga sebati .
Masukan majerin kedalam loyang dan panaskan loyang 
kedalam ketuhar (oven) bila majerin dah cair/panas,  
masukkan bahan kisaran dari blender kedalam loyang tadi.
Taburkan bijan (jika suka).
Bakar 40 - 55 minit - 180c masak sampai garing @ berkerak,
bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing .
Cubalah....BERBALOI-BALOI........!


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails