Showing posts with label Aneka Biskut. Show all posts
Showing posts with label Aneka Biskut. Show all posts

Friday, October 2, 2015

Florentine Cookies / Crunchy Caramel Almond...Kudapan yang sedap..Krup..Krap..Krup Krap..


Assalam, dah lama tak masukkan resepi kedalam blog… kudapan yang
sedap dan susah nak berhenti …..satu..satu…


FLORENTINE COOKIES / CRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar  dari Blog Azlita Masam Manis.

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven

pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, August 23, 2014

Biskut Coklat Chip Rangup...Kejap aje...habis !!!


Biskut Coklat Chips Rangup
Resepi Asal - Hanieliza
Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara:
1.  Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula
    sehingga sebati.
2.  Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3.  Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan
    senduk kayu.
4.  Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C
    selama 25 minit atau sehingga masak.
6.  Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Thursday, December 19, 2013

Orange Cranberry Cookies - sedap rasa oren dan buah...

Entry yang tersimpan dalam draft…sampai dah lupa.
Pasalnya..ingatkan saya tak letak gambar dalam resepi
ni. Tu yang simpan kat dalam draft… rupanya dah,
tapi letak satu keping gambar aje, jadi saya tambah
satu lagi gambar biskut ni. Pada peminat orange dan
buah kering...biskut ini memang sedappppp....!!!
Cubalah resepi ini..menambah koleksi resepi biskut anda!!

Orange Cranberry Cookies – Amy
Resepi asal thecafesucrefarine.com
Bahan-bahan:

1 cawan mentega pada suhu bilik( 226g)
2 /3 cawan gula aising (confectioners ) diayak
2 kuning telur yang besar, pada suhu bilik
secubit garam
1 sudu kecil vanila atau badam ekstrak
2 cawan tepung serbaguna ( 280g )
2 biji oren – parut kulit
½ cawan cranberry kering- dicincang

1.  Pukul butter dengan mixer hingga sekata
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan telur, vanilla dan garam.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
   dan kacau dgn sepatula hingga sebati
4. Masukkan cranberries dan parutan kulit oren.
   Gaulkan lagi
5.  Bahagikan doh, balut dengan plastik dan sejukkan
    dalam peti sejuk, simpan sampai 2 - 3 jam
6.  Keluarkan dari peti sejuk. Canai kira-kira 1 hingga
    1 ¼ inci ( 2.5 hingga 3.2cm ) tebal. ( atau potong
    petak2.)
7.  Dengan menggunakan pisau tajam, potong setiap log
    cookies kira-kira inci 1/3 ( 1cm) tebal.  
8.  Lapikkan Loyang dengan kertas minyak. Letakkan
    Cookies di dalam Loyang, jarakkan kira-kira ½ inci
    ( 1.5 cm ).
8.  Bakar selama 15-20 min 160 C atau 12 – 14 minit

    180 º C/350 º F .(ikut oven masing-masing).

Monday, October 21, 2013

Crunchy Cornflakes Raisin - Hasil Tangan Iqa Najiha

Satu lagi kudapan yang tau-tau aje dah habis...

Crunchy Cornflakes Raisin – Iqa Najiha
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
100 gm majerin
70 gm gula kastor
1 biji telur
30 gm susu tepung
50 gm kismis
50 gm cornflakes
1 / 2 sudu teh serbuk penaik
1 / 2 sudu teh esen vanilla
Cara:
1.  Ayak tepung gandum, tepung susu dan serbuk 
   penaik.
2.  Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut.
3.  Putarkan majerin dan gula kastor sehingga sebati.
4.  Masukkan telur dan esen vanilla dan putarkan lagi.
5.  Masukkan tepung campuran tadi sedikit demi 
   sedikit. Gaul sehingga menjadi doh. 
6. Seterusnya masukkan kismis, emping jagung dan 
   gaul sebati.
7.  Griskan dulang pembakar,kemudian sudukan doh, 
   letak atas dulang pembakar.
8.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 15
   –20 minit.
9.  Simpan dalam bekas kedap udara.


Saturday, October 19, 2013

Almond Brownies - Hasil Tangan Iqa Najiha

Untuk peminat brownies..resepi yang mudah dan sedap..
Almond Brownies – Iqa Najiha
Bahan-bahan:
100 gm coklat masakan
125 gm majerin
100 gm gula perang
2 biji telur
100 gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Badam nib secukupnya
Cara:
1.    Cairkan coklat masakan terlebih dahulu secara
      ‘double boiler’.
2.    Pukul telur sehingga kembang campurkan esen 
       vanilla.
3.    Putar majerin dan gula perang sekejap. Masukkan
      Telur yang telah dipukul tadi, gaul sebati.
4.    Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, garam
       yang telah diayak dan gaulkan sehingga sebati.
5.    masukkan coklat masakan yang telah dicairkan tadi
       ke dalam adunan dan gaul lagi.
6.    Masukkan adunan ke dalam loyang segiempat yang
       telah di gris terlebih dahulu.
7.    Taburkan badam nibs ke atas adunan dan bakar
       pada suhu 200 C selama 30 minit.
8.    Biarkan sejuk dan potong menjadi kepingan sebelum
      dihidangkan.

Monday, October 14, 2013

Biskut Kelapa Rangup...Rangup Gilerrr !!!

Saya memang peminat biskut yang ada kelapa..kalau
biskut bangkit pula samada ada kelapa atau bangkit
biasa aje...memang favourite..teringat zaman kecik-
kecik..

BANGKIT KELAPA MODEN - Amy
Resepi Asal - Kak Besah @ myresipi.com

Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut  (desicated coconut)
1 cawan mumbung gula icing (150g)
(jika guna gula halus rata saja ya (130g)
1 buku butter (250g) / marjerin 1 cawan
2 biji kuning telur
4 cawan rata tepung ubi (400g)
2/3 cawan tepung gandum (70g)
1 sudu teh mumbung baking powder (secubit saja)

Cara-cara :

1.    Sangai / goreng dengan api perlahan
kelapa parut hingga perang rata.
2.    Putar butter dan gula hingga kembang, 
      masukkan telur satu2 putar 10 saat.
3.    Ayak tepung2 bersama baking powder 
      kemudian masukkan kedalam adunan
butter sikit2 selang seli dengan kelapa sambil 
diuli hingga jadi doh yang lembut.
(biarkan lembut sebentar nanti ia akan keras)
4.    Gelek dan terap dengan acuan bulan sabit.
5.    Susun atas dulang dan bakar suhu 150 darjah 
      selama 20-25 min atau ikut suhu kepanasan 
      oven masing2 

Friday, August 23, 2013

Classic Shortbread - Hasil Tangan Iqa Najiha


Biskut ni senang aje ibu nak buat, empat bahan aje,
kata si Iqa. Dalam bahasa sekarang "senang kacang".
Saya suka biskut ni simple tapi sedap....
CLASSIC SHORTBREAD - Iqa Najiha
Bahan-bahan:-

240 g mentega
330 g tepung superfine
140 g gula kastor
30g tepung beras

Cara membuatnya:
1.  Panaskan oven 170°C
2.  Ayak kedua-dua tepung
3.  Potong mentega kepada ketulan kecil.
4.  Masukkan mentega ke dalam tepung.
5.  Gaul dan ramas tepung dan mentega
  menggunakan hujung jari.
6.  Masukkan gula, gaul rata.
7.  Masukkan kedalam acuan atau terapkan doh.
8.  Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit. 
  Suhu 190 C pula selama 10-15 minit.
9.  Keluarkan dari oven dan taburkan dengan
  sedikit gula kastor.


Wednesday, August 21, 2013

Mexican Wedding Cookies - Biskut yang enak dan rangup...



Mexican Wedding Cookie  - Amy
Resepi asal dari- kingarthurflour.com

Nampak sama tapi bukan dia..macam biskut Arab,
Bola salji, Suji atau yang sewaktu dengannya. Ini 
biskut import mari...tengoklah namanya...memang 
sedap, rangup tambahan pula ada serbuk badam...
memang cair dimulut...!!!

Bahan-bahannya:
1 cawan (16 tablespoons) unsalted butter*
(atau guna mentega atau majerin)
1/2 cawan gula icing – (haluskan gula pasir
guna blender kering)
1 1/2 sudu teh esen vanilla @ extract vanilla
1 sudu teh almond extract, optional (saya tak bubuh)
1 sudu teh garam*
3/4 cawan serbuk almond
2 1/4 cawan tepung serbaguna 
*Jika gunakan salted butter, kurangkan 
garam menjadi 1/2 sudu teh.

Salutan untuk biskut (Coating)
1 1/2 cawan gula icing

Cara membuat:
1. Gunakan mixer, masukkan mentega/majerin,
   gula, garam, esen vanila.
2. Putar hingga mentega dan gula menjadi adunan
   yang lembut.
3. Tambahkan serbuk badam, terus putar hingga
   adunan bergaul rata.
4. Masukkan tepun gandum, kacau rata.
5. Ambil doh, guna sudu penyukat (ukuran 1 sudu teh)
   dan bulatkan dengan telapak tangan. 
6. Susun doh yang telah dibulatkan di atas loyang. 
   (Loyang dilapik dengan kertas minyak). Susun dalam 
   jarak 1 inci. 
7. Bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
   Suhu 175'C. 
8.Keluarkan dari oven dan masukkan biskut ke dalam
   mangkuk berisi gula icing. Golek biskut agar tertutup
   dengan gula icing seakan Biskut Arab.
9.Kemudian susun biskut di rak dawai hingga sejuk.
  Alas rak dawai agar gula tidak bertaburan di 
  bawahnya. Bila biskut sejuk, golekkan sekali lagi 
  dalam gula, seakan snowy white barulah disimpan 
  dalam bekas kedap udara. 
  * Saya bubuh dalam paper cup.



Friday, August 16, 2013

Biskut Buah Kana


Biskut yang saya teringin sangat nak makan, 
dulu-dulu makan zaman budak-budak, lepas tu tak 
jumpa dah biskut ni dekat mana-mana. Akhirnya 
buat sendiri.

BISKUT BUAH KANA- Amy-Resepi asal- Dayangjack
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawang tepung jagung
1/2 cawan marjerin / mentega
1/2 sk serbuk penaik / baking powder
1 biji telur
1 sk esen vanilla - optional
1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) –
jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit 
sukatannya.
jem secukupnya
Cara-cara :
1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard 
   dan serbuk penaik diayak bersama.
2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. 
   Masukkan vanila, kacau rata.
3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. 
   Simpan di dalam bekas kedap udara sementara
   membentuknya.
4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan 
   ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan 
   susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang 
   sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau 
   hingga masak.
6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup 
   kemas.
7. Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia
   cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Saturday, October 13, 2012

Biskut @ Kek Batik Marie Coklat Mudah



Biskut @ Kek Batik Marie Coklat Mudah- Amy

Bahan-bahan:
1 buku butter
1 cawan (metrik) susu pekat
1 paket biskut marie – dipatah-patahkan
½ kilo coklat compound (500 gm)- di cincang kecil

Cara-cara
1.  Cairkan butter dalam kuali..kacau..di atas api perlahan
     sampai cair.
2.  Masukkan 1 cawan susu pekat ke dalam kuali tadi..
     kacau sebati.
3.  Masukkan coklat compound yang telah di cincang kecil
     ke dalam kuali, Kacau perlahan sehingga sebati.
4.  Masukkan  biskut merry yang telah siap dipatah-
     patahkan. Kacau sampai sebati.
5.  Masukkan dalam plastik tahan panas, ratakan dan
     di gulung plastik tersebut.
6.  Sejukkan dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.  Jika ingin memotong keluarkan dahulu plastik berisi
     adunan tadi, 15-20 minit, supaya mudah di potong.
     * Resepi ada pelbagai...ada bubuh telur, ada bubuh air,
        ada bubuh milo , ovaltine, nestum, kekacang.Tapi 
       inilah yang paling mudah dan rasanya tetap sedap!!!. 




Tuesday, September 11, 2012

Cornflakes Chocolate


Semenjak dua menjak ni, sibuk menjahit...tapi si adik 
bising bila nak buat cornflakes choklat...jadi semalam saya 
buatkanlah untuk dia....bila dah siap sedap la Ibu...mengadap
benda tu ajelah sepanjang hari.


Cornflake Chocolate - Amy

Bahan-bahan:
600 gm coklat masakan di potong-potong
100 gm walnut dipanggang/sangai dan dicincang
4-5 cawan cornflake
badam nib untuk hiasan- di panggang terlebih dulu
cawan kertas secukupnya

Cara:-
1. Coklat dipotong kecil-kecil.
2. Masak secara double boiler.
3. Bila coklat cair angkat, masukkan cornflakes,
    walnut cincang yang telah dipanggang/sangai.
4. Kacau hingga rata. Sudukan kedalam mangkuk kertas.
5. Taburkan badam nib di atas cornflakes.
6. Biarkan sejuk barulah disimpan dalam bekas.
   (Untuk beku masuk simpan dalam peti ais buat seketika).

Tips: Gunakan cornflakes jenama Kellogs - rangup..krup..krap..
       kalau tak guna cornflakes pun boleh guna bubbles rice.
       Coklat pula boleh guna 1/2 bar dari bar yang paling besar.
       1 bungkusan coklat 1 kg...boleh guna 1/2 kilo.
       Walnut dan badam cincang, masuk dalam loyang dan
       masukkan dalam oven, kacau rata sesekali panggang 10-15
       minit je, jangan sampai hangit. Kalau tak sangai ajelah 
       kat kuali.



Friday, August 31, 2012

Biskut Badam Rangup


Biskut Rangup Badam – Amy - Koleksi 80an

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
20g lelemak sayuran (Crisco)
200 g gula aising
4  biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
285 g tepung gandum
170 g tepung jagung cap kupu-kupu ( dalam tin)
140 g serbuk badam

Untuk Hiasan:-
½ cawan hirisan badam
Kuning telur untuk sapuan

Cara membuatnya:-
1.    Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.
      Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul
      hingga gebu.
2.   Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung
      yang telah diayak,kemudian masukkan tepung tadi
      sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega,
      sebatikan.
3.   Bentukkan adunan, terap dengan acuan kegemaran
      dan hias dengan hirisan badam dan sapu dengan kuning telur.
4.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
      150C selama 12-15 minit. Ikut oven masing-masing.
5.   Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam
      bekas kedap udara...
   



Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails