Showing posts with label Aneka Kuih. Show all posts
Showing posts with label Aneka Kuih. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Bingka Ubi...Sedap..Lembuttt ..dan Resepi Mudah !!!...

Assalam...dah berzaman tak buat bingka ubi..teringin 
sangat nak makan...sebab dah lama tak buat ..dah tak
ingat resepi...cuma ingat kalau buat bubuh majerin...
bingka warna kuning sebab tak guna gula merah..
Jumpa resepi di blog Kak An Periuk Tanah.. guna 
resepi beliau cuma tukar guna gula putih, tambah 
majerin, pewarna kuning tapi tak guna telur.

Bingka Ubi Kayu - Amy
Resepi asal : Periuktanah

Bahan-bahannya:
4 cawan ubi kayu parut.
1 cawan gula.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
3 sudu besar majerin/butter
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam 
   mangkuk.
2. Gaul hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser
   minyak.
4. Bakar hingga masak atau hingga berkerak 
   dibahagian atas bingka.
5. Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.



Friday, November 22, 2013

Lempeng Dan Sambal Tumis..Aduh Sedapnyerrr!!!! Resepi yang sangat mudah !!!!

Hujan-hujan waktu petang teringin nak makan lempeng..
Semua taukan apa bendanya lempeng ni..bukan lempang...
Kalau selalu main agak-agak aje bancuhan, tapi kali ni buat
saya ikut resepi yang ada sukatan supaya mudah buat anak-
anak sekarang buat rujukan..anak-anak saya leteww...!!!
Resepi mengikut trending ...blender saja..!!!

Lempeng – Amy
Resepi asal : http://jendeladapursurianti.blogspot.com

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
1 biji telur

Cara masak :
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap
   dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.
2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter) dan
   dilenserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal,
   lebih kurang seperti tebal roti canai.
3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan
   lempeng bahagian bawah naik ke atas.
4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.
5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal
   sardin mau pun kuah kari.
*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.

Terimakasih kepada tuan punya resepi..Lama tak buat 
lempeng, licin tak sempat nak simpan untuk ke malam...
bertambah sedap bila cicah dengan sambal tumis ikan bilis..
Resepi sambal kat.. http:disini


Wednesday, October 23, 2013

Kuih Cara Berlauk Paling Sedap!!!!!


Saya pernah makan kuih cara berlauk ..masa di Kuantan,
sedap sangat..masa tu SUK Negeri Pahang meraikan kami
dari JPA.Lepas tu saya makan kuih cara berlauk dari gerai
atau dari acara tertentu, tak ada yang sesedap kuih cara
kat Kuantan tu...tapi resepi ni saya setuju dengan Che Ani
atau Rossa blogger rossamyzani.blogspot.com Dari Duniaku..resepi 
kuih cara berlauk ni lembut dan mabeles, sedap sangatttt..sampaikan 
anak saya si Ira..suruh buat lagi..Tq Che Ani @ Rossa sebab kongsi
resepi yang mabeles ni.

Kuih Cara Berlauk PALING SEDAP - Amy
Resepi asal  : Mak Mertua SHikin -
Sumber : CA Dari Duniaku

Bahan bahan :
a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  eksesori:

200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...


Friday, October 4, 2013

Bingka Kentang

Bingka Kentang Bakar
Bahan-bahannya:
1 1/2  cawan tepung
1 cawan gula
2 cawan pati santan
1 cawan susu cair
4 biji telor
2 sudu besar mentega 
1 cawan kentang lecek - (2 biji direbus dan dilecek)
sedikit bijan
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Rebus kentang hingga empuk dan lecek.
2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam pengisar 
   dan kisar hingga halus.
3. Lenserkan loyang pembakar dengan minyak dan 
   panaskan loyang terlebih dahulu.
4. Tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan.
4. Bakar dengan suhu 190C sehingga masak dan 
    agak garing.
5. Biar sejuk barulah dipotong.


Bingka Durian

Sebenarnya beli durian nak buat serawa makan dengan
roti atau pulut...tapi sebab dah makan tak hengat donia
tinggal beberapa ulas aje...ekekeke..., jadi buatlah bingka..
Nak tergelak..nasib baik tak hangit..udah dalam oven
boleh terlupa..leka dengan keje sekolah si Ira.. Si Ira
terjerit...(ibu!!!!kuih ibu dalam oven!!!)...haa kelam kabut,
bangun....ambik engko!!!!  Adunan ni dapat banyak jugak
2 acuan bahulu pecah lapan dan satu loyang lupa la
ukurannya..

BINGKA DURIAN - Amy
Resepi ambil dari Yatiememories
Bahan-Bahan
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air 
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan
Cara-Cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang
    9x9 inci  atau acuan bahulu pecah lapan dengan
    mentega. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam
    satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua
    bersatu.
3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata.
    Blender semuanya.
 4. Panaskan loyang yang telah di lenser tadi. Lebih
    Kurang 3 minit
5.  Keluarkan loyang yang telah dipanaskan,tuang
     Adunan ke dalam Loyang, tabor bijan jika suka.
6. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Ikut oven
    Masing-masing.
7. Sejukkan setelah masak, kemudian bolehlah di potong
    dan dihidangkan.


Monday, September 9, 2013

Roti Lapis Daging

Hari -hari malas untuk memasak, roti pula baru beli
tapi tak berusik...anak yang suka makan roti nun di
Kuala Kangsar..ohh kita bikin Lasagne versi Malaysialah.
Bila dah masak..si Ira..sedapppnya Ibu...

ROTI LAPIS DAGING - Amy 
- Resepi UMI –E

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara
1.   Blend bawang+bawang putih.  
2.   Panaskan minyak dan tumis bawang serta
     masukkan serbuk kari dan juga daging cincang,
     kentang dan garam
3.   Satukan Susu, telor dan secubit garam.
4.   Pukul susu, telor dan garam hingga sebati
5.   Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
6.   Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
7.   Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit
     margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti
     yang telah di ramas
8.   Kemudian letakkan separuh daripada daging,
     kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
9.   Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian
     roti dan selebih bahan daging+kentang dan
     dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
10. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
11. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins
     atau sampai lidi tak lekat
12. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong
     ikut suka.
     *Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan 
      bersama sos


Thursday, March 14, 2013

Kuih Koleh Kacang


Kuih yang menjadi favourite En.Hubby...ada macam-
macam resepi tapi yang ini paling mudah...
Kuih Koleh Kacang
Bahan A:-
1 cawan santan pekat - masak untuk tahi minyak
(jika ingin lebih tahi minyak jadikan 2 cawan)
Bahan B:-
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan C:-
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
Secubit garam
Cara-cara
1. Masak bahan A sehingga menjadi tahi minyak.
2. Ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan
   lebihan minyaknya dalam kuali.(Anggaran minyak
   -2 sudu besar)
   Lebihan minyak yang lain di sapu pada loyang.
3. Masak bahan B menjadi air gula.(Campuran gula
    merah, gula pasir, air dan daun pandan)
4. Setelah gula larut, sejukkan dan ketepikan seketika.
5. Satukan bahan B dan bahan C (air gula merah,
    Tepung kacang hijau, santan, garam) di dalam 
    satu bekas dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yang berisi
    Lebihan minyak kelapa tadi. Kacau selalu supaya
    tidak bergentel.
7. Masak sehingga pekat, menggelembung dan agak
    berkilat.
8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu
    dengan lebihan minyak tadi.
9. Taburkan dengan tahi minyak di atas kuih,
    Sejukkan sebelum dipotong.



Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails