Showing posts with label Aneka Rendang. Show all posts
Showing posts with label Aneka Rendang. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Rendang Kerang


Dah jemu masak lauk ayam dan daging, masak rendang
kerang...resepi yang saya rasa semua orang tahu.

Rendang Kerang 
Bahan

1 kg kerang - rebus dan ambil isi
2 cawan santan pekat-
2 sudu besar kerisik
2 helai daun limau purut  - dihiris halus
1 helai daun kunyit – dihiris halus
5 sudu besar cili kering yang telah dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
Bahan kisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
    sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar tumis hingga garing.
3. Masukkan santan, garam dan gula secukupnya.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik
   minyak dan agak kering.
5. Masukkan isi kerang, kerisik, hirisan daun limau
   dan daun kunyit.
6.
Angkat dan hidangkan.

Thursday, May 16, 2013

Rendang Ayam Pedas/Cili Padi

Rendang Ayam Pedas – Amy.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong sederhana
3 cawan santan
2 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
3 kuntum bunga lawang
3 sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Bahan dikisar:
15 biji cili padi,
10 biji cili merah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 /2 inci kunyit
1 /2 inci halia
1 /2 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga 
    naik bau dan garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, santan dan biarkan ia 
    sehingga agak empuk.
3. Masukkan daun kunyit, kerisik, air asam dan garam,gula 
    secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak kering baru diangkat dan 
    dihidangkan.

Sunday, July 1, 2012

Rendang Tok Isi Kelapa




RENDANG TOK ISI KELAPA - AMY
Bahan-bahan :
1 kg daging
100 gram bawang merah
80 gram bawang putih
80 gram halia - dimayang
½ biji isi kelapa - dihiris 5 sm
60 ml pati santan
300 gram kerisik kelapa
5 gram gula melaka
Garam secukup rasa
15 gram serbuk ketumbar
15 gram serbuk cili
10 gram jintan putih
10 gram jintan manis
20 gram serbuk kari daging
5 gram lada hitam
10 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuat:
1) Gaul rata semua bahan kecuali daging, garam dan gula Melaka.
2) Selepas rata barulah dimasukkan daging. Perap selama dua hingga empat jam.
3) Masukkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
4) Reneh selama tiga jam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering.
5) Masukkan gula melaka dan garam. Kacau lagi hingga rata. 

Sunday, March 4, 2012

Rendang Pedas Perak

RENDANG PEDAS PERAK
– Buku resepi kakak tahun 80an
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (potong 18)
2 cawan santan
3 batang serai - diketuk
1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
1/2 cawan kerisik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Kisar:-
10 - 15 biji cili padi
3 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 / 2 inci lengkuas
1 / 2 inci halia
1 / 2 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
Cara:-
Campurkan ayam dengan bahan-bahan
 kisar di dalam kuali.
Gaul rata dan masak sebentar
 ayam dengan api perlahan.
Kemudian masukkan santan,
asam gelugor dan serai ketuk.
Masak dan gaul sekali sekala.
Biarkan mendidih dan santan agak surut.
Masukkan kerisek, garam dan gula kabung.
Masak lagi sambil dikacau sesekali
hingga kuah rendang pekat
dan bersalut dengan ayam.
Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api.
Kacau rata daun kunyit dengan ayam tadi.
Angkat dan hidangkan

 dan ini buku resepi lama tu...

Saturday, March 3, 2012

Rendang Daging Campur


Ini satu lagi rendang kesukaan saya, daging campur paru...

RENDANG CAMPUR - Amy
Bahan A
600gm daging – bersihkan dan dipotong kecil
500 gm paru –rebus, potong dan gaul dengan garam
6 cawan santan (2 biji kelapa)
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam ajwa
 Gula kabung secukupnya
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
2 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (Dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
25 tangkai cili kering
10 biji cili api
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Caranya :-
1. Sediakan kuali, tuangkan santan,
bahan kisar, biar hingga mendidih.
2. Masukkan daging, daun kunyit
 serta daun limau purut
3. Didihkan lagi hingga pekat, masukkan paru
yang telah direbus, kacau rata.
4. Masukkan garam, gula kabung
 dan air asam jawa.serta kerisek
5. Masakkan hingga semua bahan lembut
6. Apabila sudah naik minyak dan pekat
boleh diangkat dan hidangkan
* Tips:-  Untuk lembutkan daging, perap potongan daging
dengan mentimun yang dihiris-hiris,  2- 3 jam.


Saturday, February 6, 2010

Rendang terlagi-lagi

Memang pelik nama rendang ni....tapi kerana kepelikannya membuat saya ingin mencuba, rupanya sedap...dan nak lagi...tu yang dipanggil terlagi-lagi. Resepi ni dikumpul sejak zaman anak dara dah banyak kali dah buat...cubalah....





RENDANG TERLAGI-LAGI - KOLEKSI RESEPI TAHUN 80AN

Bahan-Bahan: -


1 kg daging [potong nipis kecil]
5 batang serai [ketuk]
1- 2 cawan minyak masak
1 1/2  sudu besar kicap pekat
2 cawan santan pekat
1 sudu besar asam jawa
1/2 biji kelapa untuk kerisik
11/2 s/besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :-

15 tangkai cili kering*  + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
10 biji bawang merah*
4 biji bawang putih dikisar *
1 inci halia halus *  (bahan bertanda * semua dikisar)

Cara:

1. Panaskan minyak, goreng daging selama 15 minit dan angkat daging tadi dan ditumbuk sedikit ketika 
    masih panas.

2. Masukkan kicap pekat pada daging dan diperap selama 1 jam.

3. Tumis cili kering sehingga naik bau, kemudian masukkan semua bahan dikisar beserta serai yang diketuk,
     masak hingga terbit minyak.

4. Masukkan daging dan kacau perlahan-lahan.

5. Masukkan santan, air asam jawa, garam, dan gula. Biarkan mendidih dan sehingga kuahnya agak
    pekat .

6. Masukkan kerisik. Biarkan sehingga naik minyak.


7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..






















Monday, December 21, 2009

Rendang Paru - Rendang Kegemaran...

Rendang ni jadi kegemaran saya, tak kiralah hari biasa atau hari raya.Masakan ni selalu dimasak oleh kakak ipar, tapi semenjak suaminya meninggal (arwah abang) dia jarang masak rendang ni lagi. Sekarang memang payahlah lagi nak merasa, sebab dia dah ambil keputusan balik ke kampungnya di Johol N.Sembilan.
Kakak ipar masak  rendang ni  - paru dicampur dengan daging, tapi saya lebih suka paru sahaja, jadi saya masak rendang ni ikut cara saya .

RENDANG PARU - Amy.


Bahan-bahannya:-
1 kilogram paru - rebus dan potong nipis- nipis
4 biji kelapa, di buat santan (beli ready made-senang je)
150 gram cili kering giling /blend - (beli je kalau malas nak mesin)


Bahan untuk dimesin halus:-
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
garam secukupnya


Bahan untuk dihiris halus:-
2 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut


Bahan untuk di goreng tanpa minyak:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih


Cara Membuat:


Rebus paru (agar mudah di potong) dan potong nipis (lebih tebal dari dendeng)
Bahan - bahan ramuan dimesin halus.
Goreng tanpa minyak rempah 3 sekawan - mesin halus dan ketepikan.
Didihkan santan, bahan ramuan, daun yang dihiris halus, dan masukan paru yang telah direbus dan dihiris.
Gaulkan sebati dan biarkan paru sampai setengah matang. Setelah itu angkat paru yang setengah matang tadi, ketepikan.
Masak santan dan ramuan tadi semula sampai ramuan mengeluarkan minyak.
Ambil minyaknya dan tinggalkan ramuannya sahaja.
Lebihan ramuan tadi masak sampai bewarna coklat tua dan kering (kacau selalu jangan sampai hangit)
Sementara itu goreng paru yang setengah matang tadi dengan minyak yang diambil dari ramuan tadi.
Goreng sampai masak.
Bersama-sama minyaknya tadi, masukan paru ke dalam ramuan yang sudah kering, campurkan rempah dikisar halus tadi (rempah tiga sekawan) dan gaulkan, kacau sebentar.
Angkat dan sajikan.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails