Showing posts with label Aneka Masakan Sayur. Show all posts
Showing posts with label Aneka Masakan Sayur. Show all posts

Friday, May 30, 2014

Sambal Balado 3 In 1...Perghhh!!!! Sedappppppppppppp!!!!!!

Sambal yang menjadi favourite saya..tak kira ikan, kentang
sayur terung dan yang ini saya gabungkan 3 benda dalam
satu sambal. Terung, Petai dan ikan bilis...wooo sedapppp
gilerrrr...bukan gila yerk...

Sambal Balado 3 In 1 – (Terung, Petai, Ikan Bilis ) - Amy

Bahan
2 biji terung panjang (telunjuk) – potong membujur
2 papan petai – belah dua
1 cawan ikan bilis – cuci dan goreng rangup
5 sudu makan minyak untuk mengoreng

Bahan kisar
15 biji cili merah
10 butir bawang merah
1 sudu makan jus limau nipis
Garam secukupnya
1 sudu teh gula pasir

Cara
1.   Rendam terung yang telah dipotong dalam air
     garam agar warnanya tidak kecokelatan,toskan.
2.   Panaskan minyak,goreng terung hingga masak.
     Angkat dan ketepikan.
3.   Cili merah, bawang merah ditumbuk kasar @
     dikisar kasar.
4.   Tumis bahan tumbuk/kisar dalam minyak panas,
5.   Masukkan petai yang telah dibelah dua, kacau rata.
6.   Bubuh garam, gula dan jus limau nipis. Kacau sampai
     layu, tutup api.
7.   Masukkan potongan terung yang telah digoreng dan
     ikan bilis goreng, kacau rata.
8.   Siap hidangkan.


Wednesday, January 15, 2014

Keladi Asam Rebus Tempoyak....Menambat Rasa..!!!!

Selalu kalau keladi biasa dimasak asam rebus atau asam pedas,
tapi kali ni ..tukar sikit sebab ada tempoyak yang diberi
oleh kakak...masak ni pun sikit sebab dalam keluarga ni, saya
aje yang makan, yang lain tak reti makan keladi ...

Keladi Asam Rebus Tempoyak - Amy

Bahan-bahan:-
3 tangkai batang keladi bersama isinya –
(dibuang kulit dan dipotong)
2 batang serai - di ketuk
2 tangkai daun kesum
3 keping asam keping
2 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar/tumbuk:-
Segenggam ikan bilis
5 biji cili merah
6-8 tangkai cili padi
4 biji bawang merah
½ inci kunyit hidup

Cara:-
1.  Rebus keladi hingga empuk.
2. Toskan, buang air rebusannya dan ketepikan.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
   bersama air, serai dan tempoyak.
4. Masak di atas api yang perlahan dan kacau rata.
5. Masukkan asam keping,daun kesum dan garam
   secukup rasa. Jerang hingga mendidih
6. Akhir sekali masukkan keladi yang sudah di rebus tadi,
   angkat dan hidangkan.

Tip: Penjual sayur tu kata kalau nak beli keladi, beli yang
     batang keladinya putih kalau hijau warnanya gatal...
     


Friday, January 10, 2014

Kerabu Pucuk Paku Dan Kerang....Menambah Selera...!!!


Pergi pasar beli pucuk paku, beli kerang teringin nak
makan kerabu...hmmm sedap makan dengan nasi panas
panas, tambah pulak ada lauk ikan sepat basah goreng
cili padi. Memang menambah selera.....!!!!

KERABU PUCUK PAKU KERANG - Amy

Bahan-bahannya:-
1 ½ kg kerang
2 ikat pucuk paku
1 labu bawang besar [hiris]
3 biji limau nipis ambil jusnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:-
2 batang serai
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - (rendam dulu)
4 ulas bawang merah
1/2 cawan kelapa goreng

Cara memasak:-

1.   Rebus kerang, ambil isinya.
2.  Pucuk paku ambil daun hijau sahaja. Basuh dan
    rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut. 
    Toskan.
3.  Gaulkan semua bahan kisar,kerang,bawang hiris, 
    jus limau dan pucuk paku.
4.  Rasakan garam dan gula secukupnya.
5.  Hidangkan.

Tuesday, October 22, 2013

Petai Tumis Pedas Bersantan

Makan dengan nasi putih...sedapnyerrrrrrrrrrr!!!!

Petai Tumis Pedas Bersantan - Amy
Bahan kisar:
3 biji cili merah
10 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan

Bahan lain:
1 biji bawang besar - dihiris
3 keping papan petai – dihiris bersama kulit.
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan santan
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.     Panaskan sedikit minyak.
2.     Gorengkan petai, sekejap kemudian toskan.
3.     Goreng ikan bilis – toskan.
4.     Tumis bahan kisar hingga garing.
5.     Masukkan santan – biar pecah minyak.
6.     Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.     Masukkan petai, ikan bilis dan gaul rata.
8.     Biar kering sedikit, baru angkat.

Thursday, May 16, 2013

Sambal Goreng Jawa

Makan lauk ni dirumah kakak di Klang, kalau datang
hari Sabtu atau Ahad selalu ada lauk ni atas meja, kakak
kata.."tu lauk orang kenduri"...ialah dia beli tanah dan 
buat rumah disana, dimana majoritinya adalah orang 
Jawa.Teringin nak makan lauk ni, jadi saya kenalah buat 
sendiri.
SAMBAL GORENG JAWA – AMY
Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
5 bawang putih
1 inci halia,
1 batang serai
2 sudu besar cili kering (cili boh)
½ cawan ikan bilis/udang kering

Bahan lain:-
1 cwn santan pekat,
2 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar air asam jawa
garam, gula secukup rasa
Bahan untuk di goreng
5 keping pedal ayam (rebus dulu)
5 keping hati ayam (rebus dulu)
2 kpg tempe
2 kpg tauhu
-  Semua ini dipotong dadu.
100 gm udang

Bahan campuran lain:-
3 lembar kacang panjang – potong menyerong
2 biji kentang – potong kecil dan goreng
3 keping fucuk (tauhu kering) – direndam sekejap
secekak soon - direndam
1 biji cili merah, 1 biji cili hijau (optional)

Cara- cara :
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
   Masukkan cili kisar tumis sehingga garing.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng,
   kacang , cili hiris, soon, fucuk kacau rata.
3. Masukkan kicap,garam, gula dan santan,
   baru masukkan udang. Gaul sebati.
4. Masak hingga kering, angkat dan tutup api.

Tuesday, March 19, 2013

Ikan Talang Masin Masak Lemak Nanas

Ikan Talang Masin Masak Lemak Nanas

Bahan-Bahan:
2-3 keping ikan masin (potong 4 segi)
1 biji nanas muda (size kecil)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
10 biji cili padi
1 cawan santan pekat
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kunyit – di koyak
garam dan gula secukup rasa
Cara:
1.
Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia
   dan cili padi dikisar.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk,
   bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Masukkan serai, asam keping, nanas serta ikan.
4. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang
   sederhana.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan tambah
   gula dan garam secukup rasa. Angkat dan bolehlah
   dihidangkan

Saturday, February 16, 2013

Terung Bakar Air Asam Jawa

Oleh kerana dah lama tak masukkan resepi masakan,
Jadi hari ni saya masukkan beberapa resepi.

Terung Bakar Air Asam Jawa – Amy.
Bahan-bahannya:

4 biji terung
1 biji tomato
2 ulas bawang merah
10 biji cilipadi
250ml air asam jawa yang pekat
Sedikit belacan bakar
garam, gula secukup rasa

Cara-cara
1.  Cuci bersih terung dan toskan.
2.  Bakar terung hingga masak di atas api
   yang kecil.
3.  Buang kulit / kupas kulit terung ketika
    panas dan susun di tas pinggan.
4.  Guna air masak untuk bancuhan air asam.
5.  Bawang merah, cili padi, tomato, dihiris /
   cincang halus.
6.  Satukan bahan cincang tadi ke dalam air
   asam dan juga sedikit belacan bakar, bubuh
   juga garam,gula secukup rasa.
7.  Tuangkan air asam keatas terung bakar tadi,
hidangkan dengan nasi putih.

Saturday, October 13, 2012

Gulai Pisang Muda Ikan Talang


Gulai Pisang Muda Ikan Talang - Amy

Bahan-bahan
1 sikat pisang muda (pisang sayur)
4-5 keping hirisan ikan talang masin
3 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
2 batang serai – di titik
garam secukup rasa

Bahan mesin
20 -25 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis

Cara
1.
Pisang dibuangkan kulit, potongkan dan rendam 
    dalam air.
2. Panaskan periuk, masukkan bahan tumbuk dan 
   santan.
3. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana kecil.
   Masukkan pisang, serai dan daun kunyit. 
4. Kacau sekali-sekala hingga mendidih dan pisang 
   lembut.
5. Masukkan ikan masin talang, juga tambah garam 
   jika perlu.
* semenjak dua menjak ni masak lauk kampung sebab 
dah lama tak makan lauk macam ni...nak menunggu 
hubby dan anak-anak pandai makan segala lauk 
kampung ni...memang payahlah...jadi lauk-lauk macam
ni ...setahun sekali je kut...di masak pasal...yang lain
tak reti...hmmmmm....!!!!



Thursday, October 11, 2012

Terung Rebus Udang Bercili


Terung Rebus Udang Bercili   - Amy
Bahan-bahan :
2 biji terung panjang
Sejemput Udang basah
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 labu bawang merah - ditumbuk
Sedikit cili padi - ditumbuk. Bergantung tahap kepedasan
Setengah biji limau nipis - ambil jusnya
Secubit gula
Sesudu sos ikan

Caranya :
Belah dua terung. Rebus. Ketepikan.
Udang kering bahagi dua. Separuh di tumbuk. Ketepikan.
Separuh lagi jangan di tumbuk.
Campurkan bahan tumbuk, udang kering, sos ikan,
jus limau nipis dan gula.
Tumis bahan-bahan di atas sekejap. 
Masukkan udang basah, gaul rata. Biar udang masak.
Letak bahan-bahan yang di tumis, ke atas terung dan hidangkan.

Monday, October 8, 2012

Pucuk Ubi Kayu Masak Sambal Tempoyak


Pucuk Ubi Masak Tempoyak - Amy
1 ikat pucuk ubi - dimayang halus
2 papan petai - belah dua, ambil isinya
1 ikat pucuk labu - di mayang halus (kalau x ada x apa)
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - mayang halus
2 cm kunyit hidup
5 sudu besar tempoyak
15 biji cili api - tumbuk
1 biji kelapa – ambil santannya
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam gula & secukup rasa

CARA :
1. Daun pucuk ubi, daun labu, daun kunyit dan
    serai di hiris halus. Ketepikan.
2. Petai belah dua –ketepikan.
3. Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.
4. Masukkan tempoyak bersama dengan bahan
   yang dihiris halus, petai dan bahan tumbuk 
   kedalam kuali.
5. Masukkan santan, ikan bilis, garam juga gula.
6. Masak di atas api perlahan.Masak sehingga kuah pekat.

Sunday, October 7, 2012

Sayur Nangka Masak Lemak Cili Padi Campur Ayam

Sayur Nangka Masak Lemak Cili Padi + Ayam - Amy

Bahan-bahannya:-
500 gm ayam – dipotong
500ml santan
500 gm nangka muda dipotong kecil dan dibersihkan
15 ulas cili padi * ditumbuk
4 cm kunyit hidup*
2 inci halia*
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit disiat
400 ml air
Garam secukup rasa.

Cara:-
1.  Nangka muda di potong 4 cm, direbus empuk.
   Ketepikan.
2.  Ayam dibersihkan dipotong kecil.Masukkan
   ke dalam periuk.Masukkan air.
3.  Masukkan bahan tumbuk yang bertanda*.
   Didihkan.
4.  Masukkan santan, serai ketuk, daun kunyit,
Nangka muda yang telah direbus, garam
secukup rasa.
5.  Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga masak
   dan kuahnya pekat.Angkat dan hidangkan.

Monday, September 17, 2012

Pecal Sayur


Pecal Sayur- Amy
Bahan A ( kuah)
Untuk di goreng dengan sedikit minyak dan dikisar
5-6 tangkai cili kering
6 biji cili padi
3 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 inci belacan
Bahan B
350 gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
dan di kisar kasar
gula putih ( secukup rasa)-
garam (secukup rasa)
air asam jawa (secukupnya)
2 cwn air
Cara:
1.Campurkan semua bahan A dan bahan B.
   Masak sehingga mendidih dan pekat sedikit.
   Sejukkan.
Bahan Sayur:
100 gm taugeh di celur
100 gm kangkung di celur
50 gm kacang panjang – di hiris dan dicelur
1 biji timun di hiris
2 ketul tauhu di goreng dan di hiris nipis
1/2 biji sengkuang di hiris memanjang

Cara:

1. Susun kesemua sayur didalam pinggan.
2. Tuangkan kuah keatasnya.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Terung Masak Pedas




Terung Masak Pedas - Amy
Bahan:
2 biji terung panjang yang sederhana besar
– di goreng
Bahan kisar:
10 -15 biji cili padi
2 sudu besar udang kering ( dibasuh)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan lain:
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar – di mayang
1-2 biji cili merah – di hiris
garam dan gula
sedikit minyak
Cara:
1.  Panaskan minyak dan goreng terung
   hingga masak.Angkat dan ketepikan.
2.  Sedikit minyak untuk menumis bahan-
   bahan kisar
3.  Masukkan sos tiram.
4.  Perasakan dengan gula dan garam sedikit.
5.  Bila naik bau masukkan bawang besar
   yang telah di mayang juga hirisan
   cili merah. Gaul rata dan angkat.
6.  Bahan tumis tadi di gaul bersama terung
   goreng tadi dan di hidangkan. 




Sunday, September 16, 2012

Fucuk dan Suun Lemak Putih


Fucuk dan suun lemak Putih - Amy

Bahan-bahan;
3 keping fucuk
150 gm suun
3 biji ubi kentang – belah empat
2 biji bawang besar – belah empat
3 tangkai cili merah – hiris serong
300 ml santan
1 liter air
1 sudu makan udang kering - rendam sekejap
Garam secukupnya

Cara:
1.Panaskan periuk, masukkan air, masukkan kentang,
   rebus sehingga empuk.
2.Masukkan santan, fucuk, sun, bawang besar dan cili merah.
3.Kacau perlahan-lahan tambah garam dan biar medidih.



Wednesday, September 12, 2012

Asparagus Tumis Udang



Asparagus Tumis Udang – Amy

Bahan-bahan:
 2 cekak asparagus
200 gm udang basah
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk di kisar:
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 biji cili merah

Cara:
1.    Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan
Dikisar hingga naik bau.
2.  Masukkan sos tiram, gaul rata.
3.   Masukkan udang basah kacau seketika.
4.  Perasakan dengan garam .
5.   Masukkan asparagus, kacau seketika sahaja
Angkat dan sedia untuk di hiding.




Saturday, July 28, 2012

Kacang Buncis Tumis Udang


Kacang Buncis Tumis Udang - Amy
Bahan-bahan:
400 gm kacang buncis- dipotong serong 1/2 inci
100 gm udang basah - dibuang kepala
1 biji cili merah- di hiris
1 labu bawang besar - di hiris
3 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Tumiskan bahan kisar sampai wangi.
2. Masukkan sos tiram, kacau rata.
3. Masukkan udang kacau lagi.
4. Masukkan kacang buncis, hirisan bawang besar
    dan hirisan cili merah
5. Masukkan garam dan kacau rata, masak untuk seketika.
6. Angkat dan hidangkan.

Friday, July 27, 2012

Sayur Padprik


Sayur Masak Padprik - Amy.
Bahan-bahan:
50 gm sotong
50 gm udang
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kubis
5-6 tangkai kacang panjang
1 batang serai - di ketuk
2 helai daun limau purut
Bahan di kisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
Bahan - bahan lain:
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis
hingga kekuningan, kemudian masukkan
cili kisar hingga naik bau, kemudian
masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar.
Masukkan sotong, udang dan sayuran.
Biarkan hingga masak. Masukkan daun
limau purut untuk baunya.
Kemudian masukkan sos cili untuk
memekatkan kuah paprik.
*Bulan Ramadhan ni ramai yang beli lauk 
dah siap...tapi kalau ada masa tu lebih baiklah
masak sendiri...

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails