Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Coroquette.........Sedap sangattttt................!!!!!!


Kudapan yang sedap...makan satu-satu, tak cicah sos pun
tak apa....sedar-sedar habis sepiring..

Coroquette - Amy
Sumber: Resepi Bonda

Bahan:
3-4 biji kentang
2 tangkai seleri atau daun bawang yang dipotong halus
1/2 biji labu bawang yang dihiris halus @ dipotong dadu
150 gram ayam atau daging kisar
serbuk roti secukupnya
sedikit cheese yang diparut
2 biji telur yang dipukul
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.  Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga 
    lembut/empuk
2.  Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam 
    mangkuk.
3.  Panaskan minyak.Setelah minyak panas,tumiskan bawang 
    hingga naik bau. 
4.  Kemudian masukkan ayam kisar dan kacaukan sehingga 
    masak.
5.  Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau saderi, 
    garam dan lada sulah secukup rasa.
6.  Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk 
    berisi isi kentang . 
7.  Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau 
    hingga rata.
8.  Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur.
9.  Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang 
    telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
10. Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
11.  Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.

Thursday, February 6, 2014

Chewy Cheese Ball......Kudapan Yang Enak.......Sedap......Nyum..Nyum!!!


Kudapan yang enak untuk anak-anak atau mak bapaknya
sekali...hik..hik...hik..Tak perlu pergi KFC sebab nak 
makan benda ni..buat sendiri lebih berbaloi..Saya syorkan
guna cheese yang mudah cair seperti mozarella, parmesan
atau guna slice cheese, jangan guna cheese yang buat kek
keju tu..nanti sampai kesudah inti cheese tu takkan cair.
Resepi ni baru hari ni ada kesempatan nak masuk dalam
blog...

CHEWY CHEESE BALL – Amy

Bahan - bahannya :-
4 biji kentang sederhana besar
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar mentega
Garam secukup rasa

Bahan Inti :-
Mozarella Cheese(Parut) atau Parmesan Cheese(Parut)
Atau Slice Cheese (Chesdale) - dipotong dadu

Bahan Salut :-
2-3 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (warna kuning + putih)
Tepung gandum @ tepung jagung

Cara Membuatnya :-
1. Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga empuk
   tapi tidak terlalu lembik. Toskan dan lecek halus.
2. Masukkan mentega dan gaul rata.
3. Masukkan serbuk cili dan garam secukup rasa.
   Kacau hingga rata.
4. Ambil sedikit adunan doh dan leperkan.
5. Masukkan parutan atau kepingan cheese yang telah 
   dipotong dan bulatkan doh tadi seperti bebola guli,
   buat hingga siap.
6. Sadur bebola dengan tepung, kemudian celup dalam 
   telur yang telah dipukul tadi dan golekkan ke atas 
   serbuk roti.
7. Ulang semula-celup bebola dalam telur dan golek 
   lagi sekali di dalam serbuk roti (breadcrumbs).
8. Goreng dengan api sederhana hingga masak atau 
   kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.Hidang bersama sos pilihan anda.

Inilah bahan yang dah dibancuh..kentang yang dah lecek,
serbuk roti, bancuhan telur..
Ini pulak kentang lecek yang dah campur dengan serbuk
cili, lepas buat bebola golek dalam tepung jagung...

 Untuk kali ni saya guna cheese ni..sebab ada stok ni aje.
Inilah hasilnya selepas digoreng....



Thursday, May 23, 2013

Coleslaw - Cara Yang Betul...


Cara yang betul supaya coleslaw buatan sendiri tidak
berair, adalah dengan membiarkan campuran sayuran
tersebut selama 2 jam, sebelum digaul dengan sos dressing.

Coleslaw- Amy
Bahan-bahan:-
1/2 biji kobis manis - hiris halus-halus
1 batang lobak merah - parut halus

Bahan gaul:-
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
Sos Coleslaw Dressing

Cara:
1.Kobis dan lobak merah yang telah dihiris,
  digaulkan dengan cuka dan gula.
2.Ketepikan dan biarkan selama 2 jam.
3.Selepas 2 jam, toskan air yang keluar
  dari sayuran tadi.
4.Gaul sayuran tadi dengan sos coleslaw.
5.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Fish N Chip

Entry masakan bila tak ada mood nak masak nasi..
Fish & Chip - Amy

Bahan-bahan :
2 keping ikan dowry (fish fillet)
1 sudu makan jus lemon
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada sulah
secubit garam
½ cawan serbuk roti (bread crumb)
Minyak secukupnya
Bahan Hidangan Sampingan:
200 gm jejari kentang – Goreng
Coleslaw

Cara-cara memasaknya:
1.  Bersihkan dowry fish fillet dengan jus lemon.
   (untuk hilangkan bau)
2.  Pukul telur bersama lada sulah dan garam.
3.  Celupkan dowry fish fillet ke dalam telur.
4.  Kemudian celupkan @ ratakan bread crumb
   pada dowry fish fillet.
5.  Panaskan minyak dan gorengkan fillet ikan 
   sehingga kuning keperangan.
6.  Hidangkan mengikut citarasa masing-masing...


Thursday, March 14, 2013

Kacang Panggang Bersosej


Kacang Panggang Bersosej- Resepi Hanieliza

Bahan
10 batang sosej
1 tin kacang panggang
4 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 labu bawang besar [hiris]
1 s/k lada hitam
1/2 cawan air
garam
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu.
2. Masukkan sausage dan goreng sehingga masak dan 
    garing.
3. Masukkan garam, air, lada hitam, sos cili dan sos 
   tomato. Kacau rata.
4. masukkan baked beans dan kacau perlahan.
5. Masukkan air dan kacau perlahan-lahan.
6. Bila nampak pekat, angkat dan hidangkan dengan 
    roti atau nasi.



Wednesday, March 13, 2013

Sos Black Pepper Bercendawan

Satu lagi resepi bila tak nak masak nasi...

Sos Black Pepper Bercendawan

Bahan-bahan:
2 camb mentega
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau guna kiub ayam
2-3 camb kicap pekat
1 camb oregano atau mix herbs
2 camb serbuk lada hitam
1 cawan cendawan butang - dihiris

Cara:
1.  Panaskan mentega, tumiskan bawang besar
   sehingga wangi .
2.  Masukkan pula tepung dan kacau sebati.
3.  Masukkan air rebusan ayam, kicap pekat, serbuk
Lada hitam, oregano (jika suka). Kacau rata.
4.  Akhir sekali masukkan hirisan cendawan butang.
5.  Kacau dan biarkan kuah pekat.
6.  Hidangkan dengan chiken chop, steak juga
sampingan lain seperti kentang goreng, coleslaw,
kacang panggang.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails