Showing posts with label Suara hati nurani. Show all posts
Showing posts with label Suara hati nurani. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

Malas Abah Ko !!!!!!

Bila menteri bagitau nak bawa 1.5 juta rakyat Bangla 
masuk Malaysia sebab belia malas, memilih kerja tak ada 
siapa nak buat kerja 3D..(Dirty, Dangerous and Difficult) 
jangankan orang lain marah dan hairan, aku sendiri naik 
hairan, pasal kalau kat pasar Selayang tu terutama kat 
area Pasar Tani....penuh dengan orang dia berniaga, 
belum lagi jadi tauke buat welding pagar besi.. belum lagi
kedai cuci kereta ..belum kedai mamak,belum lagi pasaraya,
kat stesyen minyak…semua tu kerja 3D ke…???
Ohh..menteri kata atas permintaan majikan dan industri…
jangan salahkan menteri, jangan salahkan kerajaan, tapi 
Persekutuan Majikan Malaysia kata kaji balik.....
Menteri kata belia atau rakyat Malaysia malasssss…yang 
pagi-pagi beratur kat Tambak Johor nak masuk Singapore 
tu bukan rakyat Malaysia?.. yang sampai jammed kat 
Tambak Johor tu rakyat Malaysia yang nak pergi berhuhuhu
lah gamaknya..!!
Bukan seorang dua tapi beratus ribu nak hampir 1/2
juta..itu jumlah tahun 2012 sekarang dah tahun 2016, 
yang cari rezeki dalam bidang 3D yang dok menteri 
sebut tak sudah-sudah… diratib malas, malas, malas!!!.
Jika rakyat Malaysia ni malas..tak adalah subuh sepiee
diaorang keluar rumah beratur di Tambak Johor dan
balik kerja dah tengah malam..sampai rumah jam 11.oo
malam, keluar jam 4.00 pagi atau 5.00 pagi. 


 
Menteri sanggup nak keluar kerja dan balik macam tu???
Bukan sahaja di Singapore, tapi ada rakyat Malaysia 
yang sanggup bersusah payah pergi ke Australia hanya
nak bekerja sebagai pemetik buah..keluar modal sampai
RM5000.00 dan belum tentu diterima bekerja semuanya
risiko...ada Menteri tau kisah begitu...Sebenarnya siapa
yang malas??? rakyat bersusah payah cari rezeki..dok
kata memilih..pemalas.....Siap cabar lagi tu...!!!  

 
 Apa motif import sampai 1.5 juta Bangla.. Sekarang 
Malaysia bukannya ekonomi booming pun..merudum lagi adalah..pelabur banyak lari,ringgit jatuh..hutang dah
menimbun..PATI yang sedia ada kat Malaysia pun 
jumlahnya dah sama tara jumlah rakyat Terengganu berlambak..nak bawa masuk lagi..buat apa ???…Datang 
dengan permit buruh tapi berniaga???.. Ada udang balik 
mee kah??? Sampaikan si penyokong totok kata..
Itu belum bawa budaya sosial yang teruk, wabak penyakit..perangainya.. takkan kita nak biar perkara 
yang buruk terjadi kepada anak dan keluarga..???
Nauzubillahi min zalik..!!!

Tahun demi tahun perbelanjaan keluarga meningkat
sebab harga barang naik, keperluan asas seperti letrik
mahal melangit, GST lagi. Tapi gaji basic rakyat masih
Rm 900.00 …ikan kembung sekilo rm 17.00..ikan biasa
jer tu..belum ikan senangin, siakap, udang harga sekilo
nak cecah rm 40.00..orang kampong potong getah,
skrap getah harga rm 1.80 sekilo..nak makan apa???
Berapa ribu pohon getah nak kena toreh hanya nak beli
ikan sekilo…ko menteri gaji puluh ribu..belum bisnes di
luar alam 7  keturunan tak habis makan…sembang lebihh!!!!
 

Friday, December 25, 2015

Tuan Sadiq Segaraga dan Tuan Penasihat...

Banyak yang P. Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi 
kenyataan.  Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman. 
Begitu jugaklah dengan filemnya 3 Abdul, kisah tiga beradik yang 
namanya bermula dengan Abdul dan orang kaya penipu Tuan Sadiq 
Segaraga seorang ahli perniagaan yang hampir bankrap dan 
Tuan Penasihatnya Kasim Patalon 20 persen.

Dialog yang popular yang kejadiannya terjadi pada zaman ini.
“Kita bahagi harta ini secara demokrasi…. Kanda serahkan
semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.”
“Demokrasi apa?” “Demokrasi terpimpin…”
”Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!”

Tuan Penasihat “Sebelum mereka kawin kita mesti buat
satu syarat (bisik)…”
Tuan Sadiq Segaraga “Bagus. memang saudara seorang
yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat 20%” 
Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu
penyangak. Dah kena dah penyamun jual si penyangak..
apa salahnya (gelak)

“kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun
muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai
yang boleh kena tipu ni fasal apa? Kamulah yang bodoh!” 

Ini pulak dari Filem Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam duk sibuk kisah penipu, penyamun, perompak rupanya
cerita P.Ramlee Nasib Do Re Mi terselit mesej ni....
Cerita Madu Tiga..walaupun mesej ni troll..


Hanya Jauhari mengenal manikam...???

Tuesday, November 24, 2015

Bila Musang Berjanggut !!!

Biasakan tengok cerita Tan Sri P.Ramlee?? Biasakan tengok cerita Musang Berjanggut..
sapa tengok cerita ni mesti ingat atau n tau dialog Mamanda Menteri Nikah Kahwin 
(Menteri Agama) dengan Isteri Tun Nila ... si Puspawangi, bila Mamanda Menteri 
menyelinap masuk kerumah Puspawangi :-

Puspawangi: "Kanda Datuk nikah kahwin..salah atau tidak jikalau seorang lelaki 
masuk kerumah seorang perempuan ketika suaminya tiada dirumah?"
Datuk Nikah Kahwin :- " Oh!, itu salah! Salah besar ! "
Puspawangi:- " Kalau begitu, kanda ni pun salah lah ?"
Datuk Nikah kahwin :- " Salah jugaklah, tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam 
negeri  ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam". 
See..!!!!! Kata pepatah Melayu " Seperti Musang Berbulu Ayam"....

Duit mana lagi yang nak di sapu..???
Apa saja yang berbentuk Tabung…Lembaga..Yayasan…duit dana… semua malaun rembat…
tak kiralah yang tau hukum... yang jahil hukum...semuanya kaki sapu...
Lepas ni apa lagi????  

Nak hidup mewah..nak makan angin...nak menyoping...nak berhuhuhu..nak berhahaha...
tapi semua nak "PERCUMA" Apa barang!!!!...
Ada yang tukang back up...kata "JIMAT"..Jimat.....Ada makna ..jimat duit poket sendiri???
Duit zakat...duit anak yatim.. duit tabung...ssesuka suki ajerrr...rakyat marhein yang papa 
kedana juga jadi mangsa....

Apa yang boleh dirembat..dirembat..apa yang boleh dijual...dijual...macam ni Mati lah nakkk!!!!

Sebegitu bengkoknya tiang
Begitu jugalah bengkoknya bayang

Gajah liar depan mata di biar merembat
Semut seberang laut juga yang diperhambat ...!!!!


Kalau dah bukan hak tu...janganlah sesuka hati..memandai-mandai jadikan hak...lepas
tu yang melapor terkena...yang buat salah..slumber badak, muka toyerr buat bodo....!!!


Tuesday, September 8, 2015

Jangan Sentap, Okey!!!!!...










Pemimpin yang munafik, zalim, tamak haloba, tidak amanah, penting diri sendiri, ego, 
sombong, bongkak…inilah yan terjadi sekarang…tapi siapa yang pilih mereka???...
Mereka-mereka ini kalau tak dipilih takkan tiba-tiba boleh jadi pemimpin ….??? 
Yang jadi mangsa orang yang bersuara lantang...asal bersuara aje...kena..!!!! Nak
bersuara kena jadi anak VVIP... kalau tidak alamatnya jadi kambing hitam ajelah...
kambing hitam pun naik heran..asyik-asyik kena tuduh jerr...


Tuesday, August 4, 2015

Satu Sketsa.....Negara Pasir Berdengung....#Untung Laa...!!!!!

Alkisah…..tersebutlah kisah di Negara “PASIR BERDENGUNG”…
Memanda Menterinya seorang yang kaya raya….hartanya TUJUH KETURUNAN
TAK HABIS MAKAN….…

Tiba-tiba rakyat Negara itu digemparkan dari siaran AWAT NI???, bahawa ada
yang DERMA untuk memanda menteri… bukan SIKIT…tapi berbilion-bilion lemon…
mak oittt…Banyaknya!!!!…Blurr kejap, sampai tak reti nak kira…..kira pulak
gunapakai sistem “SATU UNTUK KAU ..SATU UNTUK AKU”…hmmm…tahun depan
pun belum tentu siap kira….tambah pulak kalau tengah mengira asyik bergaduh..
tonjol-tonjol kepala…sambil kata.. “MAK KO IJO…PAK KO IJO” !!!!
Aper daaa!!!!............
 Sambung balik cerita…maka Rakyat marhaen pun kata #UNTUNG LAA….dah kaya..
pun ada orang nak DERMA…..dan berita ini disahkan oleh pejabat Suruhan Pak RJaya
dengan jayanya mengesahkan bahawa duit itu DERMA dan yang menderma itu bukan 
En. Wan Emdibi……seperti yang dicanang-canangkan…dikompang-kompangkan
oleh warga “PASIR BERDENGUNG”. (Tu laa pasal…buat MESYUARAT TINGKAP dan
BAWAH POHON lagiiiiii…)
 Maka rakyat marhaen yang terkejut dengan berita itu terduduklah diatas lantai,
lantas ditanya oleh CAI Memanda Menteri…” Kenapa duduk bersila diatas lantai ?
Nak baca doa selamat ke??? Rakyat marhaen jawab….” TIDAK…!!! Dok piker apa laa
pulak nak jadi lepas ni…!!!

Yang mengHAIRANkan dan yang AJAIB..warga yang mengadu dan  yang selidik
sumber berbilion lemon itu pulak didakwa dakwi....Adehhhh,,Tepuk dahi...tepuk dahi..!!!
Untuk warga marhaen "PASIR BERDENGUNG"...Pesanan PENAJA...lain kali jangan 
tersalah pilih ....atau saja-saja nak pilih...atau pilih pasal dapat fulus mulus...
Diaorang seronok bercanda ria...kanda dinda...ngkorang terjelepuk tak terkata....!!!
Maka berkatalah seorang Mufti dari Negara Malaysia untuk Rakyat "PASIR BERDENGUNG"
# STOP MAKING BAD PEOPLE FAMOUS…

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails