Showing posts with label Agar-agar dan Puding. Show all posts
Showing posts with label Agar-agar dan Puding. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Puding Caramel Tanpa Telur...Sedappp!!!!


Assalamualaikum,,,dah lama tak update blog..
Pasal mah"mood" dah ke laut... dah tak dapat nak kutipnya..
Sebenornya..bulan Ramadhan ni..kalau ikut malas betul
nak cerita pasal makanan...nak cerita lain..pasal makcik Lock
Stereng tu, semua pakat cerita pasal dia..tak pasal-pasal jadi
trending...cerita pasal artis yang bertudung..kebanyakkan blog
ada cerita tu..Cerita pasal GAZA...lagi menyedihkan..masa nilah
orang berlumba-lumba buat duit kutipan sampai ada yang 
menipu...cerita bola dah habis dah...walaupun saya tak boleh
hadam apsal.. diaorang suka sangat buat perlawanan masa 
bulan Ramadhan.. jadi saya buh lah cerita pasal masakan..yang 
dimasak untuk juadah berbuka.. senang untuk anak-anak yang
duk menyewa, duk jauh buat rujukan...

Puding Karamel Tanpa Telur
Sumber: Lina pg

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir
Sedikit air

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara
1.  Memula buat gula hangus seperti biasa.
2. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak 
   hingga gula menjadi perang, kemudian masukkan air secara 
   perlahan-lahan, kacau guna senduk kayu,tuang dalam bekas.
   Kemudian ketepikan
3. Satukan semua bahan B. Kacau atas api.Adunan mesti 
   dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
4. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.
5. Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang 
   berisi gula hangus tadi.
6. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok 
   hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah 
   dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam 
       peti ais

  

Tuesday, May 20, 2014

Agar-agar Kentang ...Resepi Mudah.....

Agar-agar Kentang - Amy
6 - 8 biji kentang – di rebus
1 paket agar-agar
7 1/2 cawan air (1300ml)
1 1/2 cawan santan
2 cawan gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning - jika suka atau
1 tin buah-buahan cocktail (buah sahaja tanpa jus)

Cara:
1.   Masak agar agar dengan air sehingga hancur.
2.  Masukkan gula sambil di kacau rata, masak sehingga 
    gula hancur.
3.  Masukkan kentang yang telah di rebus kedalam blender, 
    santan dan sedikit garam. Kisar hingga halus lepas itu 
    titikkan pewarna kuning.
4.  Masukkan adunan yang dikisar tadi kedalam agar-agar, 
    kacau sehingga sebati
5.  Biarkan mendidih dengan sekali sekala dikacau rata, 
    jika suka masukkkan buah-buahan cocktail.
6.  Tutup api dan pindahkan adunan agar agar kedalam 
    loyang yang disukai
7.  Biarkan sejuk sedikit barulah dimasukkan kedalam peti 
    sejuk sebelum dihidangkan. 

Thursday, March 6, 2014

Krim Karamel Keledek...Memang Besttt!!!!....

 
Assalamualaikum?...Entri resepi....keledek lagiiii...ini kes
nak menghabiskan stok keledek.......teringin nak makan 
cream caramel..sebab dah lama tak buat..Hmm...
sedapppp...rupanya cream caramel campur keledek...

Puding Keledek Berkaramel - Amy     

Bahan-bahan : loyang kecil
150 g keledek merah
1 1/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu 
cair
3 biji telur A
1/3 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla

Untuk karamel :
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas

Untuk membuat karamel : 
1. Hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan 
   dan setelah keperangan (jangan sampai hangit, nanti 
   jadi pahit), masukkan air panas. Kacau segera supaya 
   tidak berketul. Pastikan ia betul-betul cair. 
2. Tuangkan karamel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. 
   Ketepikan.

Cara-cara : 
1. Keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama
   sedikit garam hingga lembut. 
2. Setelah itu, kisar bersama air sehingga menjadi puri.
   Ketepikan.
3. Pecahkan telur di dalam mangkuk pengadun, pukul 
   sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih.
4. Kemudian,masukkan susu pekat, puri keledek dan 
   esen vanilla. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi 
   (tapis jika perlu).

6. Bakarlah lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C 
   atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie- 
   letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi 
   air panas)Setelah dibakar, sejukkan terlebih dahulu 
   sebelum dipotong.

*  Masa hidang saya tambah buah koktail..hmmm..lagi
   best...!!! Resepi ni buat kaedah bain marie...tapi 
   kalau nak kukus seperti biasa pun boleh..



Wednesday, December 11, 2013

Agar-agar Koktail Berlapis..Sedap Dan Cantik...

Cantikkan ?? Cantikkan ?? ..cantik dan sedap..!!

Agar-agar Koktail Berlapis - Amy.
Bahan-bahan
1 paket agar-agar
1.5 liter air (5 gelas)-anggaran
1 tin susu cair
2 cawan gula (kemanisan ikut suka)
1 tin buah koktel
2 helai daun pandan
1-2 ketul gula batu
Pewarna merah dan hijau

Cara-cara:

1. Masukkan air, agar -agar , daun pandan ke dalam 
   periuk. Masak sehingga agar -agar hancur.
2. Sementara menunggu agar-agar mendidih tadi, 
   masukkan bekas untuk agar-agar kedalam peti sejuk. 
   Supaya mudah beku.
3. Masukkan gula, gula batu,susu cair dan juga syrup 
   koktail dan masak sehingga mendidih.Barulah 
   masukkan buah-buahannya. Perlahankan api.
4. Ambil separuh agar-agar yang telah mendidih dan 
   bahagikan kepada dua bahagian.Jadikan satu bahagian 
   warna merah dan satu lagi warna hijau.
5. Masukkan warna merah kedalam acaun dan sejukkan.
   Setelah sejuk/beku, cakar bahagian atas agar-agar 
   dengan garfu.
6. Kemudian tuang pula agar-agar warna hijau.Sejukkan 
   lagi. Setelah beku warna hijau, cakar lagi bahagian 
   atasnya barulah tuangkan lebihan agar-agar koktail 
   yang dalam periuk tadi.
7. Sejukkan sebentar selepas itu bolehlah masukan bekas 
   agar-agar tadi kedalam peti sejuk.

Saturday, June 15, 2013

Agar-agar Kastard Jagung


Kalau anda semua rajin masak Puding Jagung, apakata
kalau buat kelainan sedikit, dengan menambah agar-agar
dalam hidangan ini. Memang sedap sangat...

Agar-agar Kastard Jagung _ Amy
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar
1 1/2 cawan gula
4 cawan air
2 helai daun pandan disimpul
Bahan Kastard:
1 kotak santan
1 tin jagung krim
1/2 cawan  tepung kastard
1 cawan air
1/2 cawan gula

Cara:
1. Rebus agar-agar sampai hancur. Masukkan daun 
    pandan sekali.
2. Masukkan gula, masak hingga gula sebati.
3. Keluarkan daun pandan. Tutup api
4. Tuangkan agar- agar dalam acuan.
5. Tepung kastard, santan kotak , gula, jagung krim,
   air di campur dalam satu bekas dan gaul sebati.
6. Masak adunan kastard hingga likat dan berkilat,
7. Tuang dalam bekas yang berisi agar-agar tadi,
   letak di tengah-tengah. [acuan puding dua lapis]
8. Sejukkan barulah dipotong dan dihidang.


Friday, May 31, 2013

Agar-agar Roti


Dah lama tak buat puding atau agar-agar, buat ni
pun sebab nak bawa pergi rumah kakak, sebab dia
buat kenduri.Busy...nak up date blog pun tak sempat...
sebab uruskan barang-barang kak Diba yang nak
dibawa ke Politeknik.
Agar-agar Roti
Bahan-bahan
1 paket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula atau ikut citarasa
1 tin susu cair
6 keping roti
1 bji telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau.

Cara Membuatnya:
1. Satukan roti, telur, susu dan esen vanilla didalam
   mesin kisar (blender)kisar sampai sebati.
2. Agar-agar masak sampai hancur, selepas hancur
   masukan gula. Rasa ikut suka.
3. Masukkan adunan roti tadi kedalam agar-agar.
   Kacau rata dengan api perlahan.
4. Adunan bahagi kepada 3 warna, kemudian masuk
   dalam bekas corak selang seli atau ikut citarasa
   sendiri.



Wednesday, May 15, 2013

Agar-agar Keledek


Agar-agar Keledek – Amy.
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar
1 liter air
2 cawan gula pasir
1 ketul gula batu
2 biji ubi keledek – direbus dan dilecek
1 tin susu cair
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
Cara:

1.    Masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2.    Masukkan gula pasir dan gula batu, masak
      lagi hingga gula larut.
3.    Masukkan keledek lecek dan kacau hingga sebati.
4.    Susu cair dicampur dengan telur dan gaul rata.
6.    Bubuh sedikit esen vanilla dalam adunan telur.
7.    Adunan susu, tuangkan ke dalam agar- agar, 
      kacau rata.
8.    Biar mendidih, angkat dan tuang dalam bekas 
       yang telah disejukkan.
9.    Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dan boleh 
       dihidang.


Sunday, March 24, 2013

Puding Roti Bakar

Puding Roti Bakar
Bahan-bahan:
6 kpg roti - di sapu mentega
2 cawan susu cair
3 biji telur gred A
30 gm gula
1 sudu besar tepung kastad
kismis hitam/buah-buahan campuran
Cara:
1. Potong roti kepada beberapa bahagian.
2. Susun dalam loyang, lapiskan dengan kismis hitam.
3. Panaskan susu atas api,jangan sampai mendidih.
4. Pukul telur dan gula dalam bekas lain sampai kembang.
5. Masukkan susu yang di panaskan tadi.
6. Masukkan tepung kastad , kacau hingga sebati.
7. Tuang atas susunan roti, biar roti kembang (15 min)
8. Bakar pada suhu 180 C selama 20-30 min.

Selalu puding ni makan dengan sos kastad, tapi
kali ni makan dengan fruit cocktail…..


Friday, October 26, 2012

Puding Kek Mentega Buah Peach


Puding Kek Mentega Buah Peach – Amy

Bahan-bahan:-
1 bungkus agar-agar
1 biji kek mentega
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir (manis ikut citarasa)
2 biji telur – di pukul rata
Sedikit esen vanila
Sedikit Pewarna
1 tin buah peach–asing jus airnya, buah bahagi dua

Cara:-
1.  Buah peach bahagi dua, asingkan separuh
Untuk hiasan dan separuh lagi dikisar.
2.  Masak agar-agar hingga mendidih.
3.  Masukkan gula pasir dan jus buah.
4.  Satukan telur yang telah dipukul dengan
   susu cair juga buah yang dikisar.
5.  Masukkan gabungan telur,susu dan buah
    ke dalam adunan agar-agar, kacau rata,
    masukkan pewarna dan biar mendidih.
6.  Sementara itu kek mentega di potong dan 
   atur dalam acuan/bekas.
7.  Susun buah peach yang tinggal ke dalam 
   acuan / bekas bulat berisi kepingan kek.
8.  Tuang adunan agar-agar tadi ke atas kek
dan hias lagi dengan buah peach dan biarkan
beku.
9.  Sejukkan puding kek di dalam peti sejuk,
       Lebih kurang 20 minit, potong dan hidangkan.

Thursday, August 2, 2012

Puding Gulung Roti Kaya


Puding Gulung Roti Kaya – Amy

Bahan-bahan:
7 keping roti
100 gm Seri Kaya (dari 1 tin )
3 biji telur
1 cawan gula kastor
200 ml susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 /2 sudu besar tepung jagung
1 / 2 sudu teh esen vanilla
Hirisan badam secukupnya

Cara:
1.Buangkan kulit tepi roti.
2.Sapukan dengan Seri Kaya dan gulung roti
3.Susun roti yang telah di gulung dalam bekas
   yang telah disapu mentega.
  (bekas berukuran 20sm x 11sm)
4.Pukul telur dengan gula hingga sebati.
5.Masukkan susu cair, tepung kastard dan
   tepung jagung serta esen vanilla.
6.Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas
   yang berisi roti.
7.Taburkan kepingan badam dan bakar pada
   suhu 180C selama 30 minit atau keperangan
  atasnya bergantung pada oven masing-masing.


Puding Buah Kek Gulung



Puding Buah Kek Gulung – Amy

Bahan-bahan:-
1 bungkus agar-agar
1 biji kek gulung
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir (manis ikut citarasa)
2 biji telur – di pukul rata
Pewarna merah
1 tin buah koktel – asing air jusnya

Cara:-
1. Masak agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan gula pasir dan jus buah.
3. Satukan telur yang telah dipukul dengan susu cair.
4. Masukkan gabungan telur dan susu ke dalam
   adunan agar-agar, masukkan pewarna merah,
   kacau rata, biar mendidih.
5. Sementara itu kek gulung di potong.
6. Susun potongan kek dalam acuan/ bekas bulat.
7. Taburi buah koktel di atas susunan kek.
8. Tuang adunan agar-agar tadi ke atas kek dan
    buah koktel tadi dan biarkan beku.
9. Sejukkan puding kek di dalam peti sejuk,
    Lebih kurang 20 minit, potong dan hidangkan.

Friday, June 29, 2012

Puding Sagu Koktel Buah


PUDING SAGU KOKTEL BUAH - AMY

Bahan-bahan:
Untuk sagu biji:
300 gm sagu (1/2 kati)
(dimasak dengan air berlebihan)
apabila nampak terang, keluarkan dari api.
Tuang sedikit sagu kedalam tapis
dan cuci dengan air mengalir untuk
hilangkan kanjinya.Buat sampai habis,
masukkan sagu tadi kedalam acuan
@ mangkuk dan sejukkan.

Bahan-bahan lain:
1.    2 mangkuk santan (jerang sekejap).
2.    1 mangkuk sirap gula melaka
3.    1 tin koktel buah
Cara menghidang:
Bubuh sagu dalam mangkuk gelas,
dihias dengan buah koktel dan hidang
bersama santan (dimasak) dan sirap gula
(letak berasingan,santan dalam bekas lain,
sirap gula dalam bekas lain pun boleh –
ikut citarasa masing-masing)
*Selalu puding ni dimakan dengan santan
dan sirap gula saja, tapi saya tambah
Koktel buah…untuk berbuka puasa…
Walahh..mabeles…(sekarangkan bulan
Syaaban, ramai orang berpuasa sunat).


Friday, May 25, 2012

Puding Roti Caramel





PUDING ROTI CARAMEL
Oleh Amy: Resepi asal dari yani@MR.
Bahan:-
* untuk caramel *
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
* untuk puding *
2 keping roti - sapu butter dan bakar pada suhu 180 deg.C
4 biji telor
600 ml susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis
Cara membuatnya:-
Potong roti yang telah dibakar sebesar 1 - 2 cm. Ketepikan.
Sapukan bekas caramel dengan butter.
Untuk karamel - masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk.
Panaskan hingga perang. Kemudian tutup api dan curahkan 2 sudu air suam. Kacau dan tuangkan karamel dalam bekas.
Dalam bekas lain, masukkan telor, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masukkan bahan ikut urutan supaya senang sebati.
Kemudian tapiskan sebatian ini ke alam acauan yang ada karamel tadi.
Letakkan kepingan roti tadi dan tabur kismis.
Letakkan acaun ini ke dalam dulang yg berisi air suam dan letak dulang tersebut atas periuk kukus.
Kukus selama 15 - 20 minit (bergantung kepada bekas puding jugak..)

Monday, October 3, 2011

Puding Gula Merah Buah-buahan Bersos


PUDING  GULA MERAH BUAH-BUAHAN BERSOS - AMY
Bahan-bahannya:-
(untuk agar-agar gula merah)
1 paket agar-agar
1 ketul besar gula kabung / 250 gm gula merah
( + Gula pasir ikut rasa jika suka manis )
2 helai daun pandan
500 ml air
1 tin buah-buahan untuk hiasan


Cara:
Masak agar-agar hingga larut, masukkan daun pandan sekali, setelah larut baru masukkan gula merah dan gula putih, manis ikut selera masing-masing.
Setelah mendidih ditapis dan masukkan kedalam bekas dan sejukkan.
Bila sejuk potong empat segi@ parut atau keluarkan dari acuan kecil kedalam bekas hidangan. Tabur dengan separuh buah-buahan dalam tin.


Bahan untuk sos:-


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu gula pasir


Cara:


Masukkan susu kedalam periuk, bersama tepung 
kastard yang telah dibancuh juga sedikit gula,  kacau hingga masak, setelah masak curahkan/tuang sos keatas 
agar-agar diparut tadi, kemudian tabur diatas sos dengan lebihan buah-buahan dalam tin . Boleh dihidang sejuk atau masa menghidang boleh bubuh ketulan ais.









Sunday, October 2, 2011

Agar-agar santan



AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahan:-
1 bungkus agar - agar (rendam sehingga kembang)
5 cawan air
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
3 cawan santan
2 biji telur
1 helai daun pandan
1 sudu teh esen vanilla



Cara:-
      Masak agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk.
      Masak sehingga agar - agar hancur dan mendidih.
      Masukkan gula merah dan gula pasir.
      Masak sehingga gula hancur/lerai.
      Kacau dan biarkan mendidih.  
      Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
      Masukkan esen vanilla kedalam bancuhan telur & santan.
      Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar.
       Kacau dan biarkan mendidih seketika.
      Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
      Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.


* Saya tak ingat ni resepi siapa...kepada empunya resepi mintak halal dunia akhirat. Selalunya saya buat...sediakan bahan-bahan, tapi  ta de main sukat atau ukuran, ikut suka je.....tapi resepi ini sebagai panduan pada orang baru ingin mencuba. Gambar pun tak de watermark...kalau rajin saya buat ...kalau tak..saya terus upload je....tak de hal lah....!

Puding Buah Peach



PUDING BUAH PEACH - Amy

1 Paket agar-agar

4 cawan air

2 cawan gula

1 cawan susu cair

1 tin buah peach

1 / 2 cawan tepung kastad

1 ketul gula batu

 Cara:-

Rebus agar-agar sampai hancur.

Masukkan gula rebus lagi hingga gula hancur.

Masukkan susu cair.

Sementara itu blend separuh buah peach dan air gulanya.

Tinggalkan separuh buah peach untuk hiasan.

Bancuh tepung kastad dengan sedikit air.

Masukkan bancuhan kastad ke dalam adunan agar-agar yang sedang dimasak,

Kacau selalu supaya tidak bergentel.

Kacau rata biar hingga mendidih.

Tuang adunan kedalam bekas, hias dengan buah peach dan sejukkkan.

  
* Nota: Kalau blog masakan gambar puding atau apa saja masakan akan dihias dengan cantik, dengan diletakkan daun, cerilah atau apa saja yang akan membuat masakan mereka itu tampak cantik menarik dan tertarik berdasarkan kreativiti masing-masing memang cantik giler....saya pulak sekadar ingin berkongsi resepi...jadi bila ambil gambar...saya snap terus je....hua...hua...hua...anak saya si Iqa complein apsal ibu ambil gambar untuk resepi tak hias-hias,atau tukar cara ambil gambar....saya jawab nantilah...akan-akan datang...he..he..he.. 




Sunday, June 19, 2011

Puding Cream Crackers

PUDING CREAM CRACKERS-
(KOLEKSI BUKU RESEPI AMY TAHUN 80AN)


Bahan-bahannya:-
5 keping biskut cream crackers
1 paket agar-agar
6 gelas air
4 biji telur
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 tin buah laici/nenas/buah-buahan campur
Sedikit serbuk koko


Cara:-
1.  Biskut cream crackers direndam dengan ½ tin susu cair,
     biar hingga kembang.
2.  Lepas itu dilecek @ hancurkan biskut yang telah kembang tadi.
3.  Masak agar-agar dengan air hingga larut, baru masukkan gula
     biar mendidih dan tapis.
4.  Pukul telur ayam hingga kembang, masukkan ½ tin lagi susu cair 
     tadi.
5.  Tuang adunan ini kedalam biskut yang telah dilecek, 
      masukkan esen vanila dan kacau sebati.
6.  Selepas itu tuang adunan tersebut kedalam agar-agar yang telah 
     ditapis tadi. Kacau hingga rata.
7.  Asingkan satu mangkuk agar-agar dan masukkan serbuk koko.
8.  Sediakan satu bekas, dan susun separuh buah laici/nenas 
     kedalam bekas tersebut.
9.  Tuang adunan asal berselang seli dengan adunan bercampur 
      koko kedalam bekas, secara bergilir-gilir supaya mendapat 
      adunan berbelang.
10. Akhir sekali, hias/tabur separuh lagi buah laici/ nenas diatas 
      puding tersebut.
11. Sejukkan sebelum dihidang.


* Air laici boleh dibubuh kedalam rebusan agar-agar tadi, kalau ingin kan agar-agar tidak berair(terlalu lembut) bubuh gula batu kedalam rebusan agar-agar.

Cubalah.....sedap aje lalu kat tekak...he..he..he

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails