Showing posts with label Aneka Daging. Show all posts
Showing posts with label Aneka Daging. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Daging Masak Bali....Sedap Punya Pasal...Sampai Licin..!!!!


Resepi yang sedap..sampai makan bertambah-tambah...nak
diet macamana..makan dengan nasi santan sayur campur..
hmmm terbaik derr....

Daging Masak Bali - Amy
Sumber : MadiHaA 
Sumber Asal :Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
650 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit 
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecik jintan kasar
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
1 sudu besar kicap pekat
12 biji cili kering - rebus dan kisar
1 tangkai daun kari
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam delugor (asam keping)
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, 
    jintan kasar, cili kering dan serai. Gaulkan bahan yang 
    dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian 
    perap daging dengan bahan ini.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang telah diperap 
    ke dalam kuali. Bahan perapan yang selebihnya jangan 
    dimasukkan.
3. Bila daging sudah agak masak, masukkan bahan perapan 
    tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan 
    asam keping.(Jika kering tumisan bubuh sedikit air untuk
    melembutkan daging)
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk dihidangkan.
*   Boleh juga dihidangkan lauk ini bersama-sama nasi impit.

Wednesday, July 3, 2013

Singgang Daging Urat (Daging Cincang)


Jemu makan yang bersantan, makan ala-ala rebus...
Resepi asal dari Pn.Hajjah Nik Faizah Kota Bharu.

Singgang Daging Urat (Masakan Kelantan)- Amy
1 kg daging cincang  - dihiris nipis-nipis
4 ulas bawang putih- (dimayang halus)
1 inci lengkuas – (dimayang halus)
1 / 2 inci halia – (dimayang halus)
2 sudu makan ketumbar-ditumbuk sedikit/kisar
2 sudu makan lada hitam
5 keping asam keping 
garam dan gula secukup rasa
air mengikut citarasa

Bahan lain (ditumis berasingan):-
4 ulas bawang merah-(dimayang halus)
Sediit serbuk lada
1-2 biji cili merah @ 2-3 tangkai cili padi
1 senduk air

Cara:-
1.Masukkan daging dan air dalam periuk.
  Rebus daging dengan api perlahan.
2.Masukan bahan-bahan yang dimayang tadi.
3.Masukkan pula ketumbar, lada hitam dan
  asam keping.
4.Biarkan selama 45 minit sehingga daging betul-
  betul empuk.
5.Sementara itu tumis bawang merah yang telah
  dimayang tadi, kemudian masukkan serbuk lada.
6.Apabila bawang merah yang digoreng tadi sedikit
  garing. Masukkan satu senduk air.
7.Masukkan bahan tumisan ini  ke dalam rebusan
  singgang tadi. Tumisan ini menambah kelazatan
  singgang daging.
8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
 

Wednesday, March 20, 2013

Daging Kambing Puri Berempah


Masakan Daging Kambing adalah kegemaran En.Hubby.
Nak masak daging ni kena perap paling kurang 4 jam 
dengan rempah pelbagai supaya dapat mengurangkan 
baunya......

Kambing Puri Berempah  
Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub)
2 batang serai – dititik
Bahan kisar untuk perapan:-
1 inci halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Bahan lain untuk perapan:
1 sk serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
Gaulkan daging kambing dengan serbuk kunyit,
Garam dan bahan kisar di atas dan rebus dengan
sedikit air hingga daging lembut dan airnya serap

Bahan dikisar :-
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
10 tangkai cili hijau
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daub pudina
2 helai daun limau purut
1 pokok daun parsli

Bahan tumis:-
½ cawan minyak sapi
Rempah 4 sekawan - (1 keping kayu manis,
1 bunga lawang, 3 biji buah pelaga,
3-4 kuntum bunga cengkih)
2 batang serai dititik
2 helai daun pandan – disimpul
½ cawan rempah beriani
3 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kari
½ cawan tomato puri
1 tin susu cair
3 sudy besar jus limau
2 sudu besar madu
4 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Bahan lain:
2 tangkai cili merah (dihiris)
½ cawan bawang goreng

Cara-cara memasaknya :-
1. Panaskan minyak sapi tumis rempah 4 sekawan
   (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
   serai dititik, daun pandan dan bahan kisar hingga
   garing.
2. Masukkan rempah beriani dan kerisik dan daun 
   kari kacau rata.
3. Masukkan pula tomato puri, susu cair, jus limau 
   nipis, daging, madu, garam dan air. Gaul rata.
4. Kecilkan api, masak hingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan bawang goreng, hirisan cili, Gaul sebati 
   dan biarkan seketika. Padamkan dan hidangkan.



Thursday, February 28, 2013

Daging Masak Kuzie Pak Engku



DAGING MASAK KUZI PAK ENGKU
Bahan-bahan:
1 kg daging di potong 20
4 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan susu pekat
½ sudu teh garam
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
dan bunga cengkih secukupnya
750 ml air
Bahan kisar
15 ulas bawang putih
2 inci halia - dikisar
½ biji bawang merah | di buat bawang goreng
4 sudu makan rempah kuzi
½ tin susu cair
3 sudu makan tomato sos
100 gm badam biji | di buang kulit
100 gm kismis
100 gm badam serbuk

Cara memasak:
Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga,
bunga lawang dan bunga cengkih.
Masukkan daging dan air, biarkan daging
masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan
air lagi sehingga empuk.
Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan
sedikit air.
Apabila naik minyak masukkan bawang goreng
yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair,
susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.
Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam
yang digaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan.

Friday, November 16, 2012

Daging Masak Merah

Daging Masak Merah - Amy


Bahan-bahan:
300gm daging ~ dihiris, direbus dan masukkan sedikit 
pewarna merah (air rebusan diketepikan dan jangan dibuang)

Bahan dikisar:
3 ulas bawang putih 
2 batang serai
2 sm halia

Bahan lain:
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 biji lada hijau @ 1/2 biji capsicum ~ dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu cili sos
2 sudu besar sos tiram
½ sudu besar kicap manis
2 batang serai di ketuk
3-4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak

Cara penyediaan:

1.    Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga bau wangi.
2.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak
3.   Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau 
    seketika.
4.  Masukkan air rebusan daging tadi, kemudian masukkan 
    daun limau purut dan serai ketuk, gaul rata.
5.   Masukkan daging yang telah dihiris, perasakan dengan 
    garam dan gula secukup rasa.
6.   Masukkan hirisan cili hijau @ capsicum, hirisan bawang 
    besar dan pekatkan kuahnya.
7.   Siap untuk dihidang.
 


Thursday, November 15, 2012

Daging Masak Hitam

                       
Bahan - bahannya :
600 gram daging

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih 
4 cm halia 
2 batang serai
4 cm lengkuas 
15 tangkai cili kering

Bahan tumis:
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Setangkai daun kari

Bahan lain:
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula merah
Sedikit gula dan garam

Cara Memasaknya :
1. Daging dipotong nipis - nipis dan ketepikan.
   Tumiskan bahan - bahan kisar bersama pelaga,
   kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
   dan jugak daun kari, sehingga ia naik bau.

2. Kemudian masukkan sos cili bersama kicap pekat
    dan kicap cair sambil di kacau. Masukkan sedikit
    gula merah dan garam.

3. Akhir sekali masukkan daging tadi sambil
   dikacau rata. Reneh atas api sederhana sehingga
   daging empuk. Boleh juga di tambahkan sedikit
   air jika daging lambat empuk.Masak sehingga kuah
   sedikit pekat.


Sunday, October 28, 2012

Daging Masak Mamak


Daging Masak Mamak - Amy
Resepi: Maklang Sumber : Rosyanti Mahram (Rnet)

Bahan
1 kg daging lembu (direbus sampai lembut)
2 sbm serbuk cili kering  
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk sajira (btk spt jintan)

Bhn kisar*:
Halia *
10 ulas bwg putih *
10 ulas bwg merah*
5 -10 labu bwg besar *
2 btg serai - titik
Daun kari
Daun pandan (simpulkan)
Daun pudina (option) -  
3/4 cwn kicap manis
1/4 cwn tomato puri -  
1 sb minyak sapi (option) –saya guna mentega
1 cwn bwg goreng (tumbuk halus)
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis
/buah pelaga/cengkih)

Cara
1.  Panaskan minyak + mentega (minyak sapi).
2.  Masukkan bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan,
      serai, serbuk cili, jintan putih dan sajira...kacau
      dan biar hingga naik aromanya.
3.  Masukkan daging dan airnya sekali.
4.  Bila daging dah lembut dan rempah dah naik
   minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap,
   daun kari dan biarkan daging itu empuk sekejap.
5.  Masukkan tomato puri, daun pudina dan air
   asam jawa.
6.  Tambahkan garam secukup rasa.
7.  Bila kuah agak-agak kering, masukkan bawang
   goreng yang ditumbuk tadi,untuk pekatkan kuah.

Sunday, July 1, 2012

Rendang Tok Isi Kelapa




RENDANG TOK ISI KELAPA - AMY
Bahan-bahan :
1 kg daging
100 gram bawang merah
80 gram bawang putih
80 gram halia - dimayang
½ biji isi kelapa - dihiris 5 sm
60 ml pati santan
300 gram kerisik kelapa
5 gram gula melaka
Garam secukup rasa
15 gram serbuk ketumbar
15 gram serbuk cili
10 gram jintan putih
10 gram jintan manis
20 gram serbuk kari daging
5 gram lada hitam
10 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuat:
1) Gaul rata semua bahan kecuali daging, garam dan gula Melaka.
2) Selepas rata barulah dimasukkan daging. Perap selama dua hingga empat jam.
3) Masukkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
4) Reneh selama tiga jam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering.
5) Masukkan gula melaka dan garam. Kacau lagi hingga rata. 

Friday, May 25, 2012

Pergedil Daging





Pergedil Daging - Amy

Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong segi / bulat)
250 gram daging cincang (goreng hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup pergedil
1/2 cawan bawang goreng (secukupnya)
1-2 tangkai daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng kentang yang telah dipotong segi/bulat
Angkat setelah kentang masak. Toskan.
Kemudian tumbuk sehingga lumat.
Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng,  & garam.
Gaul hingga rata dan sebati.
Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.
Minyak, biar betul-betul panas,kalau tak bergedil senang pecah.

Tips: Untuk mengelakkan pergedil pecah,jangan balik bergedil sehingga ia betul-betul garing.
* Sedap makan begitu saja atau dengan Soto. 


Wednesday, May 9, 2012

Asam Pedas Daging

Dah lama tak masukkan entry masak -memasak....
cubalah resepi ni... 
Asam Pedas Daging
600 g daging tetel ( dipotong dan dibersihkan)
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 -3 tangkai daun kesum
garam secukupnya
gula secukupnya
serbuk perasa

Bahan kisar
20 biji cili kering – di rendam
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
sedikit belacan – jika suka

Cara penyediaan
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau seketika dan 

    masukkan sedikit air ( bergantung pada banyak
    mana kuah yg anda inginkan ).
3. Masak hingga daging empuk.
4. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
5. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat 

    dan masukkan daun kesum. 
    Diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.




Saturday, March 3, 2012

Rendang Daging Campur


Ini satu lagi rendang kesukaan saya, daging campur paru...

RENDANG CAMPUR - Amy
Bahan A
600gm daging – bersihkan dan dipotong kecil
500 gm paru –rebus, potong dan gaul dengan garam
6 cawan santan (2 biji kelapa)
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam ajwa
 Gula kabung secukupnya
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
2 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (Dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
25 tangkai cili kering
10 biji cili api
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Caranya :-
1. Sediakan kuali, tuangkan santan,
bahan kisar, biar hingga mendidih.
2. Masukkan daging, daun kunyit
 serta daun limau purut
3. Didihkan lagi hingga pekat, masukkan paru
yang telah direbus, kacau rata.
4. Masukkan garam, gula kabung
 dan air asam jawa.serta kerisek
5. Masakkan hingga semua bahan lembut
6. Apabila sudah naik minyak dan pekat
boleh diangkat dan hidangkan
* Tips:-  Untuk lembutkan daging, perap potongan daging
dengan mentimun yang dihiris-hiris,  2- 3 jam.


Wednesday, February 22, 2012

Kari Daging Utara

Pasal apa saya panggil kari ni kari daging utara, pasal...saya dapat resepi dari orang utara yang duk kat Kubang Pasu, zaman-zaman awal 90an kalau tak silap, pasal kat surat tulisan tangan yang disertakan resepi tu tak dak tulis haribulan,laa ni tak tau crita, pasal dah lost contact, nak contact semula, alamat yang ada kat surat tu pun tak lengkap, surat tu masih ada dalam simpanan saya lagi, mudah-mudahan Siti Hajar dan keluarga, sihat walafiatlah hendaknya.....Aminnnnn........

KARI DAGING UTARA-Amy - Resipi asal : Siti Hajar Yaacub - Kubang Pasu

Bahan-bahan:

600 gm daging batang pinang - cuci dan hiris
1 paket rempah kari daging *- jadikan pes + kerisek
2 sudu besar kerisik*
2 keping asam gelugor
6 cawan santan (3 cawan santan cair, 3 cawan santan pekat)
2-3 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
Garam, gula secukup rasa
¼ cawan minyak masak

Bahan digiling/kisar untuk menumis:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia – hiris
1 camca besar jintan manis
3 biji buah pelaga
Bahan tumis yang lain:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai daun kari

Cara-cara:

1. Panaskan minyak.Tumis bahan tumis hingga
   wangi dan perang.
   Masukkan pes rempah kari  bercampur kerisek
   dan masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan santan cair, daging dan dikacau rata.
   Masukkan kentang dan asam gelugor.
   Masak hingga daging dan kentang empuk.

3. Setelah daging dan kentang empuk,
   masukkan pati santan dan masak hingga mendidih.
   Reneh seketika hingga pecah minyak.
   Rasakan garam gula.

 

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails