Showing posts with label Pelbagai Bubur dan Pengat. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Bubur dan Pengat. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Bubur Caca Keledek


Bubur Caca Keledek

Bahan-bahannya:-
1 ketul keledek sederhana besar
1 cawan bubur caca
3 camca besar sagu biji, rendam dan toskan
2 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/4 camca teh garam
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
1.  Kupas keledek, potong dadu, rendam dan
    ketepikan.
2.  Cuci bubur caca dan rebus hingga lembut.
Tos dan ketepikan
3.  Masak gula melaka dan gula pasir bersama
   1 cawan air hingga gula larut.
4. Masukkan keledek kedalam air gula dan daun
   pandan. Biar hingga keledek empuk.
5.  Masukkan sagu biji, caca yang telah direbus,
    santan dan garam. Masak hingga mendidih.
6. Tambah air jika bubur/pengat kelihatan agak
    pekat.

Tuesday, January 8, 2013

Pengat Pisang Ubi Keledek


Pengat Pisang Ubi Keledek – Amy.

Bahan bahan :
1 biji ubi keledek, potong dadu (kecil-kecil)
4 – 5 biji pisang tanduk, potong serong
2 cawan santan pekat
½ buku gula kabung
7 sudu besar gula putih
1 -2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu mata ikan- rendam biar kembang
2 cawan air
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama ubi keledek yang telah
   dipotong dadu tadi sehingga empuk.
2. Kemudian masukkan gula kabung, gula pasir,
    juga daun pandan.
3. Masukkan santan, sagu mata ikan, sedikit
   garam juga pisang tanduk yang telah dipotong
   serong tadi, kacau rata, biarkan mendidih.
 4.Setelah mendidih angkat dan hidangkan.

* Ubi keledek boleh diganti dengan ubi kayu, 
manis pengat ni boleh diubah mengikut citarasa 
masing-masing. Sesiapa yang ingin mencuba..
Selamat mencuba!!!!. 



Friday, July 13, 2012

Pengat Pisang


Pengat Pisang – Amy


Bahan-Bahan
1 kg pisang, dibuang kulit
1 liter santan
100 gm gula pasir
50 gm gula merah /gula melaka
50 gm sagu biji di rendam
2 helai daun pandan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Memasak

1.    Masak gula pasir, gula merah atau gula Melaka
       dan santan di dalam periuk, hingga mendidih.
2.    Masukkan garam dan daun pandan.
       Kacau rata sehingga mendidih.
3.    Setelah itu, masukkan pisang dan sagu biji.
       Biarkan pisang lembut dan mendidih.
4.    Angkat dan bolehlah dihidangkan. 

Sunday, February 19, 2012

Bubur Jagung Keledek

Ini menu petang semalam, beli jagung segar kat Pasar Selayang ingat nak rebus...tapi dah lama tak makan bubur..kebetulan ada keledek...

BUBUR JAGUNG KELEDEK - Amy.
Bahan

3 tongkol jagung segar
1 biji ubi keledek  
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1 cawan air
1 cawan gula melaka /gula perang-merah
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendidih, ubi keledek empuk dan sagu nampak

    jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih

    sekali lagi.
4. Hidangkan.


*Udah jadi blog masakan gamaknya ya...dok menayang gambar masakan je...
masak jangan tak masak wehhh...kalau tak masak, siapa yang laporr ??? Mereka dan keluarga merekalah juga...muahahaha......


Thursday, February 4, 2010

Bubur Kacang Hijau Durian

Bubur ni kegemaran suami, tapi anak-anak tak pandai makan bubur kacang, bubuh durian lagi la, budak-budak tu tak mau...Sorang suka bubur jagung dan nasi, sorang lagi bubur nasi aje...dan yang sulong langsung tak pandai bubur-bubur ni...masa baby aje laa makan sbb masa tu dia tak tau apa-apa lagi....

Kalau nak resepi salin aje,

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN


Bahan-bahannya:-
200 gm kacang hijau
80 gm gula pasir
50 gm gula kabung/merah
750 ml santan kelapa (1 biji kelapa )
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
Sedikit sagu mata ikan (direndam hingga kembang)
Air secukupnya - untuk merebus kacang hijau
3-4 ulas durian

Cara membuatnya:-

Rebus kacang hijau sampai lembut(empuk)
Masukkkan gula merah , gula putih, daun pandan dan garam.
Kacau sekali-sekala, kalau perlu tambah air.
Kemudian masukkan santan dan masukkan sekali durian.
Kacau biar sekata.
Masukkan sagu mata ikan yang telah direndam.
Masak hingga mendidih dan hidangkan begitu sahaja atau bersama roti.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails