Bahan-bahannya:-
1 ketul keledek sederhana besar
1 cawan bubur caca
3 camca besar sagu biji, rendam dan toskan
2 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/4 camca teh garam
Air secukupnya
Cara
membuatnya:-
1. Kupas
keledek, potong dadu, rendam dan
ketepikan.
2. Cuci bubur caca dan rebus hingga lembut.
Tos dan
ketepikan
3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama
1 cawan air hingga gula larut.
4. Masukkan
keledek kedalam air gula dan daun
pandan. Biar hingga keledek empuk.
5. Masukkan sagu biji, caca yang telah direbus,
santan dan garam. Masak hingga mendidih.
6. Tambah
air jika bubur/pengat kelihatan agak
pekat.
No comments:
Post a Comment