Sunday, February 24, 2013

Nasi Mentega



NASI MENTEGA GAJUS - Amy.

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi – rendam (3-4 jam) dan tos
4 cawan air  
3 sudu besar mentega
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu kecil garam
20gm gajus goreng (beli ready made aje)
Sedikit kismis hitam
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan dikisar/tumbuk
3 ulas bawang putih  
5 biji bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar udang kering  

Cara-cara:

1.  Panaskan butter dalam periuk, tumis bahan kisar
   hingga wangi.
2.  Masukkan rempah tumis sekawan (bunga lawang
   Cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bawang besar.
   Goreng hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan garam.
4.  Masukkan beras dan dikacau seketika. Masukkan susu,
dan daun pandan.  Masak nasi seperti biasa.
5.  Bila nasi hampir kering masukkan kismis dan biarkan sebentar hingga nasi masak.
6.  Gembur kan nasi guna garfu perlahan–lahan,baru
bubuh gajus goreng.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...nasi mentega..buat kawan ngan ayam masak merah best gak ni

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam, memang ayam masak merah sesuai dengan pelbagai nasi...tapi hari tu buat dengan ayam masam manis. TQ sbb jenguk blog ni.

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails