Showing posts with label Aneka kuih kukus. Show all posts
Showing posts with label Aneka kuih kukus. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Apam Pisang...Senang dan Sedap....!!!


Assalam..lama dah tak mengupdate blog...bersawang....
berhabuk..mood pun hilang...jenguk blog sendiri pun payah
hmmm..!!!
Dah lama nak masukkan resepi apam ni...buat pun dah
lama....masuk kt blog ni senang nak buat rujukan samada
diri sendiri ataupun anak-anak...nak salin-salin dalam buku
macam zaman dulu-dulu ...memang tak buat dah....!!!! 

APAM PISANG
Resepi dari : AlongRoz @myresipi 

Bahan-bahan :
2 biji telur
1/2 cawan gula putih atau gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp baking powder 
4 biji pisang - dilenyek 
Secubit garam
1 tsp esen vanilla
Cara penyediaan :
Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Gaul sebati.
Sapu minyak pada loyang atau acuan kecil dan tuang
adunan. Kukus 45 minit untuk adunan di dalam loyang
atau 15 minit untuk adunan di dalam acuan-acuan kecil.
Hidangkan bersama kelapa muda parut atau boleh 
dinikmati begitu sahaja.

Thursday, July 17, 2014

Kuih Kaswi Gula Merah - Sedappp...kenyal-kenyal..memang mabeles !!!!........

Resepi yang mabeles, sedap sangat kenyal-kenyal,
sapa yang suka kuih kukus, ini salah satu kuih yang boleh
dicuba resepi nya...memang menjadi...

Kaswi Gula Merah - Amy
Resepi asal : Chef Hanieliza

Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu kecil kapur kueh - optional -
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak 
   digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
3. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan.
4. Tuangkan dalam loyang. Kukus sehingga masak.
    (30 minit).
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan 
    pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
    (kukus sekejap). 
7. Lumurkan kuih kaswi yang dipotong bersama dengan 
    kelapa tadi.
Tips: Jika permukaan kuih dalam loyang basah...boleh
lapkan dengan tisu dapur.

Thursday, February 27, 2014

Apam Keledek...Gebuss..Lembut..Sedappp!!!!

Assalamualaikum??...
Dah berminggu tak update blog...busy..wehh!!! Ni pun masuk
entri resepi aje..pasal dah siap bertaip...kalau idak..minta 
ampun..!!! Buat kuih apam ni pun sebab En.Hubby balik dari
Kelantan bawa ubi keledek.. separuh dah bagi kat Ina anak 
sedara...yang tinggal tu takkan nak biar dalam bakul tu..kena
merajinkan diri lerr... Bila masak kuih ni..En.Hubby kata..
SEDAPPP..!!Tapi bukan aje sedap..kuih ni lembut dan gebuss!
Warnanya pun semulajadi sebab keledek tu keledek kuning...

APAM KELEDEK - Amy
Sumber: MadiHa

Bahan A:-
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:-
200 gm keledek (dikukus) (saya rebus)
180 gm gula kastor (boIeh kurangkan 150 gm)
1 biji telor
150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder 
(saya guna baking powder biasa ajer)

Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. 
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. 
Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-
demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. 
Biarkan adunan sehingga 1 jam (tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke 
dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu 
dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (kukus 
selama 15 - 18 minit).

Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan 
sedikit garam dan dikukus sebentar agar kelapa tidak mudah 
basi.

Thursday, January 2, 2014

Kuih Kaswi Pandan...Ohh..!!! Terbaekkkk !!!! ....

Teringin nak makan kuih kukus....hmm letrik nak naik
jadi guna kukusan biasa tak jadi guna yang letrik...tapi
kalau kek terpaksalah guna oven kalau nak buat kek
yang bakar...kalau nak jimat lagi kena cari oven dulu-
dulu warna hitam cap Butterfly..kalau tak.., buat kek
kukus aje sebab gas naik rm 1.00 dari Rm 27 jadi Rm 
28,kalau letrik  mau berhengget-hengget...kena sendiri
lah pandai-pandai adjust nampaknya .... sambung balik
cerita pasal kuih...buat kuih kaswi...sedap wooo...!!!

KUIH KASWI PANDAN LEMAK - Amy
Resepi asal : kak besah myr
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu 
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur  - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara membuatnya :
1. Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu
   dan gula bersama air pandan dan telur.
2. Campurkan kesemua bahan -bahan yang lain.
3. Kacau hingga tidak bergentel. Tapislah adunan ni
   seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang
   yang telah disapu sedikit minyak, janganlah tebal
   sangat, dalam 3 cm cukup.
4. Kukuslah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit.
   (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah
   panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
5. Bila kaswi dah sejuk,bolehlah dipotong dan digolekkan
   dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan
   secubit garam.

*Saya guna acuan kuih lompang, dan kelapa saya kukus
 sebentar bercampur garam (untuk elak dari basi)
 Terima kasih pada Kak Besah sebab resepi dia simple-
 simple tapi sedapppp!!! Nanti nak cuba resepi Kak 
 Besah yang lain pulak.... Insya Allah!!!

Wednesday, July 11, 2012

Apam Snow White


Apam snow white - Amy
- resepi asal - qnq0910@myresipi.com
sesuai utk seisi keluarga, resepi dari orang kampung...

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

1.    Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana 
   besar kecuali nasi dan air
2.   gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3.   kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
4.   campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah 
    digaul tadi dan sebatikan adunan
5.   biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan 
    mengembang selepas tu...
6.   selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 
   dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih 
   dahulu dalam 10-15minit
7.   note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum 
    mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila 
    dikeluarkan. 
* ini sepupu sepapat Apam Nasi beza sukatan tepung beras je...

Monday, February 27, 2012

Apam Nasi - Lembut dan sedap !!!


Kuih apam yang lembut dan sedap, mudah untuk dibuat.

APAM NASI - cha myresipi.com
Bahan-bahannya:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3 / 4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering
beberapa titik pewarna merah, kuning, hijau.
Kelapa parut putih, campur garam dikukus 5 minit.

Cara-caranya:
1. Kisar nasi, air dan gula pasir hingga hancur.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum,
    tepung beras dan yis kering.
    Gaul sebati.
3. Curahkan bahan-bahan kisar ke dalam
    bahan-bahan kering dan kacau sebati 

    sehingga tidak bergentel.
    Rehatkan selama 3 jam.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan.
    Kacau perlahan.
5. Panaskan kukusan, minyakkan sedikit acuan.
    Masukkan adunan tadi 3/4 acuan
    dan kukus selama 15 minit. 
6. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

Friday, October 28, 2011

Kuih Talam Berlauk - Resepi 90an...

Teringin nak makan kuih ni...nak beli memang tak jual 
kat gerai..kecuali bulan Ramadhan...jadi saya buatlah...
resepi dah 20 tahun berlalu, mana taknya kat kertas 
resepi tu tulis 29/11/91...masa zaman bujang dulu, 
kat pejabat setiap Jumaat ada kelas masakan 
berselang seli dengan kelas jahitan.Watermark kat 
gambar atas tu tersilaplah...hua...hua..hua...
Saya kongsikan resepinya:-

TALAM BERLAUK- RESEPI KELAB PAKSU BLKK 
- JPA (29/11/1991)
Bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
5 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini dan di kacau rata.

Bahan utk hiasan/taburan
½ kilo udang hidup (dibersihkan buang kulit dan 
di goreng sehingga masak)
1 sudu besar udang kering rendam, goreng tanpa 
minyak sehingga garing dan ditumbuk/blend
Satu pokok daun bawang dan daun sup di potong halus
3 biji cili merah di hiris
3 biji bawang merah dimayang dan dijadikan bawang 
goreng.

Cara:-
1. Bancuhkan tepung beras, tepung jagung, tepung 
    gandum, garam dan santan sehingga sebati.
2. Tapiskan bancuhan tadi dengan kain nipis.
3. Panaskan loyang dan pengukus.
4. Tuang bancuhan kedalam loyang dan masukkan 
    udang goreng tadi, separuh daun bawang dan daun 
    sup.
5.  Kukus sehingga ¾ masak, dan taburkan campuran 
    udang kering, cili merah hiris, daun sup /daun 
    bawang dan bawang goreng tadi di atas kuih, 
    kukus lagi sehingga masak.
6.  Sejukkan baru dipotong, hidangkanm bersama 
    sos cili.

Tuesday, October 25, 2011

Kuih Seri Muka - Resepi Mudah..!!!


Saya buat kuih ni sebab teringin nak makan, bukan tak boleh beli, tapi kalau beli kurang
rasa lemak manisnya, tapi memandangkan anak-anak saya tak suka sangat kuih, kecuali
satu dua jenis seperti karipap, donut, apam, itupun ada yang suka ni, ada yang suka tu,
menyebabkan rasa nak membuat kuih- muih ni hilang...hehehe...tapi yang ini saya buat juga...
saya fikir kalau banyak ( sebab buat satu loyang ) nak makan 2-3 ketul kuih aje...tak apalah
kalau siap bagi pada Ina anak sedara dan emaknya (kakak ipar) jelah...Saya suka guna
resepi ni sebab guna ukuran cawan (cawan metrik).
Resepi seperti dibawah:-

KUIH SERIMUKA - Amy
Resepi asal : ANA ALI (Sweet treats)
Bahan-Bahan:-
Lapisan bawah
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam
Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan dijdikan jus pandan)
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gadum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam


Penyediaan:-

Untuk lapis bawah.
Basuh beras pulut, toskan, gaulkan dengan santan dan garam. Tanak sehingga 
masak .
Bila masak masukkan dalam loyang yang disapukan dengan sedikit minyak 

masak @ lapik plastik. Tekan sehingga padat.
Untuk lapis atas .
Kisar semua bahan2 dalam blender dan tapis.
Tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi.
Kukus lebih kurang 1/2 jam. Untuk mengelakkan bahagian atas kuih nih 
berkedut, boleh tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus. 
Tunggu sejuk baru dipotong .

***potong menggunakan pisau plastik agar potongan licin dan kemas.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails