Showing posts with label Aneka Acar. Show all posts
Showing posts with label Aneka Acar. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Acar Belimbing....Lain dari yang lain...

Resepi lain dari yang lain...di hidang bersama Nasi Minyak, 
Nasi Pelangi, Nasi beringin dan yang sewaktu dengannya.

Acar Belimbing Besi - Amy
Resepi asal : Juara Master Cheff Musim Kedua

Bahan-bahannya:
5 biji belimbing besi – di hiris nipis
2 tangkai cili merah – di buang biji dan hiris halus
2 cawan cuka putih
1 cawan gula
3 tangkai daun bawang – hiris daun dan bawangnya
Secubit garam

Cara-cara:

1.  Masak cuka dan gula dalam periuk sehingga gula likat.
   Tetapi jangan terlalau pekat.
2. Masukkan cili merah dan sejukkan.
3. Gaulkan belimbing dalam campuran yang dimasak tadi,
   gaul sebati dan perap seketika. 
4. Sebelum dihidangkan , gaulkan bersama daun bawang 
   yang dihiris dan hidangkan.


Monday, May 19, 2014

Acar Rampai...Kegemaran Saya...Besttt Sangat...!!!!

Resepi ni rasanya ramai yang tahu, sebab pelengkap Nasi
Minyak atau yang sewaktu dengannya, selain dari Jelatah
ataupun urap. Saya suka acar yang bila dimakan karot dan
timunnya rangup...untuk itu, kena rendam dalam air garam, 
simpan sekejap (1/2 jam ke atau lebih)dalam peti sejuk. Jika
alah dengan udang kering, boleh ganti dengan kiub perasa.

Acar Rampai - Amy

Bahan-bahannya:
1 biji timun-buang biji dan potong memanjang -  4cm
1 biji lobak merah-potong nipis memanjang – 4 cm
1 labu bawang besar – dihiris
1 biji cili merah – di hiris
1 biji cili hijau – dihiris
2 sudu besar cuka makan
Garam,gula secukupnya
Sedikit minyak
Sedikit bijan
Sedikit biji sawi
Sedikit air

Bahan Tumis :
3 ulas bawang merah – mayang kasar
2 ulas bawang putih – mayang kasar
2 inci halia – mayang kasar
2 sudu besar udang kering - dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit

Caranya:
1.    Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang kasar 
    hingga kekuningan dan naik bau.
2.  Masukkan cili kisar dan rempah kari, tambah sedikit air 
    kacau rata.
3.   Masukkan serbuk kunyit, cuka, garam  secukup rasa.
4.  Masukkan timun dan lobak merah, hirisan bawang besar, 
    cili merah, cili hijau dan bubuh sedikit  gula dan kacau 
    sebati.
5.   Masak jangan lama sangat, kacau rata  sebelum angkat.
    Tabur bijan, biji sawi dan hidangkan.
                                                                                                       

Monday, October 28, 2013

Acar Telur Puyuh...Sedap nyerr!!!!

Lauk acar yang sedap dimakan dengan nasi minyak
and the gang yang sewaktu dengannya ataupun 
nasi putih...

Acar Telur Puyuh – Amy
Bahan-bahan:-
2 biji timun
1 batang lobak merah
3 biji cili merah
6 batang cili hijau
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan kacang tanah
½ cawan udang kering - direndam
1 cawan minyak masak
1 sudu besar biji sawi
1 inci halia
30 biji telur puyuh
1 sudu besar cuka / jus limau
1 cawan gula merah
1/2 cawan cili kisar/giling
Garam secukupnya
Cara
         1.         Telur direbus, kemudian buang kulitnya 
              dan digoreng sekejap. 
2.         Timun, lobak dihiris ikut suka.
3.         Cili merah, cili hijau di belah empat.
4.       Timun, lobak, cili merah, cili hijau direndam 
     dalam air kapur selama 1 jam. Kemudian
     toskan.
5.         Bawang merah, bawang putih dan halia 
     dan udang kering dikisar.
6.          Panaskan minyak tumiskan bahan dikisar 
     hingga naik bau.
7.          Masukkan cili kisar tumis dengan api 
     perlahan.
8.          Kemudian masukkan 3 cawan air, serta 
     cuka/jus limau, kacang tanah, gula merah, 
     garam secukup rasa.
9.           Bila bahan- bahan sudah masak baru 
     masukkan telur puyuh dan biji sawi.
10. Masukkan timun dan lobak merah serta
     cili tadi, kacau sebati dan angkat untuk 
     dihidang.


Wednesday, June 13, 2012

Ikan Masak Acar Kuning...Masakan Brunei


Ikan Masak Acar Kuning – Amy
Bahan A
1 ekor ikan (tenggiri, siakap atau apa-apa ikan)

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
 3 ulas bawangb putih
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

Bahan- bahan lain :
2 cawan santan
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Acar Mentah)
1 batang lobak merah
1 batang timun
1 biji bawang besar
1 sudu makan cuka (boleh ganti perahan limau)
Gula dan garam secukupnya

Cara:-
1.  Ikan di cuci, digaram, kunyitkan dan di goreng letak ke tepi.
2.  Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau
3.  Kemudian masukkan santan dan garam secukupnya
4.  Sementara out buat acar, campurkan hirisan lobak, timun , bawang. Masukkan gula, garam, cuka atau perahan limau.
5.  Ikan goreng letakkan dalam piring, tuangkan bahan tumis tadi dan acar mentah di atas ikan. Hidangkan.

Monday, December 21, 2009

ACAR BUAH TAHUN

Saya tak tahu kenapa dipanggil acar buah tahun....tapi itu yang tertulis dalam buku resepi Puan Halimah Shuib - Masakan Tradisi Johor. Acar ni saya masak pada hari raya puasa tahun ni.
ACAR BUAH TAHUN - Amy - Resepi PuaH Halimah Shuib.


Bahan-bahannya:-
100 gm buah ceri
100 gm buah pala
100 gm buah prune
100 gm jeruk limau
100 gm buah cermai (saya tak letak)
100 gm isi buah kana
250 gm buah pala halus (saya tak letak)
15 tangkai cili api
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia (dihiris)
3 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan cuka
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar rempah kari ikan
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak


Cara:-
Panaskan minyak tumis rempah kari ikan dan cili api.
Masukkan serbuk cili, cuka, air, garam, gula, bawang merah, bawang putih, halia dan buah-buahan.
Kacau dan tunggu hingga aromanya naik barulah ditutup api .
Hidangan untuk 10 orang.

ACAR MENTAH/JELATAH


Acar ni adalah lauk sampingan jika buat nasi jagung, nasi minyak, nasi pandan kismis @ apa saja nasi yang sewaktu dengannya. Selain dari acar ni, acar buah jadi kegemaran dan juga acar rampai. Untuk waktu ni, acar mentah @ jelatahlah dulu ....acar yang lain akan menyusul.....

ACAR MENTAH/JELATAH - Amy.


Bahan-bahannya:-
1 biji lobak merah
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
Gula
Garam
Cuka @ air limau nipis


Cara:-
Lobak merah dan timun dipotong nipis dan memanjang, seakan-akan panjang batang mancis.
Manakala nenas dibuang empulur dan bawang potong bulat-bulat.
Cili merah dan cili hijau di hiris nipis.
Sediakan air garam rendam timun dan lobak semasa menghiris.
Setelah semua dipotong dan dihiris, gaul dalam satu bekas, campur gula, garam dan sedikit  cuka secukup rasa. Cuka boleh ganti dengan air limau nipis.
Simpan 2 @ 3 jam sebelum dihidangkan.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails