Semenjak dua menjak ni, sibuk menjahit...tapi si adik
bising bila nak buat cornflakes choklat...jadi semalam saya
buatkanlah untuk dia....bila dah siap sedap la Ibu...mengadap
benda tu ajelah sepanjang hari.
Cornflake
Chocolate - Amy
Bahan-bahan:
600 gm coklat masakan di potong-potong
100 gm walnut dipanggang/sangai dan dicincang
4-5 cawan cornflake
badam
nib untuk hiasan- di panggang terlebih dulu
cawan kertas secukupnya
Cara:-
1. Coklat dipotong kecil-kecil.
2. Masak secara double boiler.
3. Bila coklat cair angkat, masukkan cornflakes,
walnut cincang yang telah dipanggang/sangai.
4. Kacau hingga rata. Sudukan kedalam mangkuk
kertas.
5. Taburkan badam nib di atas cornflakes.
6. Biarkan sejuk barulah disimpan dalam
bekas.
(Untuk beku masuk simpan dalam peti ais buat
seketika).
Tips: Gunakan cornflakes jenama Kellogs - rangup..krup..krap..
kalau tak guna cornflakes pun boleh guna bubbles rice.
Coklat pula boleh guna 1/2 bar dari bar yang paling besar.
1 bungkusan coklat 1 kg...boleh guna 1/2 kilo.
Walnut dan badam cincang, masuk dalam loyang dan
masukkan dalam oven, kacau rata sesekali panggang 10-15
minit je, jangan sampai hangit. Kalau tak sangai ajelah
kat kuali.

nyummm nyummm..
ReplyDelete