Jodoh
itu rahsia Allah. sekuat mana kita
setia,
sehebat mana kita merancang, selama
mana
kita menunggu,sekeras
mana kita bersabar
sejujur
mana kita menerima…..
“jika
Allah SWT tidak menulis jodoh kita,
Kita
tetap tidak akan bersamanya”
Tidak
semestinya jodoh kita dengan orang
yang
dah lama kita kenal, tapi mungkin
jodoh
kita dengan orang yang baru kita kenal,
sebab
kalau kita suka tak semestinya bercinta,
kalau
bercinta tak semestinya ada jodoh,
tapi
kata pepatah “ Kalau jodoh tak kemana”
Walau di genggam kuat, andai ia bukan
milik kita, ia akan terlepas jua, walau di tolak
ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan mendatang jua.
Itulah jodoh namanya…
Sudah tertulis di Loh Mahfudz sejak azali lagi….
kadang-kadang Allah tidak memberi apa
yang kita mahu, bukan kerana kita tidak berhak,
tapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik
daripada itu.
Seperti Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai,
justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh
jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah
yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui
sedangkan kamu tidak mengetahui. "
Surah Al-Baqarah: 216)"
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai,
justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh
jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah
yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui
sedangkan kamu tidak mengetahui. "
Surah Al-Baqarah: 216)"
Jadi
bercintalah hanya kerana Allah,
Menyayangilah
hanya kerana Allah,
Membahagiakan
hanya kerana Allah,
kerana hanya Allah yang dapat menimbulkan
rasa
cinta, kasih sayang dan kebahagiaan itu.
Nanti
ada yang kata, “Cakap senanglah”….
ya... memang betul….cakap memang senang…
Bukan
mudah nak melakukannya…..
apatah
lagi kalau dah putus cinta…
putus
tunang, bercerai - berai……
sakit
hati, sedih, marah, dendam..
macam-macam
perasaan ada……
bukan
mudah wehhh!!!!!
Cuma
kena terima hakikat dan kenyataan…
Macam
doa ni….
“
Ya Allah…jika dia jodoh ku,
dekatkan
dia pada ku…
jika
dia bukan jodoh ku,
jauhkan
dia dari ku
berikan
kami jalan terbaik,
agar
tidak saling menyakiti”
Dan
yang paling penting…
biar
putus cinta dengan manusia,
asalkan
jangan putus cinta dengan Allah
dengan
manusia…Allah akan gantikan
dengan
yang lebih baik….namun jika
putus
dengan Allah…..apa lagi yang ada?
Kadangkala
Allah sengaja beri kita rasa
sunyi
dan keseorangan, walau ada insan
disekeliling
kita…Allah rindu nak dengar
kita
menangis, mengadu, munajat dan
bersujud
kepada Nya…
Sayang
sungguhkan Allah dengan kita….
tapi
kita ni juga yang tak reti-reti bahasa..!!!!!
Bila
bercakap soal jodoh…ramai memilih
untuk
berusaha keras mencarinya…walau
sedar jodoh
sudah di tentukan….
Tapi
bila bercakap soal hidayah, ramai
yang
menunggu biarpun sedar hidayah itu
perlu
dicari,dan bukannya jatuh ke riba
atau
datang bergolek. (Bab hidayah ni….
ingatan
untuk diri sendiri….dush!!!dush!!!).
*Hari ni tak pasal-pasal, menulis
pasal
jodoh…ialah..saya cuma teringat pada
kawan-kawan...Masih ada yang single-mingle.
Saya doakan “Yang terbaik” untuk
teman-teman semua tak kira walau
di mana berada….
“Rahsia Allah,hanya Allah yang tahu”.
No comments:
Post a Comment