Sunday, September 9, 2012

MATTA Fair 2012


Dua hari berturut-turut, pergi ke MATTA Fair….mak oiii yaiii,
Ramainya manusia, nak beli tiket pun beratur panjang….
Tiket  tu kena pakai kat  pergelangan tangan, macam nak
mandi kolam renang tu….berpusing dari satu gerai ke satu gerai,
LEGOLAND, USS, Sentosa, Bali, Bandung, Jakarta,Krabi, Phuket,
Korea, Tokyo,Gold Coast, Melbourne, Sydney…Maldives,Shanghai,
Hong Kong, London, Paris…..Fuyoo….!!!!
Cakap kat hubby, ini macam tak boleh simpan duitlah…, kalau
nak berjalan saja….
Anak-anak yang berdua tu bergaduh sorang nak pergi sini, 
sorang nak pergi sana….  Saya pulak berminat nak pergi Pulau…
banyak lagi pulau kat Malaysia ni tak pergi lagi…kalau Pulau
Langkawi, Tioman,Perhentian, Tasik Kenyir dah pergi…tapi 
yang lain-lain tu tak sampai lagi…..    Yang berdua tu berebut, 
sorang LEGOLAND dan sorang lagi USS dan Sentosa pasal nak 
tengok wayang 4D..mak oiii..nak tengok 4D?
Kesudahannya hari kedua MATTA Fair tu, kami tak beli apa pun….
Sebab tak tau tarikh peperiksaan kakak  dan tarikh cutinya….sebab 
kakak balik dari asrama minggu depan….
Nak tak nak, hari terakhir MATTA Fair…yakni hari ni…saya pergi
dengan hubby je…kami beli percutian untuk bulan Disember,
dan booking percutian  untuk tahun depan..(Insya Allah)….itu pun
selepas tengok tarikh peperiksaan dan tarikh cutinya di internet….
Kalau nak pergi Korea atau Australia…hmmm kena kumpul duitlah
gamaknya…teringin nak pergi Korea dah lama…dan kebetulan dua 
anak saudara  ada di sana…dan Australia pulak…Makcik Singapore 
yang pernah duduk,dirumah saya dan jaga anak-anak tu nak pergi 
kerumah anak  angkatnya dan dah plan nak duduk 2 bulan kat sana…
hmmm…tapi..kalau ke sana…bila lak nak pergi umrah????....

Tarikh  di bawah pula dengan jelas dan sahihnya membuatkan borang
peraduan yang kami sertai menjadi k.o..wakakaka.....pasal tarikh untuk
MATTA Fair bulan Mac dah tak ingat...jadi borang peraduan tu saya 
main boh ajelah tarikh...ha..ha..ha dah salah tarikh..melepas laa...!!!! 


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails