Sunday, September 16, 2012

Aurat kaki wanita....


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat
wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung
rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan
pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam
hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat
Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai
pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’
sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh
(haid) maka tidak boleh baginya menampakkan
tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan
wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w,
“Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat
di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia
tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w
menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna
dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup
aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh
syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah
suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan
syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah.
Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa
pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat
yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita
beranggapan(mungkin tanpa sedar) bahawa pergelangan
kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah
jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga
dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik
dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka
tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling
bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah
(keringanan) ke atasnya dalam menutupinya.
Antaranya ialah:
(1)     Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki
kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan 
kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa
sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan
ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya
bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama
abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
(2)     Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana
dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang
basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan
ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
(3)     Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan
nenek)dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
(4)     Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun,
sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu 
memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak 
pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah 
menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, 
baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih 
tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah 
dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. 
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat 
kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. 
Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah 
lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? 
Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana 
kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang
melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API
NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala
aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam
LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga
TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita. 
Sumber: di sini
·        Dulu saya pun begini…kalau keluar rumah, 
menonong je sarung kasut atau selipar…tapi bila fikir 
kenapa bila Solat kita beria-ia menutup bahagian kaki 
supaya jangan nampak walaupun tumit, kenapa pula
bila bukan waktu solat kita biar terdedah, jadi saya 
berusaha untuk berubah dengan membeli stoking, 
untuk kegunaan harian, spare dalam kereta, spare 
dalam handbag, jadi bila terlupa waktu tergesa-gesa 
keluar rumah…saya masih boleh memakainya walaupun 
dalam kereta.  


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails