Friday, October 29, 2010

Hiasan rumah tak perlu membazir......

Hiasan rumah x perlu di tukar selalu, kalau nak tukar mungkin jenis bunga hiasan atau alas meja, alas kusyen atau alihkan saja kedudukan meja atau kerusi supaya x jemu....inilah yang dilakukan pada rumah hujung minggu saya...




Friday, October 22, 2010

Ramadhan dan Eidul Fitri berlalu...

Masa bulan Ramadhan dulu..ada jenguk blog ni 2 x aje...bersawang rumah ni..hehehe...selalu masuk blog sebelah malam, tapi bulan Ramadhan balik solat tarawikh dah 10.30 malam keatas, jadi on lap top untuk tahu CI aje...sebab jarang tenguk berita semasa kat tv...boring tengok berita kat tv...huhuhu...x boleh bla ...

Masa kerja dulu..kalau bulan puasa...masa untuk orang berniaga menambah pendapatan..terutama orang jual kuih raya...kawan-kawan sekerja pun meng 'order' lah kuih-kuih raya kecuali saya...hua..hua..hua...pasal x order...? pasal anak-anak makan biskut raya yang dia suka aje...kebanyakkan yang dijual bukan pilihan anak-anak...sbb tu x beli biskut raya....mana ada orang jual cornflake madu, biskut mazola, biskut dua jenis ni x ada dijual di pejabat saya.

Jadi dua biskut ni saya buat sebab anak-anak, itupun tunggu hari cuti macam Sabtu & Ahad sebelah pagi..lepas tu beli jenis kudapan yang rangup seperti kacang ke...maruku ke..rempeyek ke dan buat kek sebiji dua...dan bila dah duduk dirumah saja sejak 2 tahun ni...masih 2 jenis ni juga yg saya buat atas permintaan dan tahun ni saya buat cupcake saja...cup cake coklat dan cup cake marble tu pulak di bancuh anak saya yang paling kecil yg darjah 2 tu....cuba tengok rupa kek cawan tu...  gula macam x hancur..pasalnya...masa dia bancuh kek tu saya x sempat nak membantu pasal tengah buat choklat...nak tengok?...lihat aje...

Biskut kegemaran....nak resepi? nanti saya masukkan....



dan ini coklat pralin buatan sendiri....x payah dah nak beli.

anak-anak di pagi raya.

Monday, October 4, 2010

Musim kahwin...musim peperiksaan

Mulai besok  PMR akan bermula...anak Adibah Nabila akan menduduki peperiksaan tersebut...tengok dia relax aje....aduhai.!!!!..waktu yang sama minggu ni hari Sabtu anak saudara suami di Melaka akan melansungkan perkahwinan......ada 2 jenis hantaran saya tolong buatkan...kek cawan dan chocolate...kebetulan hari Jumaat  tak ada peperiksaan.....sebab sambung hari Isnin, jadi pergi malam Jumaat dan hari Ahad tu kena balik awallah ke Kuala Lumpur ..InsyaAllah... Untuk anakanda Adibah Nabila " Selamat menduduki peperiksaan", jawab dengan tenang dan berdoa banyak-banyak...mudah-mudahan Allah permudahkan...Aminnnn.......untuk anak saudara pula Siti Aisyah dan pasangan "Selamat Pengantin Baru", semuga diberkati dunia dan akhirat....Aminnnn..............

Dah sampai jodoh....



Lepas Hari Raya,  kelas mengaji bermula lagi pada 25/9/10...tapi saya tak dapat hadir sebab ada di luar Kuala Lumpur....jadi hari Sabtu lepas 2/10/10,  saya rancang nak pergi ke kelas...tapi tengahari dapat sms kata Ustaz cuti...hari Ahad 3/10/10..masuk kelas tapi tak ramai yang hadir...dapat berita, rupanya Ustaz kami yang lama Ustaz Ahmad yang sudah berpindah ke kampung halaman di Pahang, melangsungkan perkahwinannya semalam (2/10/10)...tapi seorang pun pelajar kelas kami tak tahu...sebab sebelum hari Raya..saya tak hadir kelas..yang hadir ke kelas tak tengok pun kad jemputan..masing-masing ingat kad jemputan pelajar kelas sessi  lain.....aduhai.....!!!!!!! Masing-masing tertanya-tanya, isteri Ustaz orang mana, kenal kat mana....ohhh rupa-rupanya, Ustaz kahwin dengan pelajar di Sekolah Al Quran juga...pelajar kelas malam...orang Perak .... Melepas kami nak ke majlis tu....jadi  tak adalah gambar Ustaz dan pasangannya...walau bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga kedua pengantin diberkati dari dunia hingga akhirat...terbaca satu artikel tentang ucapan untuk pengantin....

"Sekarang nie musim orang melangsungkan majlis Perkahwinan... boleh kata kat mane-mane pun hari minggu aje ada sahaja jemputan Walimatul Urus... dan ucapan-ucapan kepada para pengantin biasa kita terdengar atau kita sendiri yang ucapkan ,"SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU"... alah macam lagu Pengatin Baru tu...Selamat Pengatin Baruuu... Semoga Kekal Abadi... Bahgia ke Anak Cucu... Semoga murah rezeki... sedar atau tidak sebenarnya ucapan itu adalah ucapan yang diucapan oleh golongan Arab Jahiliyah sejak dahulu lalu... yang mana hukumnya MAKRUH... sebab apa? Sebab Nabi tegur seorang sahabat yang mengucapkan begitu kepada pasangan pengatin... lalu kata Nabi ucaplah begini, " Semoga Diberkati kedua pengantin ini."
Dan bila kita dah tau tue ... pesan-pesan le kat diri kita supaya tak ucap dah sebagai mana yang kita ucap sebelum ini. Walahu'alam. Petikan dari Posted by Abu Nu'man Monday, October 4, 2010 .

Sunday, September 12, 2010

Salam Eidul Fitri


Gemersik takbir memuji Ilahi,
Tibanya Syawal, Berlalunya Ramadhan,
Sembah salam tulus dihati,
Mohon maaf sempena lebaran.
Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, August 8, 2010

Bilik Studio di Tiara Beach untuk disewa....

Sebelum masuk bulan Mei dulu, pihak pengurusan Tiara Beach PD, telah menghantar surat perjanjian untuk menyambung pengurusan apartment di PD, tapi memandangkan nak hampir 1 tahun pihaknya tidak membayar sewa, saya dan suami ambil keputusan untuk menamatkan kontrak pengurusan, biarlah kami sendiri uruskan, kami ambil kunci bilik, dari pihak Tiara Beach. Bila kawan-kawan pejabat husband mula menyewa apartment untuk bercuti, kami pun mencari orang untuk menguruskan pembersihan dan penyewaan bilik, kalau kami yang cari penyewa, orang yang menguruskan dapat juga bayaran untuk pembersihan, kalau orang yang menguruskan itu pulak mencari penyewa, dia akan dapat lebih bayaran, itu perjanjian suami dengan pihak yang mengurus, so far so good Alhamdulillah.........kalau ada sesiapa yang membaca blog ni teringin bercuti sambil mandi-mandi seperti  di Sunyaw Lagoon, bolehlah tel: 016 6565993 / 012 2100920, harga bilik studio untuk satu malam RM 180.00 (kalau pengurusan Tiara Beach, satu malam sewa RM 240.00)   Inilah  yang ada dalam bilik studio di Tiara Beach Resort....








Ronda-ronda di Wangsa Walk

Wangsa Walk ni..baru je jadi tempat ronda-ronda, itupun sebab anak-anak nak tengok wayang saja asalnya...selalu kami tengok wayang kat JJ Kepong, tapi kebetulan waktu tu kat TGV Kepong x ada cerita Legenda Budak Setan, search kat internet ada kat TGV Wangsa Walk...lepas solat zohor kami pun pergi...sampai parking penuh..tpi pusing ke belakang dapatlah masuk parking...masuk dan naik ke tempat TGV...beratur beli tiket...dapatlah tengok jam 5.30 petang kalau x silap... itu kebetulan ada cerita yang boleh ditonton. (Tayangan U). 
Selepas tu kami pergi lagi..tapi setakat pergi makan kat Snack Corner dekat TGV tu (tempat favourite kami sekeluarga), dan anak-anak (yang berdua tu) main game..diaorang nak main bowling asyik penuh aje....Ada sekali tu pergi kami terpaksa parking kat luar kawasan dan melintas ke Wangsa Walk...anak-anak nak sangat ke kedai buku dalam tu......dan kebetulan diruang legar ada syarikat yang buat pameran taman hiasan dan promosi jaulan rumah..harga rumah yang dijual nak mencecah 1 juta ringgit...mak oiiiyaiii....!!!!!!aleh-aleh tengok proj.perumahan tu kepunyaan "Si Tukang Sapu"(dalam hati sempat dia merembat tanah-tanah kat kawasan Shah Alam, x heranlah boleh pergi tempat kartun) lari topik sekejap.....hua..hua..hua...










Semalam   pergi  lagi kat  Wangsa Walk,  tapi   parking  penuh  gila....x jadi pergi Wangsa Walk kami   melencong ke JJ Setiawangsa....kenapalah JJ Setiawangsa x buat TGV dan Bowling arena kat situ....??? Parking punyalah banyak tapi orang x ramai...sayang betul strategi silap...

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails