Inilah kek cawan yang dah dihias....
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"
Friday, December 17, 2010
Kek Cawan untuk hantaran..
Anak saudara husband telefon tanya..boleh tak buatkan kawan dia kek cawan untuk hantaran...? okeylah...sebenarnya antara kek cawan dengan coklat..saya lebih suka buat coklat...hadiah yang paling sesuai tidak kira majlis apa pun...sebagai hantaran, door gift, hamper...tapi saya buatkan juga apa yang diminta..
Cuti Sekolah......
Cuti sekolah yang panjang...sejak lepas Hari Raya Eidul Adha...ada saja kenduri, kalau tak kenduri kahwin, kenduri sunatkan anak dan kenduri doa selamat...kenduri-kenduri ni...anak-anak kurennng sikit, macam tak berminat... kalau jalan-jalan sukalah diaorang....tapi, kalau pergi kenduri tetap bawa diaorang.
Minggu pertama cuti sekolah, kakak ipar (kakak suami) datang dari Melaka, sebab ada majlis di Selayang dan ke esokkannya (Ahad) dia orang nak gi kenduri kahwin di Klang, tumpang tidur kat rumah, ...kakak Ju datang dengan suami Cikgu Man dan anak gadisnya Nadiah...anak-anak yang lain Siti baru aje kahwin, Ida dan Mira masing-masing kat U dan Kolej sorang kat Terengganu, sorang lagi kat N.Sembilan x balik cuti lagi...Nadiah lak belajar kat Kolej kat Melaka tengah cuti....
Pagi-pagi bila ada tetamu begini ..mula memikir nak buat sarapan apa?....Hemmm..buat nasi lemak ajelah..sebab masa malam dah buat bingka pandan...lepas masak nasi lemak dan geng sewaktu dengannya, saya buat roti jala pulak... dan kari ayam...
Inilah nasi lemaknya...
Kuih Bingka Pandan
Roti Jala
Ayam masak kari....
Tuesday, December 7, 2010
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432
Salam Maal Hijrah 1432...
Hidup perlu ada perubahan..Hidup hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih bahagia dari hari ini...bukan dunia yang dikejar, bukan harta bertimbun yang di cari...tapi kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah S.W.T
Bahagia di dunia belum tentu bahagia di akhirat...jadi perubahan yang perlu bagi kita...ingatan lebih untuk diri sendiri...berusaha kearah bahagia yang dicari untuk dunia dan akhirat...
Hidup dalam iman, mati dalam iman ke akhirat dengan iman....bukan mudah nak memiliki iman, jika tidak ada takwa, mana nak datang takwa, jika amalan agama tidak dipraktikkan...
Itulah yang harus dicari, diamalkan dan dimiliki...untuk hidup lebih bererti....Mudah-mudahan..Insya Allah...Aminnnnn.....
Cerita masa cuti Hari Raya Haji.....
Assalamualaikum....musim haji dah lepas, Hari Raya Eidul Adha pun dah berlalu , selepas sehari Hari Raya Haji tu..hubby x cuti , kena keje....balik lambat...dia pesan suruh masak untuk budak-budak ofis , makan malam...saya pergilah ke pasar borong Selayang ...nak cari rempah kuzi...hehehe, lupalah ..... kan cuti Hari Raya Haji lagi...kedai tutup....tempat yang selalu beli sayur, beli santan, beli ayam semua tutup....nasiblah ada satu gerai India yang buka jual sayur, dan 2 kedai ayam.... pergi pulak sebelah petang...nasibbbbbbbbbbb....
Lepas solat Asar...saya bersihkan ayam, potong daging, rebus paru, masak Nasi Jagung dua periuk...bersilatlah saya menyiapkan semua..sebab sebelum Maghrib hubby nak ambil makanan tu, untuk hantar ke ofis...Ayam saya masak guna rempah masala...daging masak kicap, paru rebus dan campur daging saya buat rendang...saya buat acar rampai..nasiblah anak-anak bantu potong sayur tu untuk masak acar...hubby sampai dari ofis , masih ada yang tak siap lagi...siap dia solat Maghrib, rendang kena tunggu kering...saya suruh dia masukkan Nasi jagung dalam tong panas , lauk-pauk dalam bekas panas dan juga bekas bertutup, satu bekas kek coklat yang siap dipotong...sementara dia menyiapkan tu semua, saya tunaikan solat maghrib ....lepas solat...saya masak acar rampai ..rendang paru + daging kering dah pukul 8.00 lebih , begitu-begini nak dekat 8.30 malam, siap pack semua tu...minta anak-anak tolong hantarkan lauk-pauk tu ke kereta...
Anak yang bongsu ikut sekali ke ofis ayah dia...dia ada bawa bekal dia sendiri , tu yang lambat tadi tu..nak packkan utk dia lagi...pukul 10.00 malam saya telefon Ira, tanya dah makan ke belum bekal yang dibawa, sebab dia x nak join dengan budak-budak ofis..malu katanya....bila telefon dia jawab dah makan bu...sampai kat ofis tadi pukul 9.30 malam...sampai-sampai aje...budak-budak ofis terus menderu ke pantry..kelaparan menunggu..hehehe....tapi yang pasti..anak saya kata..budak -budak ofis makan sampai 3 x tambah, bila balik rumah bekas-bekas lauk kosong cuma ayam aje tinggal 3 ketul an nasi sedikit, lauk-pauk yang lain semua dah habis.....saya tanya kenapa x habiskan je ayam ni...hubby kata..." ohhh..budak-budak tu dah kekenyangan sangatttttt, dah x larat ah.......Tapi sayanglah tak sempat nak ambil gambar, masakan tu semua ..... x sempat....sebab hubby nak cepat...

Entry tertunggak.....Hidangan dan cerita masa Hari raya Haji
Assalamualaikum? Dah lama x jenguk blog ni...dah berhabuk...hehehe..Nak cerita selalunya kalau hari raya puasa.. saya x buat biskut banyak-banyak..saya cuma buat 2 jenis biskut favourite anak-anak saja..kemudian saya buat kek dan puding...cuma tahun ni tambah dengan coklat buatan sendiri...dan yang lain tu lauk pauk untuk hidangan hari raya, lontong dan nasi himpit, tapi hari raya Haji, saya mesti buat biskut lebih sebab inilah waktunya nak buat biskut kegemaran saya...lagipun rumah-rumah adik beradik yang lain gerenti tak ada biskut..hua hua hua.....
Tahun ni saya buat biskut Badam..ohh biskut ni sedappppppppp betul, seakan biskut mazola....Biskut 3 cinta tu..si bongsu tu yang beria-ia sangat suruh buat, tart bunga memang lama dah nak buat... biskut cornflake badam pun saya buat tapi anak-anak lebih suka cornflake madu dari biskut ni....ingat nak buat biskut lain lagi...tapi masa x mengizinkan...sebab sibuk buat puding dan juga kek. Ini lah hasilnya...taraaaaaaaaaaaaa!!!!
Ini biskut badam yang sedapppp tu.....
Ini biskut kegemaran anak-anak dan suami..Biskut Mazola
Ini biskut 3 cinta..yang si bongsu asyik suruh buat tu...
Tart bunga yang asyik tertangguh je nak buat,cuma biskut cornflake je...x ada gambar lupa nak upload....
Sehari sebelum hari raya tu pulak sibuk membersihkan ayam, daging, paru, rebus daging, paru . ayam pulak diperap simpan dalam peti ais...subuh sebelum azan pada pagi raya...saya panggang ayam tu....buat ayam percik...lepas solat subuh sambung memasak lagi, daging masak kerutub, paru goreng bercili..
Paru goreng bercili
Solat Hari Raya Haji awal dari solat Eidul Fitri...jadi 7.45 pagi , kami anak beranak pergi solat Raya...diperkarangan luar Masjid dah tertambat beberapa ekor lembu untuk korban......balik solat...saya sambung masak Nasi Minyak dan acar jelatah....masak pun sebab adik beradik nak datang....tengahari riuh rumah ...anak bongsu saya macam tercengang-cengang, menengok telatah makcik-makciknya yang kepoh satu alam, dalam sibuk-sibuk terlupa nak ambil gambar diaorang ramai-ramai, hidangan lauk-pauk pun x snap termasuklah acar jelatah..hehhehe..lupa lak...
Inilah yang dihidangkan waktu Hari raya Haji yang lepas.Lepas solat zohor ingat nak tidur tapi hubby ajak pegi rumah kakak dia kat Ampang, kebetulan kak Ju dia dari Melaka datang, dah petang kat kul 3.30,
baru saya, suami dan anak-anak pergi kesana, sampai disana, kak Ju, suami dan anak-anak dah nak balik Melaka....jumpa sekejap dia orang pun bertolak balik....kami lepak kat Ampang sampai kat 6.30 petang....
Thursday, November 4, 2010
Biskut Tart Bunga
Biskut ni kegemaran saya...senang je ...
Resepinya:
Tart bunga/tart gulung- (Resepi asal - Hanieliza)
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning
Cara.
. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Monday, November 1, 2010
Biskut Kacang Mazola
Biskut ni kegemaran anak-anak dan suami...tiap kali Hari Raya, anak-anak kata ,biskut ni mesti buat...
BISKUT KACANG MAZOLA - KOLEKSI BUKU RESEPI AMY - AWAL 80AN
Bahan-bahannya:-
500 gm kacang tanah ( 1 kati) - goreng tanpa minyak dan mesin.
500 gm tepung gandum (1 kati)
3 cawan gula halus
2 biji kuning telur (untuk sapuan atas)
Secukupnya minyak Mazola untuk mengguli
Cara:-
1. Tepung gandum, kacang, gula di gaul rata.
2. Bila rata tuangkan minyak Mazola dan diuli sampai lembut dan sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan, sapu kuning telur diatasnya.
4. Bakar 180’C selama 20-30 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)