Sunday, May 22, 2011

Waktu-waktu Doa Mustajab

"Bila Allah cepat makbulkan doamu,maka Dia menyayangimu,
 Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu"


Dibawah ini disenaraikan waktu-waktu Doa Mustajab......

1. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir

2. Selepas solat fardu

3. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk

4. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir

5. Selepas solat fardu

6. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk

7. Ketika dalam peperangan atau darurat

8. Ketika sujud

9. Ketika dizalimi orang

10. Ketika musafir

11. Bapa mendoakan kebaikan anak

12. Ketika wukuf di Padang Arafah

13. Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari

14. Selepas solat Asar

15. Ketika mahu berbuka puasa

16. Ketika sakit

17. Doa pada malam Lailatulqadar

18. Doa pada malam Jumaat

19. Doa dalam Masjidil Haram

20. Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)

21. Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

22. Apabila khatam membaca al-Quran

23. Doa raja yang adil

24. Doa anak yang taat kepada ibu bapa

25. Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah

26. Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram

27. Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram

28. Berdoa di Hijr Ismail

29. Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah

 
Berdoa adalah suara pengharapan, pergantungan dan pertolongan seorang hamba kepada Penciptanya.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hanya kepada Engkau yang kami abadikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Kredit :- I luv Islam (untuk senarai waktu-waktu Doa Mustajab).

Thursday, May 19, 2011

Al Quran sebagai petunjuk

1. Petunjuk kepada manusia.
2. Menafsirkan petunjuk :-
 Boleh membezakan yang mana baik dan yang tidak baik.
 Ada hak-hak kita terhadap Al Quran, penerang  petunjuk beza antara haq dan batil.                     
Wajib ambil 5 perkara:-
1. Sentiasa membaca dan mendengar Al Quran.
2. Baca, faham dan amalkan. Kalau  tidak habis baca - ulang.
3. Al Quran tempat merujuk jika berselisih faham (untuk segala urusan)
4. Kena membaca banyak kali -baca tafsir, baca untuk faham, baca dan nak amalkan.
5. Ayat Al Quran jadikan penyembuh - Syifa pemyembuh segala penyakit.

Membaca al Quran pahalanya sama dengan malam LailatulQad.

Gambar di sekolah

Diba duk asrama, tpi  ada kawan dia yang upload gambar melalui fb...so kami save.. dan Iqa pulak memang sekolah ada hari bergambar untuk majalah sekolah...yang tak ada Thira.....

Kelas Iqa bergambar mengadap matahari yang terik....tapi satu pelajar ni memang pelik....ingatkan dalam kelas aje..rupanya luar kelas pun macam tu......

Saturday, May 7, 2011

Apa khabar di sana?( Kisah cinta pertama)

Dah bersawang, berhabuk blog ni..tak berjenguk..tak di update....banyak sebenar 
yang ingin dicrite...( ce cite...ce cite.....)   tapi...internet wat hal...masa lap top 
kena virus.tu..bil PI Wimax x leh bayar pasal..takda bil bersurat..bil cuma ada 
pada sms hp....selalu bayar guna online.....lap top pulak hantar worksyop....
bila laptop dah pulih...nak online...line internet pulak dah di sekat....
jadi..pegi head ofice.....bayar semua bil..dan terminate terus..sekarang 
guna broad band..prepaid.....barulah ni haa nak mengupdate.....

Pertanyaan pertama yang terlintas....Apa khabar di sana?...Sihat ke?...
pertanyaan yang ditujukan kepada yang membaca blog ni....Kawan-kawan 
lama ada juga skodeng..blog ni..pasal apa skodeng ?..sebab diaorang tak 
jadi follower blog ni...tapi rajin jadi silent  reader....
Taupun sebab bila sms atau call...diaorang kata " ada jenguk blog you...baca..."

Cerita kawan lama ni...ada juga telefon...termasuklah kawan sepejabat masa 
mula-mula kerja dulu...sekarang masing-masing dah beranak pinak.tapi masih 
ada yang single mingle lagi.....yang lelaki pun sama, ada yang masih bujang 
lagi...yang dah kawin cerita pasal anak masing-masing.....tapi statement 
yang tak boleh blah..ada yang bagitau....."  You tau tak...? dulu I try tackle 
you......bukan I aje siapa ni pun..dia mention lah nama geng-geng lama 
pun try ngorat you.....ha..ha...ha....Saya pun jawab "apsal I tak tau....?"
Dia jawab...."Tu laa you buat tak tau jee" ...ahaaa .....haaaa...

Macamana boleh buat tak tau je?..pasal.hati..... dah pada orang lain.....haa ha 
ha....tapi jodoh Allah yang tentukan....Kalau dah jodoh...... jauh seberang 
lautan pun akan jadi...tapi kalau dah terlulis di loh mahfudz bahawa dia bukan 
jodoh....depan mata sendiri pun tak jadi.....seperti kata pepatah Inggeris.........



dan itulah yang terjadi..........(Nobody..nobody but you.....hampehhh....) 
Tapi...ada sekali tu..tahun 2005,.telefon kat meja ofis saya berdering...
saya pun dok hello...hello....tak ada orang yang jawab....yang hairan dan 
ajaibnya cuma dengar lagu digagang telefon.....lagu dari Kumpulan Iklim....
Lagu "Bukan Ku Tak Sudi"....sampai habislah lagu tu di perdengarkan
kat gagang telefon...terpinga-pinga  dan tertanya-tanyalah dibuatnya....
sebab talian telefon tu memang untuk saya saja....

Kata seorang ustaz yang bagi tazkirah kat masjid..."Cinta pertama takkan 
dilupa sampai bila-bila".....berbisik-bisik jemaah perempuan..."dengar 
tu ustaz kata cinta pertama takkan dilupa" Masa tu rasa nak tergelak pun 
ada..nak tersenyum pun ada....

Thursday, March 3, 2011

Entry tertunggak "Wanita disebalik kejayaan @ kejatuhan lelaki...."

Entry ini sebenarnya ditulis waktu Tunisia dilanda revolusi rakyat, tetapi tidak dapat di"update"kan kerana laptop saya ni, dilanda virus, makin lama makin banyak, sehingga terpaksa dihantar ke "workshop" untuk diperbaiki dan dibuang virus yang melanda... 

Ada ungkapan sebegini "Disebalik kejayaan lelaki ada wanita dibelakangnya" mungkin ada benarnya....ramai lelaki berjaya hari ini, kerana punya seorang wanita bergelar isteri yang menyuntik semangat , mendokong segala usaha suami sehingga menjadi ternama, berkuasa dan kaya raya. Sehinggakan dokongan dan sokongan seorang isteri itu melebihi apa yang sepatutnya.
Maksudnya... jika kejayaan seorang lelaki @ suami itu berdasarkan kerja keras dan usaha bersungguh dan tidak melalaikan apa sahaja yang wajib..bersyukur dan beruntunglah seorang isteri @ wanita disamping lelaki tersebut...tetapi jika hasil kekuasaan, kekayaan didapati dari hasil yang tidak munasabah atau lebih tepat dari hasil yang haram, rugi seruginya seorang wanita itu jika tidak menegur atau menasihati si lelaki tersebut.
Haram kerana hak orang lain diambil dijadikan hak sendiri. Seperti kata Syeikh Al-Qaradawi "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."
Adakah jika seorang wanita menegur atau mengingati, menasihati seorang lelaki akan jatuh harga diri seorang lelaki? Ataupun sebenarnya seorang wanita takut kehilangan apa yang dia punya? Harta, kuasa, kekayaan, dan ternama? Jika ya ..kedua-dua jawapannya...lelaki dan wanita ini adalah manusia yang tamak haloba, pentingkan diri...lupa dunia ini milik siapa.....  

Dilihat pada peristiwa-peristiwa yang terjadi dari dahulu hinggalah peristiwa yang terkini , ramai wanita memilih menjadi " LEBIH SUDU DARI GARPU " mana tidaknya..jika si suami Pengarah...isteri jadi Pengerusi, jika si suami Menteri, isteri jadi Presiden... itu belum bab shopping menyoping, intan berlian, kasut, beg tangan...percutian.... lihatlah contohnya:-


                                          FARAH DIBA PAHLAVI - IRAN (1967 - 1979)
FARAH DIBA - SHAH REZA PAHLAVI
Suami - Raja Iran
Majlis penabalan sebagai permaisuri 1967 menelan belanja AS$10 juta.
Koleksi lukisan termahal..150 buah  – oleh Picasso, Monet, Andy Warhol, Jackson Pollock, etc…
Seorang wanita yang meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya, disamping punya ramai pekerja untuk menjayakan apa-apa program selaras dengan kehendaknya. (Muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negaranya, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela)

IMELDA MARCOS (1965 - 1986)
IMELDA - FERDINAND MARCOS
Suami - Presiden Filipina
Imelda  - Ahli Parlimen Filipina (1978 - 1986)
Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978 - 1986)
Menteri Pembinaan Insan (1978 - 1986)
Membeli belah di New York , Rome, Copenhagen 1983 - AS$5 juta
Membeli hartanah di Manhattan (Crown Building ) - AS$51 juta
(Herald Centre) - AS$60 juta
Koleksi kasut yang tertinggal di istana sebanyak 2, 700 pasang (bukan sahaja muncul sebagai watak pemboros, tetapi terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara
dan membolot pelbagai jawatan dalam kerajaan suaminya, bila dikritik tingkah lakunya, dijawab dengan selambanya, "itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau motivasi untuk golongan miskin". Sah-sah lah perempuan ni  mangkuk ayun bertingkat-tingkat - pendapat pribadi yekk!!!!   )
Cuba lihat koleksi kasutnya......
LEILA TRABELSI (1987 -2011)

LEILA TRABELSI -  ZEIN EL ABDIN ALI
Suami - Presiden Tunisia
Leila Trabelsi membawa lari jongkong emas 1.5 tan ,bernilai 45 juta euro ( RM183 juta )
Ben Ali mempunyai kekayaan berjumlah 3.5 bilion euro (RM14.35 bilion) yang sebahagian besarnya disimpan di Perancis.
Leila membelanjakan ribuan pound sterling hanya untuk membeli pakaian mewah.

Leila  Trabelsi -  rakyat Tunisia memberinya jolokan 'Imelda Marcos dari dunia Arab'.
Leila juga digelar The Regent of Carthage, iaitu sebuah kerajaan purba yang mengamalkan pentadbiran tidak jauh berbeza dengan yang dijalankan keluarga Zine el-Abidine.
Mengumpul lebih 50 kereta dan rumah mewah selain dikatakan memiliki kapal layar sendiri.
Akhbar "Le Figaro" Perancis melaporkan bahawa , Leila Trabelsi telah membelikan anaknya yang masih berusia enam tahun beberapa buah rumah mewah di Perancis dan didaftarkan atas nama anaknya itu.

Bila lihat gambar istana mewah untuk anaknya ini, teringat rumah mewah milik Khir Toyo....."SAMA TAPI TAK SERUPA"
Salah satu rumah mewah di jalan "Foch", yang terletak di lingkaran 16, untuk anaknya yang bernama Muhammad Zainal Abidin, yang digelar media sebagai "Maharaja dari keluarga kecil."
Leila juga membeli sebuah stadium olahraga untuk musim sejuk. Selain itu Muhammad Zainal Abidin dibelikan dua villa mewah di kawasan pantai ternama, Cote d'Azur di wilayah Perancis Selatan, yang merupakan salah satu daerah pelancongan yang paling berprestij di dunia.

Anak perempuan mereka, Cyrine, Nesrine, 24, dan suami Nesrine, Sakhr terbang melarikan diri ke Paris, Perancis serta menginap di bilik bertaraf Suite VIP pada harga lebih 300 euro (RM1,230) semalam di Hotel Disneyland.
Nesrine menggemari makanan-makanan mewah seperti ais krim dari St Tropez di Perancis dengan menerbangkan khas terus ke rumah mewahnya yang terletak di tepi pantai.
Source : The Sun (beritaislamglobal.blogspot.com)

Leila Trabelsi dikenali kerana telah mendapat pengaruh besar dalam mengendalikan pemerintahan suaminya Ben Ali, bahkan perdana menteri Tunisia Muhammad Ghannouchi mengatakan bahawa sebenarnya yang berkuasa di Tunisia adalah Leila bukan Ben Ali.(fq/imo) Sumber : http://halaqah.net/


Wanita yang  seterusnya....................

SUZANNE MUBARAK (1981 - 2011)
                                                 SUZANNE - HOSNI MUBARAK
Suami - Presiden Mesir
Rumah mewah milik mereka berharga £8.5million di kota London.

Anak Mubarak, Gamal, 47, melarikan diri, terbang ke Britain dengan jet peribadi bersama keluarga beliau berserta 97 buah bagasi. Beliau memiliki rumah agam enam-tingkat era George tidak jauh dari Harrods di Knightsbridge, Barat London.
Mubarak dikatakan telah mengumpul kekayaan bernilai £25billion untuk keluarganya sejak memegang tampuk kuasa pada 1981.

Suzanne, yang berdarah Welsh itu, diberi jolokan Marie Antoinette iaitu Permaisuri yang gila kemewahan yang dipenggal kepalanya semasa Revolusi Perancis. Tetapi menurut khabar angin yang datangnya dari masyarakat Mesir di Britain, President, 82, dan isterinya Suzanne, 69, juga merancang untuk menginap di rumah mewah tersebut. Malah, beberapa petugas bagasi di Heathrow memaklumkan yang mereka terlihat Wanita Pertama sampai di lapangan terbang. Suzanne, Gamal dan abangnya, Alaa, 49, telah menjadi lambang kemewahan dan korupsi di Mesir.
Malah Wanita Pertama yang meminati bidang fesyen itu memegang passport Britain kerana ibunya Lily May Palmer adalah warga Britain – yang merupakan anak kepada seorang pelombong arang batu di Pontypridd.
Waktu entry ini diupdate semula...dah lari pun pasangan ni keluar dari Mesir...
Sehingga sekarang...revolusi rakyat ini makin menular dan melanda banyak negara-negara Arab, seperti Bahrain, Yaman, dan paling teruk Libya...dan yang terkini negara Barat Armenia......

Kesimpulannya...apabila pemimpin lupa pada tanggungjawabnya sebagai pemimpin, mendahulukan diri sendiri dan keluarga lebih dari rakyat yang dipimpinnya...maka tidak hairan akan tiba masanya untuk jatuh tersungkur...apatah lagi seorang pemimpin yang bernama LELAKI @ SUAMI membiarkan seorang yang bernama ISTERI...bermaharajalela untuk memegang watak sebagai pemboros dan ketua untuk segala urusan negara..... TUNGGUUUUUUUUUUU!!!!!!!!LAH WAKTUNYA.......




















                                          




Thursday, February 3, 2011

Persiapan persekolahan dan Hari Pertama di Kuala Klawang

Assalamualaikum...? dah lama x masuk rumah ni dah masuk bulan Feb......kiranya ni entry tertungaklah..dah update cerita tapi gambar x upload pulak..jadi tertangguhlah.....Inilah ceritanya.....Awal-awal tahun ni..busy lak pulak...tambah pulak awal musim persekolahan..pergi beli buku tulis, untuk sekolah rendah, sekolah menengah...kemudian uruskan pertukaran sekolah si kakak...2 minggu sebelum buka sekolah dah memohon semua perkara yang diperlukan oleh sekolah baru...tapi sekolah lama suruh juga datang hari pertama persekoahan..kannn dah sibuk...punyalah ramai ibu - bapa yang berurusan...aduhaiiiii...penat menunggu...itu cerita tentang sekolah...
Tambah pulak ..sibuk dengan membeli segala keperluan barangan pakaian yang perlu dibawa sikakak ke asrama....sekejap ke SOGO, kejap lagi pergi GIANT...lepas tu pergi kedai buku, kedai tudung,. esok pergi kedai uniform...pergi pulak ke kedai barangan plastik...beli baldi, ceduk...masuk pulak ke Farmasi..beli barangan mandian dari syampu rambut, badan sampai lah ke barangan minyak chap kapak...plaster luka..
Sampai si adik Iqa tanya..semua ni kakak nak bawa ke?...Ya lah...dah duduk sana spare je lah benda-benda ni...jawab si Iqa..banyakkkk nya......lepas tu pergi pulak kedai BATA...beli kasut putih, kasut hitam..sandal...beli barangan sampai ke JAYA JUSCO....punyalah banyak tempat...pasalnya...ada barang yang di cari dapat..bila tak dapat..tu yang merata alam jadiknya....
Hari pertama sekolah...husband.hantar Thira sekolah agama..sebelum tu hantar si Iqa sekolah menengah..... saya pulak uruskan pertukaran sekolah kakak...petang pergi bayar yuran Ira untuk sekolah kebangsaan..nasib sekolah agama dah buat 2 hari awal untuk bayar yuran...aduhhhh penat....
Bila masuk hari ke 3 persekolahan..lepas Subuh bersiap-siap sebab nak hantar si kakak ke Sekolah Teknik Kuala Klawang N.Sembilan..anak dua orang lagi x pergi sekolah...sebab tak ada orang yang akan jemput bila balik sekolah..jadi saya ambil keputusan angkut sekali kedua-duanya hantar sikakak...
sampai sana...pukul  8.40 pagi...jalan pulak bengkang bengkuk..hutan lagi...line talipun pun x ada...turun bukit..naik bukit...macam nak pergi Fasers Hill...aduh pening...sampai masuk kawasan sekolah..si kakak Diba..muntah......nasib cepat-cepat turun dari kereta... ..ramai ibu-bapa dah sampai.....jom layan gambar.....

Padang sekolah yang dijadikan tempat letak kereta untuk ibu bapa  yang datang menghantar anak ke sekolah
pada hari pendaftaran pelajar.....Padang ni dah kosong pasal gambar ni di ambil pada sebelah petang..hehehe
                            Bilik asrama pelajar perempuan....

Dah tukar cadar katil...minggu pertama je katil ni...



Di dalam Dewan Kasih...hari pendaftaran pelajar....
Blok asrama boleh dilihat dari jauh..sebelah kanan blok asrama pelajar lelaki dan sebelah kanan asrama pelajar perempuan

Di dalam kelas waktu tunggu giliran nak bayar yuran...

Waktu tengahari makan di Restoran di Kuala Klawang....




                               Batik pakaian pelajar pada acara Rasmi...
Acara waktu petang ..suai kenal bermula..Diba dan Ayu (pelajar elektrikal)

                                          Dewan Kasih.............

Kuala Klawang menjadi destinasi..dua kali sebulan untuk tahun 2011..Insya Allah.....sebabnya..kakak kena balik dari asrama setiap bulan 2x...


Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011, dan sekolah pun bermula.....


Tahun Baru 2010, berlalu melabuhkan tirainya, dan 2011 menjelma...semalam 1.1.11 tarikh orang buat kenduri kahwin.... tapi saya sibuk dengan bayar yuran sekolah Agama anak, tukar bateri jam tangan kat tukang jam...sebab jam baru bagi kat Diba hilang, tah kat mana dia letak, jadi bagi jam tangan lain kat dia, saya siapkan apa yang tak siap untuk Adibah Nabila bawa ke asrama...pesan kat dia, jangan guna duit kat bank, kalau benda tu tak perlu sangat....tiap-tiap bulan ibu akan masukkan duit...kalau boleh berjimat...duit makan kat asrama ibu bayar dengan duit buku dan juga segala keperluan masa kat sekolah tu nanti....
Besuk dah mula sekolah..dah cakap dengan husband..kena hantar si kakak Afiqah Najiha dulu, baru Thira...sepatutnya si Iqa sekolah petang..tapi kawan kat face book dia bagitau, dia orang cikgu masukkan kat kelas sebelah pagi Kelas Aliran Arab...saya tanya kenapa ?...cikgu kata sapa yang dapat markah tinngi, akan masuk kelas tu....jadi sekolah sessi pagilah dia  .....Lepas hantar si Iqa, baru hantar Thira dan hantar saya juga kakak kesekolah, sebab nak bayar yuran kelas Iqa sambil nak ambil sijil berhenti  Diba dan juga segala yang dipohon oleh sekolah barunya...pihak Pentadbiran sekolah kata datang 3hb1...jadi besuklah.  InsyaAllah semuanya nak diselesaikan berkaitan persekolahan, sebab Diba kena lapur diri kat sekolah baru pada 5.1.11...baju sekolah nasib Husband tolong gosok....baju lama dah gosok, tapi diaorang nak pakai baju baru.....saya pulak sibuk menjahit tempat letak botol air kat bag Thira...dari tahun lepas nak pakai beg Sasha pergi sekolah...jadi belikanlah juga, tapi tak da tempat letak botol air...dia kata nak pegang je botol, tiba-tiba malam ni...suruh bubuh tempat botol air...hmmmmmm, apa yang saya buat ialah ambil tempat botol dari bag NURI..rabak beg tu saya gunting...saya jahit kat bag Sasha... satu kerja pulak....suruh anak-anak tidur awal...sebab senang nak bangun pagi, kalau tidak asyik tidur lewat malam, bangun subuh solat..lepas solat bantai membuta balik....sekarang x da chance lah...sekolah dah mula balik.......

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails