Sunday, October 2, 2011

Macam-macam peristiwa

Assalam.....internet DIGI ni...slow la pulak....semenjak dua menjak ni.... tu yang tak buat posting baru....bulan September  macam-macam peristiwa berlaku.....awal September bulan Syawal...sambutan Hari Raya Eidul Fitri...masuk minggu kedua anak saudara GGee (anak abang Majid) bertunang, buat kat rumah saya di Nakhoda, masuk minggu ketiga, anak saudara Hussin (anak abang Ali) telefon bagitau dapat masuk Universiti Sarawak, tolong urusankan tiket penerbangan dan hantar ke  KLIA dan masuk minggu ke empat , kakak telefon bagitau mak mertuanya meninggal dunia di Rembau...Innalillah.......masa tengah buat posting ni pagi dah masuk bulan Oktober...malam ni keluarga abang ipar nak buat kenduri tahlil...sebelum semua keluarga balik kerumah masing-masing...

Ni masa hari raya pertama...abang, kakak, abang ipar, anak-anak saudara....







Minggu kedua GGee bertunang....hari hujan lebat, jalan raya jammed...pasal ramai orang buat "OPEN HOUSE" walaupun rombongan lewat sedikit tiba, tapi majlis berjalan lancar.... Alhamdulillah.....








 





Minggu ketiga, hantar Hussein ke KLIA, flight kul 11.45, pukul 9.00 pagi kami dah ada kat sana, dah sarapan kat rumah, tapi sebab lama lagi nak tunggu kami masuk Mc D...sarapan lagi...












Minggu keempat...saya masih ada di N.S... Malam tadi kenduri tahlil, ramai sedara-mara sebelah abang ipar termasuk sepupu sepapat datang, tapi sebab malam saya pun tak teringat nak ambil gambar, nak pukul sebelas malam saya beredar, pergi tidur rumah kak Midah di Pedas, pukul satu pagi abang ipar Zali hantar hubby ke klinik ambil gas...pasal semputnya datang melanda....pukul 2.00 pagi lebih baru balik...petang ni InsyaAllah hantar Diba balik asrama di Kuala Kelawang, baru kami pulang ke Kuala Lumpur. 

Saturday, October 1, 2011

Kawan anak-anak

Anak-anak jarang bawa kawan-kawan sekolah datang ke rumah...kalau ada masa Hari Raya, tapi bukan setiap tahun, kalau kakak Diba adalah 2 x kawan datang, masuk tahun ni dah 3 x, Iqa pulak masa sekolah rendah adalah 1x ke 2 x....Thira baru tahun ni kawan sekolah ada datang itu pun yang duk depan rumah....so tahun ni si Iqa kata kawan-kawan nak datang...mula-mula 3 orang lps tu 6 orang, bila harinya tengok-tengok lebih dari 10 orang....kebetulan saya masak nasi tengahari tu memang banyak.... Saya masak ikan patin masak tempoyak, sayur padprik, sambal udang, ada juga buat kek colat untuk budak-budak tu....






Nak masuk minggu ketiga, kawan-kawan Diba datang beraya ke rumah, kebetulan Diba balik dari asrama, tak tau nak masak apa..akhirnya saya buat meehoon soto, tapi saya tak ambil lak gambar kawan-kawannya kebetulan sibuk bersiap nak keluar...kawan-kawannya datang lambat, janji lepas Zohor..sebab lepas Asar kami nak keluar ...tapi kawan-kawan dia datang dah kat kul 6.00 petang, kami dah lewat...tapi sebab tetamu anak datang kami tunggu ...inilah hidangan hari tu...









Dekorasi rumah 2011

Memandangkan rumah ni dah nak mencecah  17 tahun....dan dah 6 tahun tak cat baru...jadi masa cuti sekolah penggal pertama tahun ni (2011) kami buat projek mengecat rumah...dan selesai masa pertengahan bulan puasa...pasal apa lambat siap...sebab bila sekolah bermula, hubby pun  tak cuti, projek mengecat kena tunggu hari Sabtu dan Ahad, so hari Sabtu dan Ahad jelah untuk mengecat...termasuklah kabinet dapur dicat semula....dan tugasan saya adalah menghias rumah...yang dah dimake over ni......Gambar-gambar ni di ambil masa Hari Raya Eidul Fitri baru-baru ni...lambat masuk blog...nak upload gambar pun ambil masa....











Ini pula bahagian luar rumah.... selalunya orang yang merokok akan melepak disini...sebab dalam rumah tidak disediakan ashtray...coz  ...hubby tak merokok....





Ruangan ini pula ..ruang makan bersebelahan tempat menonton tv.....





Kabinet dapur yang telah dicat dari warna kayu coklat muda kepada warna putih.....










Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails