Monday, October 3, 2011

Kuih Bakar Labu


KUIH BAKAR LABU - YATIE MEMORIES

BAHAN-BAHAN

2 cwn tepung gandum
3 cwn santan (sederhana pekat)
1 cwn gula

3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih


CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.

Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.





Puding Gula Merah Buah-buahan Bersos


PUDING  GULA MERAH BUAH-BUAHAN BERSOS - AMY
Bahan-bahannya:-
(untuk agar-agar gula merah)
1 paket agar-agar
1 ketul besar gula kabung / 250 gm gula merah
( + Gula pasir ikut rasa jika suka manis )
2 helai daun pandan
500 ml air
1 tin buah-buahan untuk hiasan


Cara:
Masak agar-agar hingga larut, masukkan daun pandan sekali, setelah larut baru masukkan gula merah dan gula putih, manis ikut selera masing-masing.
Setelah mendidih ditapis dan masukkan kedalam bekas dan sejukkan.
Bila sejuk potong empat segi@ parut atau keluarkan dari acuan kecil kedalam bekas hidangan. Tabur dengan separuh buah-buahan dalam tin.


Bahan untuk sos:-


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu gula pasir


Cara:


Masukkan susu kedalam periuk, bersama tepung 
kastard yang telah dibancuh juga sedikit gula,  kacau hingga masak, setelah masak curahkan/tuang sos keatas 
agar-agar diparut tadi, kemudian tabur diatas sos dengan lebihan buah-buahan dalam tin . Boleh dihidang sejuk atau masa menghidang boleh bubuh ketulan ais.









Sunday, October 2, 2011

BISKUT CINTA 3 WARNA


BISKUT CINTA 3 WARNA - izahdaut

Bahan-bahannya:-

300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai

Caranya:

Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim.
Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati.
Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai.
Ulikan sehingga warna sebati.
Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli (15 gm @ 20 gm) dan letakkan ke dalam paper cup.
Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.


* Biskut ni dari segi warna seakan-akan Biskut Bebola Kristal atau Biskut Arabian Night, tapi dari segi rasa berbeza sebab tak ditabur gula kaster.



BISKUT SUJI BADAM KAK INTAN


BISKUT SUJI BADAM KAK INTAN
Sumber dari blog Diana
Bahan-bahannya:-

1 kg tepung gandum
350 gm badam
400 gm gula halus dikisar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
Secubit garam
2 ¾ cawan minyak canola / sun flower

Cara membuatnya:-

1.       Masukkan kesemua bahan kecuali minyak dan digaul rata.

2.       Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan bentukkan jadi doh.

3.       Terap dan bakar suhu 170’ C sehingga biskut masak.(20-30 minit).


* Nota:- Biskut ni memang sedap, seakan-akan biskut kacang mazola.



Agar-agar santan



AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahan:-
1 bungkus agar - agar (rendam sehingga kembang)
5 cawan air
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
3 cawan santan
2 biji telur
1 helai daun pandan
1 sudu teh esen vanilla



Cara:-
      Masak agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk.
      Masak sehingga agar - agar hancur dan mendidih.
      Masukkan gula merah dan gula pasir.
      Masak sehingga gula hancur/lerai.
      Kacau dan biarkan mendidih.  
      Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
      Masukkan esen vanilla kedalam bancuhan telur & santan.
      Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar.
       Kacau dan biarkan mendidih seketika.
      Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
      Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.


* Saya tak ingat ni resepi siapa...kepada empunya resepi mintak halal dunia akhirat. Selalunya saya buat...sediakan bahan-bahan, tapi  ta de main sukat atau ukuran, ikut suka je.....tapi resepi ini sebagai panduan pada orang baru ingin mencuba. Gambar pun tak de watermark...kalau rajin saya buat ...kalau tak..saya terus upload je....tak de hal lah....!

Puding Buah Peach



PUDING BUAH PEACH - Amy

1 Paket agar-agar

4 cawan air

2 cawan gula

1 cawan susu cair

1 tin buah peach

1 / 2 cawan tepung kastad

1 ketul gula batu

 Cara:-

Rebus agar-agar sampai hancur.

Masukkan gula rebus lagi hingga gula hancur.

Masukkan susu cair.

Sementara itu blend separuh buah peach dan air gulanya.

Tinggalkan separuh buah peach untuk hiasan.

Bancuh tepung kastad dengan sedikit air.

Masukkan bancuhan kastad ke dalam adunan agar-agar yang sedang dimasak,

Kacau selalu supaya tidak bergentel.

Kacau rata biar hingga mendidih.

Tuang adunan kedalam bekas, hias dengan buah peach dan sejukkkan.

  
* Nota: Kalau blog masakan gambar puding atau apa saja masakan akan dihias dengan cantik, dengan diletakkan daun, cerilah atau apa saja yang akan membuat masakan mereka itu tampak cantik menarik dan tertarik berdasarkan kreativiti masing-masing memang cantik giler....saya pulak sekadar ingin berkongsi resepi...jadi bila ambil gambar...saya snap terus je....hua...hua...hua...anak saya si Iqa complein apsal ibu ambil gambar untuk resepi tak hias-hias,atau tukar cara ambil gambar....saya jawab nantilah...akan-akan datang...he..he..he.. 




Cara kita memberi dan menyebut salam...



Assalam......
Ustaz Zawawi Yusof ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"
dan menjawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
WAALAI KUMUS SALAM 
dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;    WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
Kirim salam, assalamualaikum pada Ani  ye - contoh lerr...
Dan bukannya : Kirim salam kat Ani yer
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
 Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'Akum' dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan As Salam yang membawa maksud sama dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email. Perkataan AKUM adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan æ…‰vde Kokhavim U Mazzalot yang bermaksud HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT.
 Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform Akum, kita ingatkan dia guna As Salam kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Jangan guna Bye kerana Bye adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud Di Bawah Naungan Pope.
Jangan guna Akum kerana Akum bermaksud binatang dalam bahasa Yahudi.
Jangan guna Semekom kerana Semekom bermaksud celaka Kamu.
 Gunakan perkataan As Salam sebagai singkatan bagi Assalammualaikum.
Elakkan diri daripada membuat dosa tanpa kita sedari..Sekian, semoga ada manfaatnya dan ..semoga kita dapat mengamalkannya bersama.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails