Tuesday, January 10, 2012

Belajar tawakal dari seekor burung wahai manusia berakal


"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi).
Ternyata ada beberapa sifat dan sikap yang dilakukan oleh burung dalam mencari makanannya, iaitu:
1. Burung selalu bangun pagi
Tidak ada burung yang bangunnya waktu pagi, kecuali burung sakit, atau burung malam (burung hantu). Namun jika dilihat secara umum, burung selalu bangun pagi. Ia bangun dengan penuh optimis, riang dan gembira tanpa ada rasa khuatir sedikitpun akan makan apa hari ini, tidak pernah khuatir akan rezeki yang pasti sudah disiapkan oleh Allah. Bahkan di celah persediaan, dia sambil sibuk bernyanyi dan membangunkan manusia, seolah-olah menunjukkan kepada kita akan rezeki Allah yang selalu siap kita jemput. Seolah ia menunjukkan kepada kita bagaimana ia bertasbih kepada Allah, melalui kicauannya.
Contohlah burung semasa ia bangun pagi, burung selalu untuk bersyukur, memuji Allah yang Maha Pemurah, dan bertasbih kepada Allah melalui nyanyiannya. Kita diberi infrastruktur jauh lebih istimewa daripada burung, mari kita gunakan masa kita untuk bangun pagi, bersyukur, bertasbih dan bermunajat kepada Allah, seperti yang dilakukan oleh burung.
2. Burung berusaha berdiri, persiapan. sblm terbang
Dalam usaha mencari rezeki, kita juga harus melakukan "pemanasan", persiapan fizikal mahupun mental, mahupun fikiran untuk kesempurnaan ikhtiar kita.
3. Burung terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi.
Dalam usaha mencari rezeki, jarang sekali tanpa halangan ataupun kesulitan yang kita hadapi, seperti burung semasa terbang berusaha sekuat tenaga untuk melawan graviti bumi, agar tidak terjatuh.
Seperti kita, dalam setiap usaha ada saja penolakan, keletihan, kesulitan, kebuntuan berfikir yang kadang kita temui, namun yakinlah, bahawa semua itu akan membuat kita menjadi lebih taft, lebih tempoh, lebih ahli di kemudian hari, seperti otot-otot sayap burung, kerana setiap hari melawan daya graviti bumi, burung akan menjadi lebih kuat dan kuat lagi, hingga jika dalam cuaca ekstrim sekalipun, burung telah terbiasa. Jika kita telah terbiasa dengan "hujan badai" sukarnya semasa mencari rezeki, maka ketika keadaan cuaca yang baik, semua keadaan biasa, kita akan dengan mudah menakluk cabaran kehidupan tersebut.
4. Semasa terbang selalu yakin dan tidak pernah rasa ragu
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya." (Surah At-Tholaq: ​​3)
Setelah kita berdoa, dan bertawakal kepada Allah, maka jangan meragui hasilnya, kerana yakinlah, Allah telah menyediakan rezeki untuk kita. Burung tidak pernah ragu semasa terbang, dia selalu yakin bahawa, di sana ada harapan, yang telah disediakan oleh Allah.
5. Terbang dgn naluri, ke tempat yang subur dan subur
Dalam usaha mencari rezeki, diperlukan "ilmu" yang relevan, guna untuk berikhtiar. Jikalau burung hanya dibekalkan naluri oleh Allah, untuk mencari tempat-tempat yang subur dan subur makanan, maka kita diberi deria dan akal fikiran yang luar biasa oleh Allah, yang boleh kita gunakan untuk menganalisis di mana tempat-tempat yang subur dan rimbun akan rezeki Allah
6. Setelah makan, dia bawa pulang sebahagian rezekinya
Ketika mencari rezeki, jangan pernah lupakan beban amanah keluarga, anak isteri yang selalu menanti hasil ikhtiar yang kita lakukan
7. Jika mengambil makanan, burung tidak pernah merosakkan
Ketika mengambil makanan, burung selalu dengan cara yang indah dan lembut, tidak pernah melakukan kerosakan dalam proses pencarian makanan, bahkan ada beberapa jenis burung yang membantu proses persenyawaan beberapa tanaman.
Malu rasanya, jika kita dalam proses mencari rezeki kita, harus merugikan orang lain, harus merosakkan hak-hak orang, harus menyakiti dan mengecewakan orang lain.
 "Barang siapa yg merasa letih di petang hari kerana mencari rezeki dgn tangannya, maka akan diampuni dosa dosanya." (HR Tabroni) -
terjemahan dari republika.co.id  sumber - http://detikislam.blogspot.com/ 
*arwah emak selalu pesan, bangun pagi-pagi, kalau boleh kalahkan burung, sebab burung bangun awal pagi, kalau tak percaya cuba dengar kicauan burung waktu pagi....memang waktu kecil dulu dapat dengar burung - burung berkicauan...tapi sekarang susah nak dengar burung berkicauan....kalau ada seekor dua, dah tak banyak macam dulu....ke mana burung-burung pergi ?


I cant stop crying..while reading..Alhamdulillah..


"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yang Memikul" itulah kata-kata yang boleh saya luahkan. Sejak 1998 saya mengikuti cerita ini...tanpa disangka, berulang kembali tahun 2008, sedih sangat-sangat, sebabnya kes pertama 1998, ada diantara orang yang terbabit ada yang saya kenali...(kalau tak kenal sekalipun saya TIDAK akan mempercayainya).
Takdir Allah semalam 9/1/2012, terlerai segala rasa sedih, kecewa dan sakit hati, yang bertahun lamanya....SYUKUR ALHAMDULLILLAH..... tapi bila membaca luahan hati seorang Isteri, air mata saya tidak berhenti.....KETABAHANNYA, KESABARANNYA, KEKUATAN HATI DAN IMANNYA, KELEMBUTANNYA.........
Abang Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.
Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis masih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."
*wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.



Jangan mudah percaya FITNAH


Hukum Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim.

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.
Firman Allah SWT :

"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."

(Al-Qalam : 10-12)
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Firman Allah SWT :

"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."

(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."

(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.
 
 Begitu besar dosanya di sisi Allah bila kita menyebarkan berita yang kita tak pasti kebenarannya. Apatah lagi jika berita itu melibatkan maruah orang Islam yang lain. Kalau kita letakkan diri kita di tempat mereka, tentu saja kita sendiri boleh merasa. Letakkan kakimu dalam setiap kasut orang Muslim...perhatikan langkahmu bila berjalan... http://www.sunahsukasakura.com

Sunday, January 8, 2012

Pemimpin yang menipu!!!!!


PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT .....MASUK NERAKA


قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَا مِنْ عَبْد يَسْتَرْعِيه اللَّه رَعِيَّة يَمُوت يَوْم يَمُوت وَهُوَ غَاشّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّه عَلَيْهِ الْجَنَّة ) ‏
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga.

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
JANGAN SOKONG PEMIMPIN YANG BOHONG DAN ZALIM
عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين .
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
1520 حَدِيثُ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُمْلِي لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ ثُمَّ قَرَأَ ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) *
1520 Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau membaca firman Allah: ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِىَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) Yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu apabila Dia mengazabkan penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras *
* Dikongsi melalui e-mail dan Ustaz Yusof Embong(uye)

Bersangka baiklah

Baca, renung dan fahamkanlah!!!!

* Orang beribadah disangka riak

* Orang yang "relax" disangka malas

* Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

* Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud

* Orang makan banyak disangka pelahap

* Orang makan sikit disangka  "diet"

* Orang baik disangka buruk

* Orang buruk disangka baik

* Orang senyum disangka mengejek

* Orang masam disangka merajuk

* Orang bermuzakarah disangka mengumpat

* Orang diam disangka menyendiri

* Orang menawan disangka pakai susuk

* Orang nampak ceria disangka "membela" 

Mana tahu...

Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Yang senyum itu kerana bersedekah

Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya

Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Yang ceria itu kerana cergas fikiran dan sentiasa mengingati Allah.

Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka,(bersangka buruk) kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api,bermacam-macam kesimpulan yang boleh dibuat, semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan memikrkannya...cara itu semua datang dari hati....

Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hati baginda semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Biar bersangka baik dari bersangka buruk....

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
'Ya ALLAH, hidupkanlah kami dengan kehidupan hamba,matikanlah kami dengan kematian hamba, masukkanlah kami ke SyurgaMU bersama hamba-hambaMU yang ENGKAU redhai'Ameeen..
*dikongsi bersama melalui E-mail tahun 2005 dan http://nasyidees.blogspot.com Wallahu A'alam.....


Thursday, January 5, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012, dah lewat 5 hari pun...tapi sebab sibuk berkemas, barang-barang yang baru dipindahkan, jadi tak ada masa nak jenguk blog dan update....ini boleh jenguk sekejap...sebab anak -anak dah gi sekolah, sikakak dah balik ke Kuala Klawang....


Selalu kalau tahun baru orang selalu tanya "Apa azam tahun baru?"
Alamak tak ada  azam,  tak ada cita-cita.......tapi tahun-tahun sebelum ni pun tak beres lagi....kena kuatkan semangat nak mencapai apa yang di inginkan....

Semuga Allah akan mempermudahkan segala urusan...memberikan kesihatan, memanjangkan umur untuk lebih beribadat dan bertaqwa....membuang perangai atau tabiat yang buruk-buruk, sebab kita ni kadang tak perasan atau tak sengaja melakukan sesuatu, yang kita rasa betul, okey, tapi sebenarnya memang tak ok dan tak betul....contohnya mengumpat ....kita akan kata, saya kata yang benarlah...memanglah yang benar, sebab kalau tak benar, itu dah jadi menipu..... ni contohlah.......dari segi percakapan, pergaulan...sebab megumpat, mengutuk ni tak buat sorang-sorang, kalau menyumpah ni ya selalu di buat sorang-sorang....nanti sambung bab menyumpah pulak...(perkara yang menyebabkan masuk neraka).

Jadi, sempena tahun baru..mudah-mudahan kita akan lebih membuat kebaikan dari perkara kejahatan, tak kiralah perbuatan, tingkah laku, pertuturan, pergaulan....mudah-mudahan hidup di berkati oleh Allah S.W.T. Aminnnnn!!!!!. 

Hidup dalam Iman, mati dalam Iman, ke akhirat dengan Iman.....sebab kena ingat "IMAN TIDAK DIWARISI".


Sewa jangan tak sewa.....


Rumah hujung minggu saya tu, jarang dah kami pergi, cuma cuti sekolah ni je..kami pergi...pihak pengurusan selalu juga tanya tak nak sewakan ke?...saya kata barang banyak, kalau nak sewakan kami kena kemas dulu. Bila lepak-lepak kat apartment tu, suami dan saya ambil keputusan, sewakan jelah rumah tu. Tapi...ada barang yang kami kena tinggal seperti perabot juga peralatan elektrik...sebab tak boleh nak diangkut balik Nakhoda...mana ada ruang nak letak...so sepanjang 2 ninggu kat situ kami berkemas, dan masa cuti Krismas. ajak husband anak saudara( Lina) Man, bawa lori pindahkan barang-barang .

Huhhh..penat gilaaa..banyak barang nak di kemas balik kat rumah Nakhoda..pindah pagi sampai kul 11.00...kul 1.00 kami pergi ke Haslam Restoran makan tengahari, pergi solat zohor kat wangsa Walk dan tengok wayang Alvin & The Chipmunk 3, nak booking 3.50...habis tiket...booking tiket 5.50....keluar panggung kul 7.20 kalau tak silap...nak solat kat surau terlalu penuh, kami keluar dari Wangsa Walk dan solat maghrib kat Masjid berhampiran ...

Balik singgah kat apartment ambil barang - barang yang tak diangkut pagi tadi....angkut balik Nakhoda...hari Isnin, hari  terakhir angkut barang....tengok-tengok rumah depan tapi bukan yang bertentangan...dah bersih, rupanya si penyewa pun turut berpindah, wah ada rumah kosong lagi....dah dua kali ada yang datang tengok rumah...termasuk orang Iran, dia minta kurangkan harga sewa...orang management  kata, akak boleh sewakan tapi jangan murah sangat, sebab rumah akak tu ada perabut, ada barang elektrik......tengoklah kalau ada rezeki....adalah penyewa yang sanggup bayar dengan harga berpatutan......

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails