Sunday, February 12, 2012

Pavilion yang meriah.....

Hiasan Tahun Baru Cina yang masih ada...

Jalan-jalan di Pavilion....ramainya orang..rupa-rupanya ada pameran Bear Sedunia....bagai nak rak lah orang ramai bergambar.....anak-anak pun bergambar sama...tapi sebelum tu perut lapar singgah makan dulu....

  




















Lepas bergambar-gambar..plan nak pergi Low Yatt...tapi jam dah 6.30 petang...saya kata lain kalilah dah nak Maghrib...baliklah...

IKEA yang menawan....

Papan kenyataan yang bagus untuk di letakkan di dapur

Semenjak dua tiga menjak ni..kan cuti panjang je...cuti-cuti duduk kat rumah boring jugak...jadi ..
apalagi pergi jalan-jalanlah....pergi IKEA..pergi PAVILION. 

sempat anak-anak main masak-masak...

Cantik-cantik rekabentuk dapur di IKEA...dari dapur basahnya samapai ke dapur kering..ruang makan, bilik bacaan...tapi harga pun cantik jugalah....hmmm...





















Semuanya cantik-cantik belaka rekabentuknya....

4 Perkara Sebelum Tidur

4 Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah ra:

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga (3) kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

                                               

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"


Semuga ilmu ini dapat kita praktikkan dan menjadi satu amal yang berkekalan.
Sumber dari simpanan email yang dicetak dan juga dari :-

Wednesday, February 8, 2012

Sabda Nabi Muhammad S.A.W


Assalam...ini adalah diantara sabda Nabi Muhammad s.a.w

Sabda Nabi Muhammad s.a.w
Lima saat yang tidak ditolak doa padanya iaitu malam jumaat,
malam ke sepuluh bulan Muharam,
malam pertengahan dari bulan Syaaban
dan dua malam hari raya..
Sabda Nabi Muhammad s.a.w
1. Rasulullah s.a.w telah melarang meminum daripada mulut tempat air minum seperti botol, kendi, teko atau terus dari paip air dan lain - lain.

2. Beramallah untuk dunia seolah - olah kamu akan hidup selama-amanya. Dan beramallah untuk akhirat seolah - olah kamu akan mati esok hari.

3. Orang yang paling utama darjatnya disisi Allah pada hari kiamat adalah orang - orang yang banyak berzikir kepada Allah.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w
1. Orang yang paling di benci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar.

2. Solat yang paling utama disisi Allah adalah solat Subuh pada hari Jumaat dalam jemaah.

3. Bahawasanya Nabi S.A.W melarang orang minum berdiri.

4. Solat yang paling utama adalah yang paling lama berdirinya.

5. Solat yang lain, utama adalah solat (sunat) seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu.

 *Banyak lagi sabda-sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang boleh kita ketahui terdapat dalam buku seperti gambar di atas keluaran Hidayah Publisher...
Untuk artikel ini dipetik dari sumber - http://aeinisugar.blogspot.com

Sunday, February 5, 2012

Kelebihan Selawat Nabi


Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-
" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""




Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw

Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta’ala berfirman :


Ertinya : “Wahai mereka yang beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.
[QS Al-Ahzab : 56]

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw:
 “Adakah yang demikian itu dengan kehadiran  hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu (1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api".
Sabda Nabi saw :   “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat
hijab sebagai  pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat,
maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata :
“Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat
berselawat ke atasnya”.

Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.

sumber http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Salam Maulidur Rasul - Jaga 7 Sunnah Rasul



JAGA 7 SUNNAH RASUL
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sumber: Islamituindah
 

Wednesday, February 1, 2012

Blog yang buat saya jatuh cinta...hik...hik..hik

Ini novel pertama saya beli sewaktu di tingkatan 6....

Saya memang suka membaca, kisah politik, masyarakat, remaja, rumahtangga, masakan, hiburan, ekonomi, buku-buku agama, malahan novel-novel juga. Membaca adalah salah satu hobi saya. Menulis blog pula adalah suka-suka, saya anggapkan blog hanyalah tempat curahan hati umpama sebuah dairi..
Dulu-dulu orang menulis dairi, menulis apa saja isi hati mereka, lepas menulis dairi akan disorokkan samada dalam laci, dalam almari ataupun bawah bantal...hu...hu...hu (saya tak buat macam tu, pasal saya tak ada dairi).

Buku sekarang yang sedang saya baca....belum habis lagi...
.
Bila menulis blog, saya tak memikirkan samada blog akan glemer, fofular atau ramai follower...hik...hik..hik .....sebab tu blog saya tak ada iklan contohnya nuffnang ....hua...hua..hua...saya juga selalunya hanya menjadi SR atau blogwalking tanpa meninggalkan jejak..walaupun ada blog yang saya linkkan pada blog saya, tapi tanpa pengetahuan tuan empunya...Maafkanlah hamba!!!..

Bukanlah maknanya saya langsung tak jadi follower, adaaaaaaaaaaaa...tapi blog orang yang saya kenal, atau tuan punya blog tu menjadi follower saya...dengan maksud "Orang berbudi, kita berbahasa"...tak gitu???..

Tetapi dalam blogwalking atau SR saja...ada blog-blog yang sangat-sangat saya suka...kalau blog masakan contohnya...gambar masakan tak kiralah kuih, puding, biskut atau lauk-pauknya amat cantik-cantik belaka..kreatif sungguh..Nanti saya akan menulis blog masakan yang sangat saya suka dan kenapa?......Insya Allah, kalau masa mengizinkan...

Tapi kali ini, saya ingin menulis tentang Blog yang buat saya jatuh cinta...berdebuk-debuk, jatuh tergolek-golek macam nangka..???atau dalam bahasa anak muda jatuh tergolek dog...(Who let's the dog out...whuff...whuff...???) hik...hik..hik..Blog ini membuat saya rasa muda remaja...ewahhhh!!!!Perasannya...ngeeeeeeeeeeeee.^__^. Membuat jantung saya gedebak-gedebuk...toing..toing..dan taraaaaa................, inilah blognya:


Saya susah untuk jatuh cinta dengan penulis baru...Maksudnya dengan tulisan mereka, samada jalan cerita, atau pun gaya bahasanya.... bukanlah tak ada langsung, ada...apatah lagi jika penulis baru itu menggunakan bahasa segar dengan gaya memikat. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Umpama sebuah " lukisan" yang cantik sekali!!! Gaya tersendiri, terasa dekat di hati, mengesankan pada sesiapa yang sudi berkongsi rasa, sungguh warna-warni persembahannya, membuat anda terpesona!!!! Tak gitu?...kan?...kan?...kan? Saya pulak lebih-lebih...ekekekeee....!!! Insya Allah saya akan tulis juga mengenai penulis-penulis novel yang saya suka...I likeeeeeeee....!

Saya termasuk ke blog Mardihah ni secara tak sengaja...biasalah..kalau SR atau blogwalking..he..he..he...dan saya terbaca sinopsis "Mr.Pai Epal" bertulis begini......( pesan utk Mardihah - akak kena taip balik, coz akak nak CNP tak dapek....ngeeeee...!) 



Begini sinopsis manuskrip " Mr. Pai Epal"
Ibu kata, satu hari nanti Yaya akan jatuh cinta! Tetapi cinta itu akan jatuh pada hati dan jiwa lelaki yang benar-benar menyayangi Yaya sepenuh hati. Cinta itu akan bawa Yaya sampai ke syurga. Benarkah ibu? Benarkah anak ibu kini dilanda cinta? Bolehkah Yaya jatuh cinta pada lelaki bermata redup itu. Pada lelaki yang sudah punyai kekasih cantik jelita? Layakkah Yaya, ibu?
Aduhhhh..asyik sekali...dalam senyum-senyum..meleleh juga air mata...sob..sob..sob..saya terkesan kerana watak ibu Yaya yang inginkan menantu lelaki yang soleh..sentiasa menjaga solatnya...sama impiannya seperti saya...apatah lagi tiga-tiga anak saya perempuan. Saya bagitau anak-anak, kebetulan yang sulong balik bercuti sempena Cuti Tahun Baru Cina...bacalah "Mr.Pai Epal..ceritanya bagus dan besttttt...sangat-sangat...meleleh air mata...   

Anak-anak remaja saya pun baca...mula-mula ok...aleh-aleh..tengok-tengok masing-masing mengesat tangan ke muka....saya kata ...Haa..nangis??? Saya pun cakap macamana "ibu Yaya" macam tulah juga ibu, nak anak-anak ibu dapat suami nanti lelaki yang soleh..yang menjaga solatnya..anak-anak gadis saya sengih je....ngeeeeeeeee!!!!!! Saya baru selesai membaca satu lagi manuskrip bertajuk " Yang Terindah"...ini covernya....

Ohhh...ini pun best gilerrr..........

Untuk anda yang suka membaca...atau perasaannya jiwang seperti saya ...      ya be da be du.!!!..asalkan tidak senget hatinya....ha...ha....ha..........

* Mardihah @ Hartini - semuga menjadi penulis yang berjaya, bahagia hidup dunia dan akhirat. Aminnnnn.....

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails