Sunday, March 4, 2012

Murtabak Segera @ Murtabak Popia


Malam tadi terasa nak makan murtabak..
malas nak keluar,
kebetulan kat dalam peti ais
ada kulit popia..
dan lebihan inti karipap...
hmm apa lagi, laju ajelah
membuat murtabak segera ni...
tapi saya sertakan jugalah
resepi penuh,senang untuk rujukan
 kemudian hari...
MURTABAK SEGERA
Resipi:
Minami133 MyR
Servings: 6 orang
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
*1 batang karot - potong dadu
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
1 sudu kecil garam
kulit popia *size besar ye
2 biji telur
Cara-caranya:
1.  mula2 buat inti utk murtabak.
 bawang besar, bawang putih, kentang
dan karot di potong dadu.
 tumiskan bawang.
2.  apabila bawang sudah layu,
masukkan rempah kari
yang telah dibancuh dgn air.
 goreng sehingga pecah minyak.
 kemudian masukkan daging cincang.
3.  apabila daging masak,
masukkan kentang dan karot
yang dipotong dadu.
masukkan garam . jika terlalu kering,
tambahkan air.
masak sehingga kentang empuk.
akhir sekali masukkan daun sup.
4.  pukul telur di dalam mangkuk.
masukkan inti tersebut ke dalam telur.
 kacau sehingga sebati.
5.  ambil kulit popia
dan bungkus inti murtabak segiempat.
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.  goreng murtabak dgn api yg perlahan
dan sedikit minyak.

Rendang Pedas Perak

RENDANG PEDAS PERAK
– Buku resepi kakak tahun 80an
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (potong 18)
2 cawan santan
3 batang serai - diketuk
1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
1/2 cawan kerisik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Kisar:-
10 - 15 biji cili padi
3 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 / 2 inci lengkuas
1 / 2 inci halia
1 / 2 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
Cara:-
Campurkan ayam dengan bahan-bahan
 kisar di dalam kuali.
Gaul rata dan masak sebentar
 ayam dengan api perlahan.
Kemudian masukkan santan,
asam gelugor dan serai ketuk.
Masak dan gaul sekali sekala.
Biarkan mendidih dan santan agak surut.
Masukkan kerisek, garam dan gula kabung.
Masak lagi sambil dikacau sesekali
hingga kuah rendang pekat
dan bersalut dengan ayam.
Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api.
Kacau rata daun kunyit dengan ayam tadi.
Angkat dan hidangkan

 dan ini buku resepi lama tu...

Saturday, March 3, 2012

Rendang Daging Campur


Ini satu lagi rendang kesukaan saya, daging campur paru...

RENDANG CAMPUR - Amy
Bahan A
600gm daging – bersihkan dan dipotong kecil
500 gm paru –rebus, potong dan gaul dengan garam
6 cawan santan (2 biji kelapa)
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam ajwa
 Gula kabung secukupnya
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
2 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (Dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
25 tangkai cili kering
10 biji cili api
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Caranya :-
1. Sediakan kuali, tuangkan santan,
bahan kisar, biar hingga mendidih.
2. Masukkan daging, daun kunyit
 serta daun limau purut
3. Didihkan lagi hingga pekat, masukkan paru
yang telah direbus, kacau rata.
4. Masukkan garam, gula kabung
 dan air asam jawa.serta kerisek
5. Masakkan hingga semua bahan lembut
6. Apabila sudah naik minyak dan pekat
boleh diangkat dan hidangkan
* Tips:-  Untuk lembutkan daging, perap potongan daging
dengan mentimun yang dihiris-hiris,  2- 3 jam.


Mee Goreng Mamak - yang masaknya Melayu..muahahaha.....


Mee kegemaran saya selain dari mee goreng kampung.

MEE GORENG MAMAK - AMY
Bahan-bahannya:-
1 Paket mee kuning
50 gm tauge
2  - 3 tangkai sawi dipotong
1 keping tauhu digoreng dan dihiris
1 biji telur
½ sudu besar rempah kari
Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering - dikisar halus
Bahan hiasan:-
2 tangkai daun bawang dihiris halus
Sedikit bawang goreng
2 biji cili merah hiris halus
Bahan Lain:-
3 sudu besar minyak masak
1  - 2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 biji tomato (dibelah 4)

 Limau nipis dihiris
Cara:-
1.      Panaskan minyak, tumis bawang besar dan
bawang putih hingga kekuningan.
2.      Masukkan cili kisar, serbuk kari,masak
sehingga naik bau wangi.
3.      Masukkan mee, kicap pekat, tauhu goreng. 
Kacau rata. Bubuh sawi gaulkan. 
4.      Pecahkan telur, kacau hingga sebati.
5.      Akhir sekali, masukkan tomato hiris, tauge,
bubuh sedikit kicap manis diatas tauge,
 gaulkan, goreng selama 5 minit dan tutup api
supaya tauge dan tomato tidak terlalu layu.
6.     Hidangkan mee goreng mamak bersama
hirisan limau nipis, taburkan daun bawang ,
hirisan cili merah dan bawang goreng.

Trylah ....sedap wehhh!!!


Ikan Masak Tauchu


Satu lagi menu masakan jika angin monsun M melanda....

IKAN MASAK TAUCU  - AMY

Bahan-Bahan :
4 – 5 ekor ikan – terpulang jenis ikan,
 dibersihkan, digaul dengan garam
dan kunyit kemudian digoreng.
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - dicincang
1 batang lada merah @  hijau – dihiris
1 / 2 inci halia – dihiris halus
3 sudu taucu - dicuci dulu dengan air
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah,
     bawang putih, halia, lada merah
@ lada hijau sehingga wangi.
2) Masukkan taucu, air, air asam dan
     biarkan mendidih baru masukkan ikan.
3) Tambah garam, gula jika perlu,
 biar secukup rasa.
4) Sedia untuk dihidangkan


Friday, March 2, 2012

Bangau Oh! Bangau...(Yang Tersirat Disebaliknya)

Bangau Oh Bangau
Kenapa engkau kurus,
macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.

Ikan Oh Ikan,
kenapa kau tak mahu timbul,
macamana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput Oh Rumput,
kenapa kau panjang sangat,
macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau Oh Kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macamana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut Oh Perut,
kenapa engkau sakit,
macamana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi Oh Nasi,
kenapa engkau mentah,
macamana aku tak mentah,
kayu api basah.

Kayu Oh Kayu,
kenapa engkau basah,
macamana aku tak basah,
hujan timpa aku.

Hujan Oh Hujan,
kenapa kau timpa kayu,
macamana aku tak timpa,
katak panggil aku.

Katak Oh Katak,
kenapa kau panggil hujan,
macamana aku tak panggil,
ULAR nak makan aku.
--------
Simbolik dari lagu ini
Bangau = Agama
Ikan = Ilmu agama yakni Ilmu Allah
Rumput = Maksiat berleluasa
Kerbau = Ulamak Dunia
Perut = Sumber kepada penyakit
Nasi Mentah = Rezeki dari apa sahaja walaupun sumbernya haram.
Kayu Api Basah = kemudahan yg ada tetapi tidak membawa faedah
Hujan = Rahmat yg di sangka tetapi bala yg diterima
 Katak = seolah-olah melaungkan pada yg tidak sudi
Ular = Kisah Ular yg menolong Iblis memasuki syurga.

Jadi marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini yg telah di wariskan kepada

kita yg di akhir zaman ini agar kita berfikir.

 Dikarang oleh Ihya-Ulumiddin http://kitabngeri.blogspot.com/

Happy Birthday To My Husband!


2 hbMac

Selamat Hari Lahir kepada Suami ku
 Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh kita berpanjangan dan membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Aminnn………………..


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails