Saturday, October 6, 2012

Lawak Sarkastik


Bila bergurau, melawak ni..kadang-kadang
lucu, mengena, menyindir..yang tak tahan
dalam baik tapi sarkastik…cuba lihat…..
Sebenar mesej untuk tuannya,
 tapi lembu yang kena....!!!!!!!
Mesej untuk SPR.......!!!!!
En.Aziz!!!!..(panggilan masa kat INTAN JPA 
sekarang dah Tan Sri,
mana pergi akal yang tinggi dan 
budi pekerti yang baik dulu????)
Jagaaaa..... kau Mak Ti!!!!!!!!
Ni lawak ke????Muehhehe........
Bertempiaran lari..buah-buahan  yang VOGUES
Ha..ha..ha Hang In...Hang Out...
Out terus....keh..keh..keh...
Orang berbudi...kita berbahasa..
Tapi ini  kes tak reti bahasa...!!!!!!!
Ini kes pulak...lurus atau Sengal????
Muahahaha...(gelak jahat!!!!)
Alamakkkk!!!! Terkena lagiiiiii !!!!!!!
Tukang gantung benda ni...memang NGONG!!!!!
Kah!!Kah!!Kah!!

Thursday, October 4, 2012

Doa-doa Untuk Menghadapi Peperiksaan.....

Anak-anak saya akan menghadapi peperiksaan..Iqa
akan periksa minggu depan Hari Selasa 9 Oktober..
Diba periksa bermula 5 November dan si Ira minggu
depan. Kalau bagus keputusan mudah untuk sambung 
peringkat Diploma, seorang lagi untuk masuk Kolej..
dan seorang lagi untuk mendapat kelas yang lebih 
bagus..Kalau ada pembaca yang kebetulan singgah
di sini, ambil doa-doa ni...kita kongsi sama-sama untuk 
kebaikan bersama..... 


1-      Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ.
 اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu 
kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan 
malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku 
basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi 
dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau 
maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau 
kehendaki.”

2- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،

 إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip 
apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. 
Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku 
memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha 
berkuasa di atas segala sesuatu.”

3- Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan 
pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa 
peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! 
Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar 
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya 
dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan 
berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah 
keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah 
bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. 
Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya 
mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup 
lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan 
rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan 
melainkan pada perkara yang engkau jadikan 
kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan 
kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan 
senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang 
menghimpunkan manusia pada hari yang tiada 
keraguan padanya. Himpunkan barangan dan 
maklumat yang hilang daripadaku.
Sumber: di sini dan sumber asalnyadari sini


Wednesday, October 3, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa....



Slogan “ Bahasa Jiwa Bangsa “ dan “Gunakanlah
Bahasa Kebangsaan Kita” dulu-dulu memang popular…
apatah lagi dipromosi oleh Dewan Bahasa Pustaka….
sekarang ni…boleh pakai lagi ke slogan ni?
Peranan Dewan Bahasa pun macam pupus aje….
Tinggal dewan, tinggal bahasa jadi pusaka bukan
Pustaka…hik….hik..hik..maaflah pada yang kerja kat
Dewan Bahasa….
Bila kita tidak ambil endah tentang bahasa Ibunda
seperti negara Jepun, Korea, China malahan Indonesia
inilah yang terjadi....
Biskut @ kuih raya...sehelai?
Nasi Gila???
Diskon? bukan Diskaun@potongan harga ke?
Ayo.. Amma Appa!!!... Sluar Sedap???
Ejaan seluar salah.. Boleh rasa ke???
Phone Tangang??? Nasib tak Tanggang!!!
Dah ada  Jalan ...ada pulak Street!!!!
Sah-sah guna bahasa sms......
Yang ni bolehlah faham..
mungkin tak ada senapang!!!
Tapi yang ini...PERLI ke? wakakaka......

Ini Spesis Mangkuk Hayun Ke Apa?

Kalau anda semua mengikuti isu semasa, tak kiralah
Kat tv, internet ke…anda mesti pernah tengok, atau
tertengok gambar “mamat pokcik” ni……
Saya mula-mula melihat wajahnya…masa ada satu kes
di panggil “Tarian Punggong” depan rumah  Ambiga..
Kalau kau orang tak tau siapa Ambiga ni…pegi je tanya
Kat pakcik Google tu…..

Bila sebut Melayu…selalu dikaitkan dengan adat, budi
bahasa..tapi..Melayu yang ini…hmmm…hampehhhhhh….
ada ke dah tua-tua pegi berjoget, tayang punggong lak
tu depan rumah orang…Giler ke hapa????... Itu baru
sebut Melayu...belum sebut Islamnya lagi...kalau Islam
tak tunjuk perangai cam gini....Ini persepsi saya mula- 
mula tengok dan baca kisah ni…
Surat khabar ni x prnah beli dah...
Bila kali kedua..keluar berita yang “mamat pokcik” ni
sanggup bayar RM 250,000. Sebab nak beli gelaran
“Datuk”…Aduhhh!!!Kantoi!!!! Persepsi saya….  ohh..!!
ini orang memang mau glamer dan fofularlah……
walaupun dah pencen…hik..hik..hik ..tak semenggah
betui!!!!….

Kali ketiga keluar berita, jadi ketua Demontrasi lak
pulak…kali ni tuntut gaji bagi pihak JNSB UNISEL
Kat Kerajaan Selangor…semangat mak oii yaii!!!!!!
Berkobar-kobar…berkibar-kibar………boleh pegi
Jihad ke Palestin kalau macam ni gayanya……
 Aleh-aleh keluar lagi gambar “ Mamat Pokcik”ni…
udah jadi pelakun filem lak pulak!!!...Kwang..kwang…
kwang……(masa tu dah tepuk dahi dah….Yenna betul)
Jadi hero utama untuk filem “Langat 2: Selangor
Gersang Air”…dengan muka slumberlandnya bukan
Leegoland ya…..pegi agih-agihkan air kat satu
Pangsapuri tu…siap jerit-jerit bersama pelakun-pelakun 
Extra yang di bayar 50 hengget setiap seorang…….
50 hengget je tau!!!!!... 50 hengget bisa jadi jutawan
nggak???  Uish..uish…terdesak sungguh kut!!
 Tup-tup…keluar lagi mukanya…kali ini di Puchong
pulak dah…tuntut air percuma….terjerit-jerit lagi……
Tak reti bahasa sungguh rupernya…nak tuntut pegilah
Ke SYABAS…isi borang..tukar meter pukal ke meter
Individu..itupun kalau SYABAS layan….kalau tak…
cakaplah kat pihak SYABAS…" SYABAS kerana
tugasan anda telah berjaya" Ada berani???? Berani
pong-pang..pong-pang ..sebab dapat masuk tv????
Sapa yang malu?....Mereka dan keluarga mereka juga!
Orang yang mengupah tak malu..Pasal apa tak malu??...
pasal muka deme,tak keluor tv...Faham??? Kalu idak 
faham...payoh bebenor le ni...

Hidup kita ni…apatah lagi kalau dihujung usia
(dah pencen gamaknya…)udah-udahlah buat
perangai…malu wehhhh…ditengok anak, isteri
cucu (kalau bercucu)…bawa-bawa la ke masjid
Solat jemaah, dengar tazkirah…bersedekah
walaupun sehengget sehari…pahala tu….!!!!!
Jangan lah sanggup jadi……….TUTTTTT!!!!!!
CCTV kita kat dunia besar sangat….MAHA
MELIHAT LAGI MAHA MENGETAHUI…!!!
(Entri ni di tulis..pasal dah naik meluat….
Untuk “Mamat Pokcik”…Kalau tak ada kojer..
carilah kojer…tapi yang berfaedah lah…untuk
dunia dan akhirat, jangan ingat duniaaaaa je…!!!)

Tuesday, October 2, 2012

Apa laa bengong nya!!!!!!...



Hari ni..nak rasa geram ada, sakit hati pun ada…
Tapi..sabar-sabar….Sabar kan separuh dari iman.
Semuanya pasal duit syiling baru…
Apasal la bengong sangat …buat syiling baru tapi,
menyusahkan orang …..orang lain saya tak pasti
tapi saya dan anak-anak memang tak suka.

Pasal tak suka???..jawab-jawab!!!…sebab syiling tu tak
boleh guna kalau nak masuk kat mesin bayaran letak
kereta, nak guna kat telefon awam langsung tak boleh.
duk celuih je…kat tempat syiling tu…dah laa saiznya
tak sama macam yang lama..ringan pulak tu….
Macam duit token untuk main game kat tempat
Shopping….Yennna dei!!!!!

Terkial-kial la mencari duit syiling lama, kalau nak
bayar duit parking kat mesin tu…Anak-anak pula
tak suka sebab dia orang guna duit syiling ni untuk
telefon kalau dah keluar sekolah…
Dulu memang saya tunggu kat tepi pagar sekolah tu,
Tapi bila waktu baliknya tak tetap…ada kul 1.10,
Ada kul 2.30… jadi dia orang akan telefon dulu,
bagitau dah balik…. Jadi guna duit syiling lah
kalau guna telefon awam…..tapi duit syiling baru
tak boleh guna….pakat-pakat tak mau kalau bagi
syiling baru….Budak-budak kan tak leh bawa 
hphone.....tahun depan tengok peraturan baru 
macam mana........

Orang yang “ada kuasa” ni..kuasa je ada…tapi,
akal macam kurang …...sekolah tinggi-tinggi,
Ijazahnya beli kot???....Pasal pandainya tak boleh
di ikut, bodohnya pulak tak boleh di ajar..
Waktu nak tukar/buat duit syiling dulu tak fikir 
ke benda-benda yang membabitkan duit syiling ni…
Atau sebenarnya memang nak bagi projek baru
kat sedara mara…???Yalah kalau dah mesin duit
letak kereta tak boleh guna duit syiling baru,
ada chance untuk projek baru…..tukar mesin…tukar
telefon awam…masyukkk, kalau dapat tender tu!!
(bertahun pengalaman keje … kena pulak sebulan
sekali, kadang dua kali, nama naik kena buka tender)

Dah lah ringan macam duit plastik…cuba tengok
gambar atau lambang yang di gunakan…ini kes sengaja
atau kes tak sengaja????....Kalau kes tak sengaja….
macam tak percaya….tak percaya?????
Tengoklah sendiri!!!!......

Wanita dan Pokok Semalu


Al hadith meriwayatkan pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina 
Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang 
pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya 
berdarah lalu mengadu kesakitan..
Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya 
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang 
sedikit marah..
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu 
amat berkait rapat dengan wanita.. Fatimah terkejut..
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu
ini dari 4 aspek..

Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh..
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya)..

Kedua ~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim..

Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna
wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan
yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul ‘Alamin)..

Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, 
kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..

Ambillah pengajaran dari pohon semalu, walaupun ianya
hanya sepohon tumbuhan yang kecil.




Monday, October 1, 2012

Hikmah Makan Menggunakan Tangan



Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah,
Nabi Muhamad SAW bersabda:
“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu 
makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak 
minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana 
syaitan makan dengan tangan kiri dan minum 
dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)

1. kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan 
lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil 
sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu 
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana 
kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam 
enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih sedikit 
dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan 
kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang 
diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan 
satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka 
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah 
yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam 
juga adalah penawar yang paling mujarab bagi 
keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the 
first line of treatment for poisoning adalah dengan 
memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-
makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah 
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk 
membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut 
kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan 
penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila 
Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah 
dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. 
- Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh 
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
- Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan 
bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, 
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses 
minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan 
nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita 
akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama
dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

- Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. 
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas 
sehingga habis.
Sumber: di sini

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails