Friday, August 23, 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis (ii) Sedap Sangat!!!...Tanpa Bawang Putih.


Masa saya keje JKR Bhg. Pendidikan dulu, saya satu 
pejabat dengan sorang akak ni orang Rawa Perak. Dia
cerita kalau nak sambal tumis sedap jangan bubuh
bawang putih. Kemudian ayat yang sama juga keluar
bila tengok Shiela Rusly memasak, dia pesan jangan 
sesekali bubuh bawang putih jika buat sambal tumis. 
Kalau orang N.S pulak masakan cili api nya tanpa segala
bawang.
Tapi memang betul masakan sambal tumis lebih ummph..
tanpa bawang putih. Mabeles uuuuuuuuu.
  
Sambal Tumis Ikan Bilis (ii)
Bahan-bahan :
5 biji bawang merah *
1 labu bawang besar *
½ inci belacan bakar *
1 cawan ikan bilis (dibasuh dan tanpa digoreng)
270 gm cili kering kisar/giling
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan bertanda * dikisar bersama.

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.
2.  Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3.  Masukkan cili kisar/giling tumis hingga pecah minyak.
    Guna api perlahan.
4.  Selepas terbit minyak, masukkan ikan bilis, kacau lagi.
5.  Masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar.
6.  Masukkan garam dan gula secukupnya.
7.  Apabila bawang sudah layu, dipadamkan api.
8.  Boleh dihidang bersama nasi lemak, roti putih,
     Lempeng, ubi rebus atau sukun goreng.
* Tapi saya masak sambal memang lama, sampai cili tu
   betul-betul garing dan berminyak. Bawang merah
   atau bawang besar pulak lebih...hmmmm sedapnya.
   bahan diatas anggaran waktu saya memasak, jika ada
   yang nak guna bawang merah lebih atau kurang
   atau tukar gula ke gula melaka terpulang pada 
   citarasa masing-masing. 
   



No to MAXIS Caj Yang Tersembunyi.....


Masa bulan ramadhan dulu si Iqa balik cuti,
dia bawa balik Maxis wifi broadband sekali.
Ibu orang tak nak berukband ni…lembap gilerr.
Kalah siput babi …
Saya pun telefon si kakak Diba kat Poli,
Kak Wifi sana ok ke?..
Lembap..dah satu blok guna…
Nak tak WIFI MAXIS adik Iqa?…mana tau tempat 
akak ok…tempat dia kat Kuala Kangsar…coverage 
tak bagus… dia kata slow gilerr…
si kak Diba jawab, tak nak la ibu…kawan kakak ada 
guna…memang lembap gilerr….

So bila dah banyak “GILERR”  Bila nak bayar bil 
bulan Julai (walaupun tak digunakan..bil bulanan 
tetap kena bayar) En.Hubby pun bayar dan terus 
terminate…si petugas MAXIS kata ada bayaran lagi 
nanti. Saya dengan En.Hubby tak kisahlah mungkin 
bayaran bulanan untuk Ogos…sekali bil sampai mak oii…
rupanya bayar sebab terminatekan perkhidmatan…

Kenapa masa beli Maxis wifi broadband tu tak ada
sorang pun orang Maxis tu ingatkan akan dikenakan
bayaran jika kita pulang broadband atau bahasa
mudahnya”Terminate”. Jika tak cukup bulan ke tahun
ke…Masa terminate tu, dia ada bagi kertas tulisan
halus sangat, jangan kan orang rabun…orang celik pun
kena guna kanta nak tengok huruf kat kertas tu…
rupanya syarat-syarat jika modem hilang  atau tak
cukup syarat berdasarkan kontrak dia…
Badigol…samdol otak berjambol punya MAXIS!!!.

Lepas ni MAXIS oii..wassalam lah sama lu punya
perkhidmatan..Keje nak menipu aje….lain kali jujur
sama lu punya pelanggan. Kasi tau..kalau nak guna
perkhidmatan kami ada syarat yang pelanggan kena
ikut…guna sebelum cukup tempoh, atau modem hilang
pelanggan kena bayar Letak poster besar-besar syarat tu..
guna font 40 ke….baru pelanggan tahu dan tak rasa
kena tipu….Ini main sembunyi-sembunyi pulak…
Main aci-aci ke??? Deyyy…sini mana ada aci-aci…
mangkuk ayun bertingkat-tingkat sungguhlah MAXIS ni!!.

Laa ingat saya je yang bengang melantun-lantun kat
MAXIS ni, rupanya ada blogger lain juga marah ..
haa ini link diaorang... 

Classic Shortbread - Hasil Tangan Iqa Najiha


Biskut ni senang aje ibu nak buat, empat bahan aje,
kata si Iqa. Dalam bahasa sekarang "senang kacang".
Saya suka biskut ni simple tapi sedap....
CLASSIC SHORTBREAD - Iqa Najiha
Bahan-bahan:-

240 g mentega
330 g tepung superfine
140 g gula kastor
30g tepung beras

Cara membuatnya:
1.  Panaskan oven 170°C
2.  Ayak kedua-dua tepung
3.  Potong mentega kepada ketulan kecil.
4.  Masukkan mentega ke dalam tepung.
5.  Gaul dan ramas tepung dan mentega
  menggunakan hujung jari.
6.  Masukkan gula, gaul rata.
7.  Masukkan kedalam acuan atau terapkan doh.
8.  Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit. 
  Suhu 190 C pula selama 10-15 minit.
9.  Keluarkan dari oven dan taburkan dengan
  sedikit gula kastor.


Wednesday, August 21, 2013

Mexican Wedding Cookies - Biskut yang enak dan rangup...



Mexican Wedding Cookie  - Amy
Resepi asal dari- kingarthurflour.com

Nampak sama tapi bukan dia..macam biskut Arab,
Bola salji, Suji atau yang sewaktu dengannya. Ini 
biskut import mari...tengoklah namanya...memang 
sedap, rangup tambahan pula ada serbuk badam...
memang cair dimulut...!!!

Bahan-bahannya:
1 cawan (16 tablespoons) unsalted butter*
(atau guna mentega atau majerin)
1/2 cawan gula icing – (haluskan gula pasir
guna blender kering)
1 1/2 sudu teh esen vanilla @ extract vanilla
1 sudu teh almond extract, optional (saya tak bubuh)
1 sudu teh garam*
3/4 cawan serbuk almond
2 1/4 cawan tepung serbaguna 
*Jika gunakan salted butter, kurangkan 
garam menjadi 1/2 sudu teh.

Salutan untuk biskut (Coating)
1 1/2 cawan gula icing

Cara membuat:
1. Gunakan mixer, masukkan mentega/majerin,
   gula, garam, esen vanila.
2. Putar hingga mentega dan gula menjadi adunan
   yang lembut.
3. Tambahkan serbuk badam, terus putar hingga
   adunan bergaul rata.
4. Masukkan tepun gandum, kacau rata.
5. Ambil doh, guna sudu penyukat (ukuran 1 sudu teh)
   dan bulatkan dengan telapak tangan. 
6. Susun doh yang telah dibulatkan di atas loyang. 
   (Loyang dilapik dengan kertas minyak). Susun dalam 
   jarak 1 inci. 
7. Bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
   Suhu 175'C. 
8.Keluarkan dari oven dan masukkan biskut ke dalam
   mangkuk berisi gula icing. Golek biskut agar tertutup
   dengan gula icing seakan Biskut Arab.
9.Kemudian susun biskut di rak dawai hingga sejuk.
  Alas rak dawai agar gula tidak bertaburan di 
  bawahnya. Bila biskut sejuk, golekkan sekali lagi 
  dalam gula, seakan snowy white barulah disimpan 
  dalam bekas kedap udara. 
  * Saya bubuh dalam paper cup.



Peluru Hidup Vs Lastik...Mesir Oh Mesir!!!!

Kedua-dua wanita ini telah menemui Allah SWT.
1) Asmaa Mohamed El Beltaji (Mesir)
2) Ummu Nidhal (Palestin)

Asmaa  Mohamed  El Beltaji berusia 17 tahun dan 
adalah antara yang dibunuh pada tragedi berdarah   
di  Medan Rab'ah.  Beliau juga  adalah anak kepada 
tokoh Ikhwan Muslimin iaitu Mohammed El Beltaji.

Ummu Nidhal pula atau dikenali juga sebagai Khansa' 
Palestin  adalah  seorang  'ibu hebat'  yang  telah 
menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang 
tentera  Zionis.  Tiga  daripada  empat  anaknya 
telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala 
seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam 
tahanan Israel. 

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh 
Ummu Nidhal adalah:
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, 
tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, 
adalah  suatu  kegembiraan  yang  tidak  dapat 
digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah 
Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-
orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan 
Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka 
adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka 
dengan mendapat rezeki"
Lastik
vs
peluru hidup
Mana pegi orang-orang yang sibuk mewar-warkan 
diri nya “Pejuang Islam” kat Malaysia ni? JATI ke, 
PERKASA lah, dan entah apa-apa lagilah dari Ulama 
UMNO sampailah ke menteri - menterinya........ 
Senyap je!!! Semua sudah bisu ??? Negara  seperti  
Peranchis  pun  dah tarik DUTA mereka....negara 
Malaysia????

PTPTN – CCRIS…dan Ayat cliché !!!! ….


“Bersyukurlah” Apa lagi yang kerajaan tak bagi?
Cliché sungguh!!!! Siap iklan lagi "PTPTN kan ado!!!"
Bukankah besyukur itu kepada tuan empunya langit
dan bumi, yang meminjamkan nyawa dan nafas, 
yang memberi langit dan bumi untuk berlindung 
dan bernaung…Tapi nak buek cam no…kalau pemikiran
“nan hado”…. tak dapek nak nolong!!!!.

Yang terkini peminjam PTPTN akan disenaraikan 
di dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat 
(CCRIS)...kalau ada yang tertunggak atau tak berbayar
jangan haraplah dapat keluar dari Malaysia…

Tapi kalau ambil duit beli LEMBU,KONDO,RESTORAN
MEWAH, bagi menantu SAHAM walaupun bukan Ahli 
Lembaga Pengarah, AP kereta bagi kat sedara mara,
MAS rugi, PERWAJA STEEL rugi, ambil duit Baitulmal, 
duit Tabung Haji, ambil duit ZAKAT buat bayar duit 
Peguam dan segala macam lagi, lepas macam tu aje….
siap main golf kat luar negara lagi….

Kalau korup(Rasuah) macamana pendidikan nak diberi 
percuma.. cuba tanya siapa yang dapat projek ........
dari projek buku teks hingga ke projek besar-besar 
termasuklah pemberian laptop ke sekolah - sekolah, 
projek sekolah terbengkalai, makmal Komputer 
terbengkalai. JKR panggil PROJEK SAKIT.
Projek yang terbengkalai ni, cuba tengok nama 
kontraktor atau syarikat mana yang dapat tender tu…
yang heran bin ajaib bin musykil..nama syarikat tu tak 
pernah di “BLACK LIST” pun, dapat tender berbillion 
ringgit lagi adalah!!!


Jumlah Pinjaman:- RM52,000....
Kos Pentadbiran:-  RM19,882.84. 
Jumlah perlu dibayar balik RM71.882.84.
Kos Pentadbiran = riba@bunga@interest...

Saya keje Bahagian Biasiswa dan pinjaman JPA dulu,
Tak pernah pulak JPA minta student bayar Kos
Pentadbiran….tapi tak taulah kalau sekarang ada…???
Student siap tulis surat minta bayar RM 10.00 sebulan
sebab tak keje lagi…(maknanya tak ada keje tetap lagi).

Zaman tu EPU boleh keluar waran bagi Biasiswa 
untuk pelajar luar negara datang belajar kat Malaysia
..dari tiket kapal terbang, sampai ke duit makan pakai, 
duit buku, duit lojing, tanggung bil hospital, sampai kan 
pergi seminar ke luar negara pun ditanggung...
sungguh hebatkan Malaysia!!!! Seperti kata pepatah
"Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
"Malaysia Boleh" sungguhlah sangatkan!!!!!.....

Morrocco yg kurang hasil bumi pun boleh sediakan
pendidikan percuma.. Malaysia yang penuh dengan
hasil bumi dari minyak ke sumber hutan pulak tak
boleh ???.. Yenna dey!!!!!....




Tuesday, August 20, 2013

Simbol 4 Jari

Simbol itu diciptakan oleh Erdogan Perdana Menteri
Turki yang paling lantang mengecam pembunuhan
pemerintah Mesir terhadap rakyatnya. Erdogan
mengecam keras pembunuhan beramai-ramai pada
Jumaat dan Sabtu lalu di Ramses Square dan
pengepungan Masjid Fatih oleh junta Tentera Mesir.

Bermuula Sabtu lalu, simbol 4 jari ramai digunakan
oleh pengguna media sosial (twitter, fb) yang menjadi
simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan
untuk penyokong Mursi.

Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut
menyebutnya sebagai simbol mengenangkan medan
jihad Rabiatul Adawiyah(Rabi'ah)yang telah dihancurkan
oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari memberi
maksud Rabi'ah. Rabi'ah / arba'ah bermakna empat.
Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol
mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa
maksud keteguhan, kekuatan dan solidarti.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails