Wednesday, September 11, 2013

Bila Pemimpin Tidak Tahu Kesusahan Rakyat.....!!!!

Ada ke Menteri kata harga minyak naik sebab nak
tolong orang miskin.. WTF sungguh… boleh gelak
tergolek-golek (LOL)  Tolong apa ke jadahnya….
Bila harga beras naik , harga gula naik, tepung,
minyak masak. Belum lagi sayur, ikan sampaikan
air mineral pun naik.

Sapa yang suka gi kedai mamak mesti tau
teh tarik dah naik 2o sen, roti canai naik 20 sen,
semuanya selaras! (saya memang tak minat minum
di kedai Mamak ..tak boleh bla…..kalau terpaksa tak
tau lah….Setakat ni memang saya tak berminat 
langsung)

Harga rumah pun khabarnya akan naik 10%.
Menteri bangang kata seperti yang dijangka
“Jangan Beli rumah!!!!”……Adehhhh!!!kalau dapat
yang biul beginilah jadinya…Taulah Pak Menteri
kaya-raya…habis yang tak kaya sampai bila nak
berumah…sampai bila – bila pun tak mampulah
nak beli rumah, Malaysia ini memang ramai betul
spesis menteri yang bangang al bengong camgini..
apa nak jadik????… Sekarang bahasa nak menulis pun
tak ada yang indah-indah, tak ada yang manis-manis....semuanya kerana sakit hati…Aigu…aigu!!!
 Ini boleh dipanggil rumah ke?

Tiba-tiba KWSP menyibuk pulak...suruh pekerja 
menyimpan lebih…PAKSA DALAM RELA,
Taulah KWSP tu KAWAN SUBAHAT…duit amanah
orang ramai macam harta emak bapak diorang,
Sibuk supaya orang ada simpanan hari tua…sempat
tua ke semua penyimpan tu???? Duit orang suka suki
aje nak mengaturkannya…Alaaaaa sebenarnya duit
KWSP pun dah nak licin kan sebab tu suruh pekerja
tambah simpanan…sebab tu tambah umur bersara
jadi 60 tahunkan?….kan?…kan?, nak cover duit yang
KWSP yang dah tinggal tak seberapa, sebab BRIMkan???
Macamlah BRIM tu boleh menampung hidup sipenerima
berpuluh tahun… Nak tunjuk baik konon...tapi rembat 
duit orang awam….Yenna dei sungguh!!!!

Diberi amanah tapi tak amanah keje nak merembat
hak orang aje…. Yang dirembat tu hak orang yang
tak punya…hak orang kecik-kecik…kalau dah malaun
tetap malaun…Ini Malaun bukannya Pak Malau….
Kalau Pak Malau dagang bertempat…hehehe…udah
crita Pak Malau pulak….

Sapa yang berangan umur 50 tahun boleh keluar duit
KWSP…mimpi ajelah sekarang…Mimpi naik ke bintang..
Kalau mimpi naik ke bulan..kena tunggu 4 tahun lagi…!!!
Dari Menteri sampai ke pihak Pengurusan,Perkhidmatan
Awam dan yang sewaktu dengannya..Tidak pernahkah
anda terfikir walau hanya sekalipun untuk jadi pemimpin
seperti Khalifah Umar Abdul Aziz??? Kalau tidak pernah
anda adalah seorang yang paling malang kerana tak 
punya impian seperti itu walaupun seumur hidup 
hanyalah sekali.


Monday, September 9, 2013

Roti Lapis Daging

Hari -hari malas untuk memasak, roti pula baru beli
tapi tak berusik...anak yang suka makan roti nun di
Kuala Kangsar..ohh kita bikin Lasagne versi Malaysialah.
Bila dah masak..si Ira..sedapppnya Ibu...

ROTI LAPIS DAGING - Amy 
- Resepi UMI –E

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara
1.   Blend bawang+bawang putih.  
2.   Panaskan minyak dan tumis bawang serta
     masukkan serbuk kari dan juga daging cincang,
     kentang dan garam
3.   Satukan Susu, telor dan secubit garam.
4.   Pukul susu, telor dan garam hingga sebati
5.   Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
6.   Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
7.   Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit
     margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti
     yang telah di ramas
8.   Kemudian letakkan separuh daripada daging,
     kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
9.   Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian
     roti dan selebih bahan daging+kentang dan
     dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
10. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
11. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins
     atau sampai lidi tak lekat
12. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong
     ikut suka.
     *Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan 
      bersama sos


Thursday, September 5, 2013

Minyak Naik, Orang Naik Minyak Jangan Jadi Orang Minyak !!!!!....


Ingatkan aku aje yang sakit hati bila harga minyak 
naik, yalah kalau pihak pembangkang memanglah 
diaorang marah sangat, sebab diaorang berkempen 
nak turunkan harga...Tapi aku bukan ahli mana-mana 
parti pun marah dan sakit hati sebab aku rakyat biasa. 
Semua nak kena beli dan bayar bukannya dapat free.!!!

Masa budak-budak Poli sain kontrak dengan PTPTN, 
si kak Diba tidak. Kawan-kawan dorm tanya kenapa 
tak ambil? Diba jawab “Ibu tak bagi” memang tak bagi, 
belum keje, belum ada pendapatan dah hidup dalam 
hutang…bukankah hutang itu satu bebanan hidup???
Tapi kawan-kawan dia ambil walaupun ada Pensyarah
nasihatkan jangan ambil..ialah diaorang kata kalau tak
ambil PTPTN mana nak ada duit untuk belanja harian..
betullah juga tu...bukannya orang kaya pun...Aku pun tak
kaya...tapi untuk duit belanja kak Diba memang diambil
kira sama macam adik-adiknya.

Sekarang minyak dah naik, pengusaha teksi, bas, caj pengangkutan, semua dah berbunyi nak naikkan harga,
GST dah menunggu,tinggal masa je.. dah berminggu tak
pegi pasar…mesti orang pasar riuh pasal harga barang 
pulak…
Tup-tup dalam keriuhan harga minyak naik rupanya
penyokong UMNO pun berbunyi juga….ingatkan tak ada
hati dan perasaan,bacalah luahan hati penyokong tegar..

Yang ini pulak dari blog Penyokong Tegar...
Kita bising minyak naik bukan kerana 
kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana 
kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. 
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis 
pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan.



1 Malaysia...Kaut Untung Dilaksana..
Rakyat yang dulu kena.....
Minyak Naik...orang ramai naik minyak
tapi jangan jadi orang minyak.......nanti bertambah
masalah...dahlah bertimbun-timbun masalah.....
Kes culik, kes samseng, kes tembak.....Oh!!Malaysia......

Wednesday, September 4, 2013

Mereka Adalah Pegar !!!!


Anda tahu apa itu Pegar??? Peribahasa yang selalu 
di ajar berbunyi ...
" Harapkan pagar, pagar makan padi " 
berpuluh tahun...itulah yang disebut...
Pagar mana boleh makan padi...bukan ada mulut pun..
hehehe............
Peribahasa tu betul cuma tang pagar aje yang
tak betul, sebabnya perkataan tu sepatutnya PEGAR.
Pegar seekor burung yang seakan-akan ayam, haiwan
yang duduk dihutan...dalam kategori liar bukan
binatang peliharaan.

Maksudnya:-

1.   Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi
     akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.
2.   Orang yang tidak menjaga amanah yang diberikan
     kepadanya.


Jadi sajak ini adalah tribute kerana harga minyak naik!!!

Mereka adalah pegar

Di teratak usang ini,
Ku tenung wajah anak dan isteri,
Berjujur jernihan air membasahi pipi,
Mengenangkan nasib esok yang belum pasti
Oh...!!Apakan daya kami hanya manusia desa,
Tiada motor mahupun kereta,
Namun kenaikan minyak tempiasnya tetap ku rasa,

Benar….
Aku bukan manusia yang mengisi petrol,
Namun ada perut yang perlu ku isi,
Ada pendidikan yang perlu ku beli,
Barang naik di sana sini,
Akibat “bijaknya” Pak Menteri

Ah...Ianya sudah berlalu,
Pegar yang diharap ternyata membaham padi,
Akhirnya padi yang menjadi mangsa,
Pegar pula rakus membaham harta,
Demi anak bangsaku di hari kelak,
Azam dihatiku kian tersemat,
Ingin ku lihat  sang pegar ini terduduk duka,
Insyaallah...PRU 14 menjadi saksi.      



Pemimpin hidup mewah, senang lenang, rakyat marhaen
masih ada duduk rumah yang sebegini.....
Adakah anda tidak terasa hati???????

Kisah Sedih - Kerana 20sen.., Menteri Tahu Apa..???

Ini kisah yang saya dapat dari wassap.group..

Masuk ofis, termenung sekejap, muhasabah diri sebentar. 
Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi. Bersyukur 
atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita terasa susah, 
ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah 
merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak 
akan kemana.... Allahhurabbi....

Tiap pagi.., sebelum sampai ofis, akan saya berhenti beli 
nasi lemak disimpang tak jauh dari rumah sewa.
Pelanggan tetap pakcik tu kononnya... dan saya pasti 
akan muncul di sekitar jam 6:30pagi. Dan setiap kali 
berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecil 
bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi 
lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian 
sekolah.

Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan saya 
bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya,
apalah sangat harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama 
adik comel ni...., dan dalam kesayuan suaranya, dia tak 
putus2 ucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang 
yang Allah berikan untuk saya bersedekah.

Pernah saya bertanya padanya, bersekolah dimana, 
awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal 
dan sebagainya. Katanya, dia bersekolah agak jauh, 
25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal, 
(terkenang anak-anak sedara dirumah yang sebaya 
dengan Ashraf, semuanya serba tersedia, walaupun 
tidaklah semewah mana, tapi lebih beruntung dari adik 
ini, kesian adik ini..)

Setelah hampir 3 minggu berulang-alik dari rumah 
Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya 
kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tak membeli 
nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf. 
Hinggalah pagi ni.., saya memulakan kembali rutin 
membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa 
Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik 
macam selalu..saya belikan sebungkus dan saya 
berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.

Saya: Ashraf...!!! akak tunggu Ashraf tadi, kenapa 
tak beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik ke...?
(cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: ehhhh..., kak Jiha.. lama tak nampak? 
Terima kasih banyak-banyak kak....,  Ashraf ingat 
kak Jiha dah pindah... bukan dah boring. Tapi.. 
(muka sayu)
Saya: ehhhh.. kenapa macam sedih tiba-tiba ni.... 
jom akak hantar pergi sekolah nak..??? (setelah 2-3 
kali saya bertanya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli. Sebelum ni 
mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan 
petang, boleh la Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak 
terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam 
tadi mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, 
mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat 
kerja. Ashraf ada RM0.80 jer... kak Jiha. Takpa la..., 
Ashraf beli karipap jer... disekolah nanti. Ashraf tak boleh 
tumpang kak Jiha..mak pesan jangan tumpang orang. 
Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan 
jujur anak kecil ni bercerita.... ku tahan air mata dari 
meleleh mendengar ceritanya)

Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia 
beralah..Yes..., memang jauh sekolahnya... PJS7 ke 
Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana 
ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya 
dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar.

Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi
hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan
sebungkus nasi lemak. Ya Allah.. dan isu minyak, bukan
kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga
yang HANYA 20sen, tapi juga anak2 kecil yang tak
tahu apa2.

Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang 
(orang senang/kaya merasakan 20 sen tu hanyalah 
dicelah gigi sahaja). Tapi bagi org2 yang tak 
berkemampuan, kerana 20sen mereka tak mampu 
lagi untuk membeli barang2 asas dan makanan seperti 
biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping
karipap satu hari nanti.
Wallahuaklam

Sumber: http://ikutsukaakuisa.blogspot.com

Memang menteri tak tahu apa...gaji dan elaun riban-
riban...penyengaraan rumah semua kerajaan tanggung,
mewah gilerrr... Rakyat marhaen?????? Bila pemimpin
tidak tahu susahnya hidup rakyatnya adakah dia layak
jadi pemimpin?????

Bila Cap Ayam Mengata Orang Bodoh !!!!.......


Semua orang di Tanah Malaya ini sedar bahawa satu
haram tak guna bercakap soal dosa pahala dengan
pemimpin UMNO/BN.

Mungkin yg dimaksudkan Rafizi itu, menteri kena
isi petrol sendiri ialah untuk urusan peribadi. Nak
pergi pasar, pergi nite club, gunalah kereta sendiri
dan isi minyak dgn duit gaji yg berploh-ploh ribu itu.

Hatta, Khalifah Umar sekali pun menggunakan lilin
kerajaan semasa urusan rasmi tetapi, lilin itu 
dipadamkan bila anaknya masuk melawat dalam opis.

Toksah cerita bab azab api neraka. Nanti dikata, 
'api memang la panas bodoh!'
Jangan sebut perihal azab kubur. 
Nanti dia kata 'hang dgn kubur hang, aku duduk 
dalam kubur aku, bodoh!'.
Jangan bukak tajuk sakitnya sakaratul maut. 
Kompom dia akan kata, 'mati lambat lagi. 
Mahafiraun pun hidup lagi la bodoh!"

Puak-puak ini sedang berjimat cermat dan sibuk
mengumpul duit banyak2 nak dibawak masuk kubur. 
Malaikat terima matawang Ringgit Malaysia la bodoh! 


Duit banyak bertimbun - timbun, bila suruh isytihar 
harta banyak pula songeh dan dolak dalihnya...600 lesen 
teksi sapa punya???? Orang kampung, orang yang tak
ambil tahu isu semasa boleh lah tipu...dengan Allah ????
Orang kasi ingat tak mau...jadik sendiri mau ingatlah!!!!! 
Dunia hari ini adalah DUNIA ZAMAN EDAN!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 3, 2013

Padanlah Muka Semua!!!! Kan Dah Kena!!!!!

Bila harga minyak naik…dengan sendiri barangan lain 
pun akan naik. Masa bulan Ramadhan dulu keluar 
kenyataan sebegini:
 “Jika ayam mahal, jangan makan ayam”, carilah
makanan yang lebih murah lagi, tetapi menteri tu
tak tahu, ayam itulah yang paling murah jika
dibandingkan dengan ikan dan daging.
Vangang melantun-melantun!!!!

Ini bila harga minyak naik lagi, nanti tiba-tiba
keluar pula kenyataan macam ni….
“ Jangan naik kereta, motor, bas, atau apa saja
yang gunakan minyak, sebab minyak mahal”, carilah
pilihan lain…ramai-ramai pakat jalan kaki, atau
naik basikal pegi keje, sekolah, ke pasar atau nak 
kemana saja”…amacam mesti semua “terkejut beruk” 
tapi saya rasa bukan  orang aje yang terkejut…malahan 
beruk- beruk pun terkejut sama…wakakaka…mana 
taknya dapat menteri “pandai tak boleh diikut, bodoh 
tak boleh di ajar” semedang bengong tahap gaban!!!!

Bila jadi pemimpin asyik cakap putar belit, banyak
bohong dari benarnya…lama-lama jadilah “ siakap
senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-
lama jadi menteri….kah…kah..kah

Tapi nak salahkan sapa…waktu kita semua diberi
pilihan untuk memilih pemimpin…entah lahabau,
malaun  mana yang dipilih…inilah jadinya. Padanlah
muka ??? Termasuk gua lah juga terkena tempiasnya…..
Orang Melayu memang kaya-raya sebab tu tak nak
harga minyak turun, tol free, pembelajaran percuma,
wifi percuma, semua nak bayar…duit riban-riban keluar
setiap bulan baru ada class, baru hot tahap kebaboom….
dak gitu…!!!!!

Menteri-menteri tu apa nak kisah…naik kete,minyak,tol
pemandu, bil telefon, letrik, air, pembantu rumah 
semua nya ditanggung oleh Kerajaan…kita??? Nan hado!!!!

Nilai duit kita sekarang ???

Haa....kan dah kata mesti ada statement vangang punya..
Minyak petrol naik (harga),pastinya tidak 
memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar 
adalah orang-orang besar dan berkemampuan, 
(sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta,” kata 
anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Apa dia ingat kete besar aje ke guna minyak, kete
kecik, bas, lori, motor pakai air liur....kalau dah..b..b..
b...b...b...pasal tu keluar statement luar alam macam tu..
Berapa banyak b daa??

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails