Sunday, October 6, 2013

Kerang Tumis Sambal Belacan


Kerang Tumis Sambal Belacan - Amy.
Bahan-bahan:
1 kilo kerang
Bahan Sambal Belacan:
5 biji cili merah  ( dikisar )
8 biji cili api (dikisar)
1 biji tomato (dikisar )
1 inci belacan yang sudah dibakar ( dikisar )
3 sudu air asam jawa
Bahan Tumis:
1 labu bawang besar (  dihiris )
1 biji cili merah (dihiris)
1 batang serai ( diketuk )
Garam dan gula secukupnya
Cara :
1. Bahan sambal ditumbuk, kecuali air asam.
   Tumbuk lumat atau separuh lumat. (Terpulang).
2. Kemudian masukkan air asam jawa, kacau sebati.
   Letak ketepi.
3. Kerang dibersihkan dan toskan.
4. Tumis bahan hirisan dan serai ketuk.
5. Bubuh garam dan gula secukup rasa.Masukkan kerang.
6. Masukkan sedikit air kemudian kacau kerang tadi
    hingga masak.
7. Angkat dan hidangkan.

Saturday, October 5, 2013

Char Kuey Teow Kerang


Char Kuey Teow Kerang-  Amy
Resepi asal dari - Roman Holiday.

Bahan-bahan - Untuk dua orang.

300 g kuey Teow
150 g tauge
150 g udang
150 g kerang
3 biji telur
2 biji bawang, potong
1 sudu makan bawang putih cincang
2-3 sudu makan minyak
cili secukupnya
daun kucai

Sos:
1/ 2 sdm. kicap
1/ 2 sdt. garam
1/ 4 tsp. pati ayam
Sejemput lada putih
Kicap pekat

Kaedah:
. Panaskan minyak, tumis bawang putih, goreng hingga 
  wangi, tambah pasta cabai.
. Tambah udang, goreng hingga masak.
. Tambah kuey teow, kacau  rata.
. Tambah kerang  dan rencah sos, daun kucai goreng, aduk 
   rata.
. Ketepikan kuey teow ke samping, tambah sedikit minyak 
  dan pecahkan telur.
. Goreng bersama-sama dengan kuey teow.
. Terakhir tambahkan bawang, tauge dan goreng hingga 
  kering .






Friday, October 4, 2013

Ayam Berempah Sate

Si Ira suka makan lauk ayam, jadi masak lauk ayam
lagilah nampaknya..kali ni buat rempah sate. Cara nak
buat rempahnya saya ambil dari sini: 
http://tong-gas79.blogspot.com 
Ayam Berempah Sate – Amy
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong sederhana
Bahan Perap:
1 sudu besar ketumbar - sangai - kisar kering
1 sudu besar jintan halus - sangai - kisar kering
1 sudu besar jintan kasar - sangai - kisar kering
1/2 sudu lada hitam - sangai - kisar kering
3 batang serai – mayang/ricik halus - kisar
1 biji bawang merah besar - kisar
Serbuk Kunyit - secukupnya
Garam - secukupnya
2 cawan gula  - gula kena secukup rasa
(sebab sate manis rasanya).
Cara2nya
1. Ayam dibersihkan digaul dengan garam kunyit.
2. Bahan-bahan kisar digaul sebati termasuklah gula.
3. Perap selama beberapa jam.
4. Jika rempah dah cukup gula...masa menggaul rata
   perapan nampak agak kilat dan perapan agak melekat
   ditangan.
5. Panggang atau goreng ayam yang telah diperap tadi.


Bingka Kentang

Bingka Kentang Bakar
Bahan-bahannya:
1 1/2  cawan tepung
1 cawan gula
2 cawan pati santan
1 cawan susu cair
4 biji telor
2 sudu besar mentega 
1 cawan kentang lecek - (2 biji direbus dan dilecek)
sedikit bijan
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Rebus kentang hingga empuk dan lecek.
2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam pengisar 
   dan kisar hingga halus.
3. Lenserkan loyang pembakar dengan minyak dan 
   panaskan loyang terlebih dahulu.
4. Tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan.
4. Bakar dengan suhu 190C sehingga masak dan 
    agak garing.
5. Biar sejuk barulah dipotong.


Bingka Durian

Sebenarnya beli durian nak buat serawa makan dengan
roti atau pulut...tapi sebab dah makan tak hengat donia
tinggal beberapa ulas aje...ekekeke..., jadi buatlah bingka..
Nak tergelak..nasib baik tak hangit..udah dalam oven
boleh terlupa..leka dengan keje sekolah si Ira.. Si Ira
terjerit...(ibu!!!!kuih ibu dalam oven!!!)...haa kelam kabut,
bangun....ambik engko!!!!  Adunan ni dapat banyak jugak
2 acuan bahulu pecah lapan dan satu loyang lupa la
ukurannya..

BINGKA DURIAN - Amy
Resepi ambil dari Yatiememories
Bahan-Bahan
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air 
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan
Cara-Cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang
    9x9 inci  atau acuan bahulu pecah lapan dengan
    mentega. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam
    satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua
    bersatu.
3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata.
    Blender semuanya.
 4. Panaskan loyang yang telah di lenser tadi. Lebih
    Kurang 3 minit
5.  Keluarkan loyang yang telah dipanaskan,tuang
     Adunan ke dalam Loyang, tabor bijan jika suka.
6. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Ikut oven
    Masing-masing.
7. Sejukkan setelah masak, kemudian bolehlah di potong
    dan dihidangkan.


Thursday, October 3, 2013

Bila Si Kaki Kelentong dan Si Pembodek Buat Kerja...



Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam
mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara
2010 hingga 2012. Pembaziran RM2.051 bilion,
Kementerian Pendidikan tidak cekap

Kementerian Kesihatan bagi kontrak sebanyak 
RM199,068. Belanja RM320 ribu untuk FB, Twitter 
dipersoal. Ketua audit negara mempersoalkan bayaran 
sebanyak RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan 
kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian 
menerusi Facebook dan Twitter.Perbelanjaan itu yang 
dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri 
Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman 
Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'. Tapi iklan itu tidak
digunakan.   


PDRM hilang aset RM1.33 juta, dedah Laporan Ketua 
Audit Negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 
309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan 
yang bernilai RM1.33 juta, dedah Laporan Ketua Audit 
Negara yang dikeluarkan hari ini. Daripada jumlah itu, 
statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian 
Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 
2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak 
hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti 
senjata api dan kenderaan dengan masing-masing 
sebanyak 44 dan 29 unit.
"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara 
keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM 
dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.
RTM beli sebuah jam harga RM100 sebuah pada harga 
pasaran tapi beli dengan harga RM3,810. Beli sampai 
20 pulak tu…

JKM - Penerima bantuan yang meninggal dunia masih 
menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM) di Sabah, Kelantan dan Negeri 
Sembilan. Perkara ini didedahkan oleh laporan Ketua 
Audit Negara. Contohnya di Negeri Sembilan. Daripada 
jumlah keseluruhan, RM45,350 dibayar kepada 15 
penerima antara 2008 dan 2011. Bayaran juga dibuat 
kepada 154 individu walaupun nama mereka tiada 
dalam pangkalan data JKM. “Bayaran itu boleh 
dipersoalkan kerana penerimanya sangat dicurigai,” 
menurut laporan Ketua Audit Negara.



Bodek Jangan Tak Bodek.
Ketawa melahap-lahap 
macam tak henggat donia..!!!
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Dalam senyap duit rakyat dicuri,
Hutang negara tak kurang kurang.

Adakah anda masih memilih pemimpin yang sebegini???Wallahua'lam.....

Wednesday, October 2, 2013

Rasuah..Seleweng...Ketirisan...Tidak Berhemat...Bila Rasa Malu Tiada !!!!

Wardina tanya, korang tak kisah ke?, 
Woooo.....!!!lebih dari kisahhhh..!!!!!
tapi ada segelintir masyarakat 
kat Malaysia ...
yang lebih percaya kepada Laporan 
dari akhbar mangkuk ayun 
bertingkat- tingkat sebegini…

Tapi Laporan dari Audit Negara...

dan ini PENAFIAN Kementerian 
Belia Dan Sukan
persembahan K POP tahun lepas.– mStar


Bukan Kementerian ni saja, malah PDRM, Jabatan 
Kebajikan...sampai dah tak lalu nak membaca.
Review Laporan Audit Negara Bagi Tahun 2012.
Setiap tahun pun sama. Ini kitaran nya.
Laporan audit didedahkan kepada umum = kita bahas 
sebab wujud penyelewengan = menteri berjanji akan menyelesaikan perkara berbangkit = tapi janji tinggal janji = penyelewengan dan penyalahgunaan dana awam 
terus wujud = tiada hukuman dan tindakan dikenakan 
kepada pihak2 yang berpangkat besar = hanya mereka2 
yang kecil dan berstatus rendah disuruh pikul tanggungjawab = maka kita tunggu la laporan audit 
untuk tahun mendatang pula = proses yang sama 
berulang dan berulang dan masih berulang.

Ulasan dari Tuan Guru Nik Aziz:
Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. 
Ia akan terus berlaku selagi Umno Barisan Nasional 
menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia 
tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh 
menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak 
sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh 
kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia 
mustahil dapat mengawal manusia, mereka 
memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang 
Maha Hebat itu ialah Allah SWT.

Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin 
kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat 
nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang 
menjadi tempat balasannya.
Laporan penuh:baca di sini.
Bila sifat malu dan harga diri tiada…beginilah jadinya…
Rasa malu, maruah, harga diri,integriti sepatutnya
Ada pada orang Muslim apatah lagi jika dia seorang
Pemimpin, bertanggungjawab pada orang yang di
pimpinnya. Mendahulukan negara lebih daripada
kepentingan peribadinya. Pemimpin Jepun dan Korea
pula lebih ada harga diri..bila berlaku sesuatu, pasti
mereka akan meletak jawatan.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
''Jika engkau tidak malu,buatlah sesuka hatimu''.

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat 
malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi 
pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan sifat malu 
ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah 
mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.Atau mungkin sifat malu yang dikurniakan 
Allah s.w.t itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.Kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka...
Wallahualam.....

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails