Tuesday, December 10, 2013

Hati-hati Bila Berkata-kata...Bimbang Rosak Akidah..!!!!


Peringatan untuk kita semua. !!!
Hati-hati bila berkata-kata. Bimbang rosak akidah.
Tanpa kita sedar, syirik pada Allah SWT.

"Yakinlah Umno tempat bergantung"-boleh membawa 
syirik rububiyyah, sedangkan Islam mengajar ucapan 
Allahussomad (hanya Allah tempat bergantung), 
kata Ketua Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sunday, December 8, 2013

Ada Yang Tulus..Ada Yang Cari Pulus...???




Manusia ini terdiri dari pelbagai ragam, pelbagai karenah.
Ada yang menolong ikhlas, ada yang jaga “class”
Ada yang tulus mulus, ada yang buat pulus…
Buat baik berpada-pada, buat jahat lagi berganda..
Apa juga perangai kita, perbuatan kita…
Satu jer yang kita kena ingat CCTV Maha Berkuasa.
Allah Maha Melihat, Maha Mendengar,Maha Mengetahui.
Bukan di mulut kita jer, tapi jauh di sanubari hati kita.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: 
“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami 
tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta 
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan 
kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Kepada mangsa-mangsa banjir, semuga sabar dan redho,
didoakan semuga semuanya dipermudahkan. Aminnnn..!!! 
Untuk Tengku Puan Pahang (dalam gambar)saya memang
tabik spring!!Rileks...sempoi aje...siap jadi tukang masak
lagi.


Friday, December 6, 2013

Nak Mereka Pandai Matematik ???...Jangan Mimpilaa!!!! Kalau Dah Spesis B**** !!!......


Nak pandai matematik macamana…kalau benda tak 
pandai tak bijak mengaku bijak. Ada ke dia boleh kata 
Malaysia merupakan negara yang paling handal dan 
bijak mengurus bencana banjir .. lebih bijak dan bagus 
dari negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat.
Nak gelak…nak ketawa..silakan-silakan..toingggg!!
toingg!! Menteri ni nak membodek sampai tak henggat 
donia...!!!

Punyalah bijak mengurus sampai jadi macam ni...




Beza sungguh TERBAIK punya pengurusan berbanding 
dengan Jepun dan Thailand.Tahap kebijaksanaannya 
macam langit dengan bumi.Nak jadi pemimpin dalam 
Parti Timbang Kati ni tidak perlukan kebijaksanaan 
yang melantun-lantun,atau ilmu dan perangai yang baik. 
Pasal yang bijak yang baik tak ada tempat dalam parti 
tu.Apatah lagi nak dijadikan Menteri atau Ahli 
Parlimen, sebab yang dapat jawatan tu,tahap 
kecerdikaannya diluar alam dan di luar kawalan.

Mana taknya bila Ahli Parlimen Kuantan mengusulkan 
di parlimen,agar Kuantan di istiharkan darurat 
disebabkan banjir teruk mulalah MP dari timbang kati 
buat kacau terutamanya Ahli Parlimen Kinabatangan. 
Kena tukar tu nama ikut kelakuan dia seperti 
bin#@***. Kalau dah wakil rakyat tak boleh nak 
mengusulkan nak bawa bicara,berbincang, buat apa ada parlimen…!!! Cuba kalau wakil PR yang buat kacau…
sah-sah dah kena halau keluar dari dewan.Setakat jadi 
MP sebab nak berbini SEKSI-SEKSA hentikan laa..!!!!

















Orang huru-hara, kelam kabut kena banjir, diaorang 
pulak bersuka ria.Tak ke bengong namanya..!!!
Itu belum pemimpinnya…dah 48 jam keadaan berlalu 
baru nak tunjuk muka…orang dah kesejukan,kelaparan,
baby,anak-anak dah menangis,sebab tak cukup makanan, 
tak cukup bantuan. Bingai sungguh !!! Lepas tu 
slumberland aje melawat tempat kering..
Yang Ketua Wanitanya si Combi lembu boleh tanya 
mana Fuziah??..mana Fuziah..nasib baik tak tanya,
mana lembu ?? …okey ke lembu saya (kalau ada buka 
kandang lembu lagilah). Bukan dia sibuk nak mengurus 
bantuan…sibuk menanya…bengong tahap gaban…!!! 
Ni yang dalam bot ni bukannya Fuziah ke ?? atau aku
tersalah gambar...manalah tau gambar si Combi Ijat ??



Belum kelab belum yayasan, semua 1 Malaysialah
sangatttt!!!. Tempat orang laju aje bagi bantuan, siap 
bergambar-gambar (perasan “macam kacak jer..macam 
tampan jer..” (phuii !!)

Banjir ni bukan setiap bulan, tapi setiap tahun..
terutama belah-belah Pantai Timur dan Selatan. Mana
pegi MKN atau yang sewaktu dengannya yang mengurus
bencana alam. Yang heran JKM pun lambat buat keje.
Patutnya dah standby sejak Oktober lagi...bab keje yang
merapu ke membodek ke laju aje....!!!

Jadi nak harap diaorang ni pandai matematik…minta 
ampoon..!!!

Thursday, December 5, 2013

Masya Allah !!! Air Banjir Bertukar Jernih.....

Ketika banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar 
Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, 
Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang 
membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi 
jernih apabila memasuki ruang solat masjid. Masya Allah
(Allah Maha Agung) !!!. 

Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara !!!



Matematik
Mata dicapai
Membaca
Mata dicapai
Sains
Mata dicapai
Singapura
573
542
551
Vietnam
511
508
528
Thailand
427
441
444
Malaysia
421
398
420
Indonesia
375
396
382
Purata matanegara-negara OECD
494
496
501

Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar 
(atau “Programme for International Students 
Assessment” PISA) menunjukkan Malaysia menduduki 
tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan 
negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang 
Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang 
berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara 
Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.

PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang
digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu
sistem pendidikan sekolah di dunia.
         
Terkejut kan??? Boleh kedua tercorot, dan yang paling
memalukan berada jauh dari negara Vietnam...negara
bekas perang. Negara bekas perang lebih bagus, lebih
maju..amacam?? Ekonominya jauh lebih mundur
berbanding Malaysia.

Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura
yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh
dunia,tapi peningkatan mendadak sekolah-sekolah di
Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di
negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam
berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata
pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi
Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara
Eropah lain.

Bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad,
infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil
dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan
sekolahnya sedemikian rupa??, berbanding negara
Malaysia yang kaya raya?? (menteri dan kroninya yang
kaya-raya).

Adakah sebab Malaysia asyik bertukar dasar Pendidikan??
Asal tukar menteri Pendidikan ..dasar pun bertukar,
slogan pun bertukar. Dasar yang sebuk menggejar A...
berpuluh A, tapi sekolah, universiti rangking asyik
tercorot. Pelajar dah jadi bahan ujikaji...dan yang jadi
mangsa bukan pelajar aje tapi termasuk guru-guru.
Macam-macam nak dibuat, bukan aje kerja mengajar,
sampaikan kerja Pentadbiran (kerani) pun kena buat.
(bukan setahun dua, tapi dah berpuluh tahun).
Macam-macam nak direkod..sampai kerja mengajar dah
jadi kerja akhir.

Lepas ni lihat apa jawapan menteri-menteri kat
Malaysia ni..masih nak diteruskan dasar Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS)??. Ibubapa mempamerkan
pencapaian banyak A setiap kali keputusan
peperiksaan diumumkan. Media juga mempamerkan
pencapaian yang sentiasa meningkat dari tahun ke
tahun ..rupa-rupanya kita sedang syok sendiri!!!

Wednesday, December 4, 2013

Lepas Ni Apa Lagi Nak Naik ???...Naikkan Laa...Orang Tak Kisah Pun..Kan ?? Kan???


Bila benda-benda ini berlaku..ada aje yang sudi untuk
membangangkan diri dengan statement der bangang...der bangang..contoh:-
"Kenaikan ini tidak akan membebankan pengguna".
"Kenaikan ini tidak akan menjejaskan rakyat".


Patutlah blogger Tukar Tiub buat"Anugerah Hasan 
Malek" rupanya bodoh sebodohnya... yang tak terkesan 
tu orang kaya, gaji puluh-puluh ribu,ratus ribu sebulan..
bukan aje tak terkesan...tak ambil Pot pun...yang 
terkesan ni yang gaji tak seberapa,makan-minum,
pakainya tak seberapa,hidup hari-hari pun tak seberapa..
tak faham makna tak seberapa tu ????...ertinya hidup 
serba tak cukup.. hidup serupa tak hidup.... kais pagi
makan pagi...Macam cerita P.Ramlee..." Mau hidup pun susah mau mati lagiiiiii susah..." !!!!! Ngong punya menteri....!!! Lepas tu menyampuk pulak sorang lagi...


Statement dia yang dua baris di atas tulah...
" Tak membebankan..tak menjejaskan..."Ngkorang 
memanglah tak terjejas, tak terbeban...namapun FREE 
LOADER... ataupun ngkorang hengat..beban tu macam 
KALDAI bawa beban ????De very..de very..vangang...
(ini bahasa sakit hati) Spesies-spesies macam ni jadi menteri...apa punya turrlah!!!

Tapi macamana sakit hati pun..kan leh buat apa-apa...
pasal masa PRU 13 dulu ramai sangat terutama 
ME LA YU nak sangat spesies-spesies mangkuk hayun 
ni jadi menteri... tu pasallah jadi macam ni....Nak 
cakap banyak pun tak guna..umpama bidalan"Bagai 
anjing menyalak bukit"...Menyalaklah siang malam, pagi 
petang, bukit macam tu aje...Macam tulah menteri..
buat BODO aje...atau memang de bodo..!!Janji menang
..apa cerita semua belakang kira... Janji AKU KAYA, 
KRONI AKU KAYA...!!! Lu orang apa cer????... Janji 
kami boleh rembat semua lu orang punya...!!!
  
Untung bukan tak untung....kalau rugi sebab IPP 
(Syarikat Penjana kuasa) uruslah sama IPP, tariklah 
subsidi IPP, ni terbalik kot... Yenna!!Yenna!!!...

Mendengarlah sangattttt kan ????Kos Sara hidup laa...
sangattt kan????  Diaorang ni apa nak kesah...harta 
tujuh keturunan pun tak habis...belum harta kat luar 
negara lagi...


Lepas ni..kalau di panjangkan umur...ada pilihan raya 
lagi...masih nak undi kati??? Masih nak undi timbang??
Masih termakan dengan JANJI-JANJI MANIS MU..??? 
Atau pun sebenarnya seronok sangat dapat BRIM ???? 
Kalau BRIM tu dapat tiap-tiap bulan okey lagi...ni nan 
hado..!!!!
(ini entry sakit hati…!!!!)

Tuesday, December 3, 2013

Sultan Yang Sempoi..!!!

PEGAWAI POLIS PENGIRING PERIBADI kepada Baginda 
SULTAN BRUNEI telah terlibat dalam sebuah kemalangan
(sedang terbaring dalam foto) .

Dan tidak di sangka, BAGINDA SULTAN BRUNEI SENDIRI 
keluar dari kenderaannya dan SENDIRI "MENGARAHKAN 
TRAFIK LALU LINTAS"
( berdiri dalam foto) sambil pegawai lain menjaga pegawai 
yang telah CEDERA..

* Nota: Sempoii kan???...Bukan saja harta melimpah ruah tapi
  Berjiwa besar....!!!!
Sumber: di sini

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails