Thursday, December 19, 2013

Ajar dan Suruhlah Anak-anak Solat !!!


Kisah yang menyentuh hati saya…
Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel.Dia singgah di rumah
seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri 
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru 
penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini 
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami 
isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa 
orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki 
yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu dan 
yang paling muda masih bayi. Anak sudah ada yang 
pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk,abang yang tua 
mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk 
solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua,salah seorang adiknya yang 
berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh 
tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil 
wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila 
imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan 
selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan 
satu rakaat solatnya yang tertinggal. Masya Allah..!!! 
adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... 
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya 
anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah 
ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau 
mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. 

Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah 
yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja
azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya
dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang 
sibuk ambil wudhu'.Bayangkan 7 orang budak lelaki 
dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke
tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di 
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu 
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil 
berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). 
Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak 
bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga)di sisinya. 
Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah 
sepanjang mereka solat.Dan sekali lagi cerita tak 
berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur 
kerana penat travel semalamnya tak surut lagi.Alangkah 
terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah 
berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"Anak-anak..
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa". 
Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun 
mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Masya Allah..bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab 
bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. 
Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang 
itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah 
untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu..
Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan 
suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka 
terabai tanpa pedoman... 

Cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat 
mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang 
pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik- adik mereka ??? 
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak 
mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan 
perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka 
yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah... semoga apa yang saya 
sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita 
semua...

Orange Cranberry Cookies - sedap rasa oren dan buah...

Entry yang tersimpan dalam draft…sampai dah lupa.
Pasalnya..ingatkan saya tak letak gambar dalam resepi
ni. Tu yang simpan kat dalam draft… rupanya dah,
tapi letak satu keping gambar aje, jadi saya tambah
satu lagi gambar biskut ni. Pada peminat orange dan
buah kering...biskut ini memang sedappppp....!!!
Cubalah resepi ini..menambah koleksi resepi biskut anda!!

Orange Cranberry Cookies – Amy
Resepi asal thecafesucrefarine.com
Bahan-bahan:

1 cawan mentega pada suhu bilik( 226g)
2 /3 cawan gula aising (confectioners ) diayak
2 kuning telur yang besar, pada suhu bilik
secubit garam
1 sudu kecil vanila atau badam ekstrak
2 cawan tepung serbaguna ( 280g )
2 biji oren – parut kulit
½ cawan cranberry kering- dicincang

1.  Pukul butter dengan mixer hingga sekata
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan telur, vanilla dan garam.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
   dan kacau dgn sepatula hingga sebati
4. Masukkan cranberries dan parutan kulit oren.
   Gaulkan lagi
5.  Bahagikan doh, balut dengan plastik dan sejukkan
    dalam peti sejuk, simpan sampai 2 - 3 jam
6.  Keluarkan dari peti sejuk. Canai kira-kira 1 hingga
    1 ¼ inci ( 2.5 hingga 3.2cm ) tebal. ( atau potong
    petak2.)
7.  Dengan menggunakan pisau tajam, potong setiap log
    cookies kira-kira inci 1/3 ( 1cm) tebal.  
8.  Lapikkan Loyang dengan kertas minyak. Letakkan
    Cookies di dalam Loyang, jarakkan kira-kira ½ inci
    ( 1.5 cm ).
8.  Bakar selama 15-20 min 160 C atau 12 – 14 minit

    180 º C/350 º F .(ikut oven masing-masing).

Tuesday, December 17, 2013

Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis...Mabeles Wehh!!!!

Kalau sebut ubi kayu..sinonim dengan zaman Jepun..
Betulkan?? Betulkan?? Pasal kat café ofis dulu ada
ubi kayu rebus cicah dengan kelapa parut. Tengah
sedap makan..sekali tu geng jurutera saya kata…amboi
sedapnya makan ubi rebus…jangan tak tau ini makanan
zaman Jepun dulu tau !!!
Saya pulak dah berzaman tak makan ubi rebus dan juga
Bingka ubi ..pergi pasar tengok ada ubi kayu fresh jer..
Hmm..apalagi beli la…balik rebus, ingat nak cicah dengan
kelapa parut..tapi kelapa lak,tak beli…buat sambal tumis
ikan bilis… Sedappppp sekejap aje licin…
Tengok gambar ajelah ya…nama pun ubi rebus mana ada
resepi bagai…



Asal Chap Ayam Jer Menteri !!!..... Asal Menteri Jer Chap Ayam...!!!


 





 


Ha..ha..ha..Hari ni nak melaser....jangan marah aaa!!!!
Cuma saya tertanya -tanya apa kriteria pemilihan
menteri-menteri di Malaysia…Pasal nak kata BODO…
sekolahnya tinggi…tapi bila buat kenyataan diluar alam
di luar kawalan minda.... Macam Bingai Jer !!!…Macam 
Bangang Jer !!!...
Dari harga ayam, sayur, minyak, gula, elektrik, monorel
lrt,tol sampai ke isu pendidikan…cukai pintu, isu GST
tak ada jawapan yang bernas..bukan BERNAS yang dah
jadi hak milik Baukari tu bukan…bukan!!!! Ini jawapan
dari akal yang cerdik..!!!! Sampaikan nak kategorikan
golongan rakyat pun keluar kenyataan yang macam
harem jer…!!!
Saya tunggu juga kenyataan tentang ubat percuma 
yang dimansuhkan dihospital-hospital, tentang kenaikan
tambang bas sekolah...manalah tau ada menteri yang
sudi memb*#*^#@kan diri dengan kata..Kalau miskin
jangan sakit, kalau sakit jangan pegi hospital...kalau
tambang bas sekolah naik,jangan naik bas sekolah.. jalan kaki...kalau tak mampu semua...jangan hidup..atau saya
tunggu juga kalau tak suka Kerajaan ... jangan undi BN..
amacam ada berani????
Adehhhh !!!!......Lama-lama rakyat Malaysia ni boleh
Sakit Jiwa dan Raga dek gelagat para menteri–menteri
yang tersangatlah baghal bin badigol bin samdol ni….!!!

Thursday, December 12, 2013

Kuih Karipap Inti Yang Sedappp !!!!

Resepi karipap gabungan dari 2 resepi, adun doh ikut 
cara Kak Besah Myr, tapi guna air sejuk peti ais ikut 
cara kakak kat Klang dan perahkan jus limau ikut cara
blogger masakan Diana.Inti pulak ikut bahan dari resepi 
Blog Chef Azli Razali tapi saya lebihkan jumlah bahan 
dari resepi asal,pasal doh nya satu kilo dan tambah gula, bawang putih, daun sup juga daun bawang (dalam 
resepi asal tiada). Inti karipap ni memang sedapppp sangat…..!!!Tapi kalau nak resepi asal boleh terus ke 
blog Chef azlirazali.

Kuih Karipap – Amy
Resepi asal doh pastry – Kak Besah Myr.
Resepi inti – Chef Azli Razali.
Resepi inti asal - Asnawi moms's recipe

Inti Karipap  
Bahan–bahan:
8 biji kentang / 700 gm
1 biji /300 gm keledek kuning
6 sudu makan udang kering-di kisar
1 cawan daging kisar (pilihan)
2 paket kecil rempah kari ikan Babas
2 biji bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang
5 cawan air
Secukup rasa garam dan gula.

Cara-cara penyediaan

1. Campurkan kari,daun kari,bawang kisar,udang kering 
   dan sedikit air hingga membentuk pes.
2. Kemudian tumis dengan minyak yang panas sehingga
   harum dan sedikit garing.
3. Masukkan daging jika menjadi pilihan dan kacau 
   sehingga daging masak.
4. Masukkan air,kentang dan keledek.
5. Masak sehingga kentang,keledek empuk dan perisakan 
   dengan garam dan gula.

Bahan untuk pastri:-
1 kg tepung gandum.
3 1/2 senduk minyak msk ( 340ml)
500ml air paip (1 botol mineral kecik) + 1 sudu 
makan garam.(saya guna air mineral sejuk dari peti ais)
2 biji jus limau kasturi

Cara :
1. Panaskan minyak(3 1/2 senduk) hingga betu-betul
   panas lalu curahkan ke dalam tepung. Kacau rata 
   dengan senduk.
2. Bila tepung dah mulai suam-suam, campurkan air 
   garam sedikit-sedikit sambil digaul/diuli hingga 
   menjadi doh. Air tak semestinya habis digunakan.
   Campur perahan jus limau kasturi dan uli lagi. 
   Tidak perlu uli dengan kuat asal sebati cukup. 
   Doh biarlah agak keras sedikit, bila diperap dalam 
   plastik nanti doh akan menjadi lembut.
3. Masukkan doh dalam plastik yang tidak bocor dan 
   ikat dengan getah. Perap/biar sehingga 15 minit 
   supaya doh berpeluh dan menjadi lembut.
4. Ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar 
   penutup botol mineral. Buat dlm 15 bebola dahulu. 
   Ikat balik plastik doh.
5. Gelek doh hingga leper (jgn nipis sangat).Letakkan 
   sesudu inti dan kelimkan.Ulang membuat bebola doh,
   gelek,isi inti dan kelim. Buat sampai habis.
6. Goreng dengan api perlahan supaya kulit pastry x 
   menggerutu. 
   -  pastry tahan 24 jm tanpa msuk fridge. 
   (tapi inti kena masuk fridge..) -



Terima kasih untuk En.Hubby, sebab dia yang tolong
kelim kuih karipap ni..saya hanya masak inti dan buat
bancuhan pastri juga uli doh..Oleh kerana resepi ni 
dapat banyak,sebab 1 kilo tepung, anda boleh simpan 
karipap yang sudah dibuat dalam peti ais, tapi sebelum
simpan saya masuk dalam oven bakar 5-10 minit,(ikut
cara kakak kat Klang)baru simpan dalam bekas (lapiskan 
dengan plastik) dan masuk dalam peti sejuk. 

Wednesday, December 11, 2013

Telur Goreng Bercili

Telur Goreng Bercili - Amy

Bahan Kisar:
10 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Bahan lain:
2 @ 4 biji telur
1 biji bawang besar dimayang
Gula dan garam secukup rasa
1 biji limau kasturi – jus perahan
Minyak masak utk menggoreng

Cara:
1.   Rebus telur, buang kulit dan goreng bulat-bulat,
     ketepikan.
2.   Tumis bahan kisar hingga naik wangi.
3.   Masukkan bawang besar, gula, garam dan perahan
     jus limau kasturi.
4.   Didihkan, masukkan telur yang digoreng tadi,
     gaul sebati dan angkat.

Agar-agar Koktail Berlapis..Sedap Dan Cantik...

Cantikkan ?? Cantikkan ?? ..cantik dan sedap..!!

Agar-agar Koktail Berlapis - Amy.
Bahan-bahan
1 paket agar-agar
1.5 liter air (5 gelas)-anggaran
1 tin susu cair
2 cawan gula (kemanisan ikut suka)
1 tin buah koktel
2 helai daun pandan
1-2 ketul gula batu
Pewarna merah dan hijau

Cara-cara:

1. Masukkan air, agar -agar , daun pandan ke dalam 
   periuk. Masak sehingga agar -agar hancur.
2. Sementara menunggu agar-agar mendidih tadi, 
   masukkan bekas untuk agar-agar kedalam peti sejuk. 
   Supaya mudah beku.
3. Masukkan gula, gula batu,susu cair dan juga syrup 
   koktail dan masak sehingga mendidih.Barulah 
   masukkan buah-buahannya. Perlahankan api.
4. Ambil separuh agar-agar yang telah mendidih dan 
   bahagikan kepada dua bahagian.Jadikan satu bahagian 
   warna merah dan satu lagi warna hijau.
5. Masukkan warna merah kedalam acaun dan sejukkan.
   Setelah sejuk/beku, cakar bahagian atas agar-agar 
   dengan garfu.
6. Kemudian tuang pula agar-agar warna hijau.Sejukkan 
   lagi. Setelah beku warna hijau, cakar lagi bahagian 
   atasnya barulah tuangkan lebihan agar-agar koktail 
   yang dalam periuk tadi.
7. Sejukkan sebentar selepas itu bolehlah masukan bekas 
   agar-agar tadi kedalam peti sejuk.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails