Sunday, January 12, 2014

Teknik Psikologi Dan Doa Didik Anak Jangan Tinggal Solat .....

Perkongsian ini memudahkan kita mengajarkan 
keperluan hamba ALLAH bernama manusia mendirikan Solat...Mari Mencuba. Ini tips menarik dari blog 
Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi 
untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.
Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun.
Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi 
manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang 
mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar di atas:

1.Jika tidak solat Subuh buang 2 batang mancis 
  dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak 
  solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat Zohor, buang 4 batang mancis
  di bahagian lengan.Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat Asar, buang 4 batang mancis
  di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak
  solat Asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat Maghrib, buang 3 batang mancis
  di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa 
  hantu dah.

5.Jika tidak solat Isyak, buang 4 batang pada kaki.
  Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus
maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak
sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh Maghrib
dan Subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan
tiada perut. Orang tengok pun akan lari.Jadi, renung-
renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka
cacatlah kita ini.
Sumber : di sini

DAN DOA UNTUK ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU
DI SURUH, DI BEBEL DAN DI PUKUL...

Amalkan membaca doa seperti dibawah ini dalam sujud, 
setiap kali solat dan pada bila-bila masa saja berdoa. 
Teruskan berdoa..Doa...Doa...Dan berdoa...

Doanya adalah ayat Al-Qur'an dalam surah Ibrahim
ayat ke-40.
Doa tersebut berbunyi seperti berikut:

"Robbij'alnii Muqiimash Sholaati, Wa Min Dzurriyyatii.
Robbanaa Wataqobbal Du'aa..."
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang 
yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat 
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." [Surah Ibrahim ayat 40].

Juga boleh di tambah Surah Ibrahim ayat 41 bersama-
sama Surah Ibrahim ayat 40 semasa berdoa tu...

Friday, January 10, 2014

Ikan Sepat Goreng Cili Padi ..Perghhh!!! .....Best sangat..!!!


First time beli ikan sepat basah..selalu beli ikan sepat kering
(ikan masin)si penjual ikan kata sedap goreng bercili. Stok
cili padi ada lagi..hmm apalagi buat goreng cili padilah...
Sedap walaupun pedas..Perghhhh !!!....

Ikan Sepat Goreng Cili Padi – Amy

Bahan:-
3 ekor ikan sepat basah – bersihkan (garam dan kunyitkan)
1 biji bawang besar –di hiris bulat
3 biji cili padi – dititik
1 batang serai – dititik
2 biji limau kasturi – di belah dua (perah jusnya)
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng/menumis

Bahan kisar:-
10 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara:-
1.  Panaskan minyak dan goreng ikan sepat yang
 telah dibersih, digaram dan kunyitkan.
2. Goreng ikan sepat sehingga garing. Angkat
   toskan dan ketepikan.
3. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan sepat tadi,
   tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian
   masukkan cili padi,serai yang dititik.
4. Setelah itu masukkan bawang hiris, perahkan 
   limau kasturi. Kacau rata. Perasakan secukupnya.
5. Angkat dan tuangkan ke atas ikan sepat basah
   yang telah digoreng tadi.  

Kerabu Pucuk Paku Dan Kerang....Menambah Selera...!!!


Pergi pasar beli pucuk paku, beli kerang teringin nak
makan kerabu...hmmm sedap makan dengan nasi panas
panas, tambah pulak ada lauk ikan sepat basah goreng
cili padi. Memang menambah selera.....!!!!

KERABU PUCUK PAKU KERANG - Amy

Bahan-bahannya:-
1 ½ kg kerang
2 ikat pucuk paku
1 labu bawang besar [hiris]
3 biji limau nipis ambil jusnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:-
2 batang serai
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - (rendam dulu)
4 ulas bawang merah
1/2 cawan kelapa goreng

Cara memasak:-

1.   Rebus kerang, ambil isinya.
2.  Pucuk paku ambil daun hijau sahaja. Basuh dan
    rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut. 
    Toskan.
3.  Gaulkan semua bahan kisar,kerang,bawang hiris, 
    jus limau dan pucuk paku.
4.  Rasakan garam dan gula secukupnya.
5.  Hidangkan.

Tuesday, January 7, 2014

Ikan Tilapia Bakar Sumbat Sambal Kelapa -Perghh!!!!..Berasap Pedas Tapi Sedappp!!!



Perghh!!!..Berasap telinga..tapi sedappp sangat!!! 
Padahal cili padi bukannya banyak manapun...

Ikan Tilapia Bakar Sumbat Sambal Kelapa - Amy
Resepi asal - Chef Hanieliza

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan tilapia - di bersihkan dan di belah belakang
1 helai daun kunyit – dimayang halus
3 biji limau kasturi dibelah dua

Bahan Sambal
4 biji cili merah *
5 biji cili padi *                           
5 biji bawang merah *
2-3 sudu besar kelapa parut * (putih sahaja)
1 sudu besar udang kering di rendam *
3 batang serai – diracik
Garam secukup rasa
* Bahan bertanda - dikisar 

Cara:
1. Ikan Tilapia dibubuh garam dan kunyit selepas 
   dibersihkan.
2. Gaulkan bahan dikisar tadi dengan serai yang diracik 
   dan daun kunyit yang telah dimayang.
3. Sumbatkan bahan sambal yang digaul tadi dibelakang
   ikan.
4. Bakar ikan sehingga masak (titiskan sedikit minyak).
5.Terbalikkan ikan supaya kedua-dua belah ikan masak.
6. Hidangkan dengan hirisan limau nipis.
   (masa nak makan perahkan limau tersebut…)

* Kalau nak mudah bakar ikan guna aje magic pan...
  sonang gituu...

Monday, January 6, 2014

Maksiat/Dosa Yang Akan Menurunkan Bala......

Maksiat yang Akan Menurunkan Bala
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw.bersabda:
“Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara,
maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.  Apabila harta negara hanya beredar pada
    orang-orang tertentu.
2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.  Zakat dijadikan hutang.
4.  Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.  Anak derhaka terhadap ibunya,
6.  Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.  Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.  Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang
    yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.  Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan)
    generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin 
merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah 
menjadi makhluk lain". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang 
telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin 
belum sampai ke peringkat akhir. Semua kelima belas 
tanda tu memang dah pun berlaku... jadi betullah.. 
dunia semakin tua, usia semakin singkat, dan bila-bila 
masa akan tiba tanda kiamat besar pula... renung-r
enungkan... agar kita tidak tergolong dalam golongan 
yang lalai...

Sumber: 40 Hadis Tanda-tanda Kiamat


Thursday, January 2, 2014

Kuih Kaswi Pandan...Ohh..!!! Terbaekkkk !!!! ....

Teringin nak makan kuih kukus....hmm letrik nak naik
jadi guna kukusan biasa tak jadi guna yang letrik...tapi
kalau kek terpaksalah guna oven kalau nak buat kek
yang bakar...kalau nak jimat lagi kena cari oven dulu-
dulu warna hitam cap Butterfly..kalau tak.., buat kek
kukus aje sebab gas naik rm 1.00 dari Rm 27 jadi Rm 
28,kalau letrik  mau berhengget-hengget...kena sendiri
lah pandai-pandai adjust nampaknya .... sambung balik
cerita pasal kuih...buat kuih kaswi...sedap wooo...!!!

KUIH KASWI PANDAN LEMAK - Amy
Resepi asal : kak besah myr
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu 
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur  - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara membuatnya :
1. Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu
   dan gula bersama air pandan dan telur.
2. Campurkan kesemua bahan -bahan yang lain.
3. Kacau hingga tidak bergentel. Tapislah adunan ni
   seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang
   yang telah disapu sedikit minyak, janganlah tebal
   sangat, dalam 3 cm cukup.
4. Kukuslah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit.
   (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah
   panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
5. Bila kaswi dah sejuk,bolehlah dipotong dan digolekkan
   dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan
   secubit garam.

*Saya guna acuan kuih lompang, dan kelapa saya kukus
 sebentar bercampur garam (untuk elak dari basi)
 Terima kasih pada Kak Besah sebab resepi dia simple-
 simple tapi sedapppp!!! Nanti nak cuba resepi Kak 
 Besah yang lain pulak.... Insya Allah!!!

Wednesday, January 1, 2014

Doa Nabi Yunus A.S Untuk Elak Dari Segala Kesulitan...!!!!

Kenyataan hidup yang perlu kita hadapi pada tahun 
2014. Segala keperluan melambung tinggi..walaupun 
harga minyak, kat negara lain jatuh merudum.Esok 
alam persekolahan bermula lagi. Ada lagi yang perlu dibayar...Dalam keadaaan kehidupan yang mendesak,
terdesak atau apa sajalah…keselesaan bukan perkara
penting lagi tapi tahap kesabaran yang tinggi
diperlukan. Jika tidak sabar…bimbang hilang kewarasan.
Walau apa terjadi… hidup mesti diteruskan, jika hidup
susah,ramai lagi yang lebih susah..kalau kita bekerja dan
ada gaji, ramai diluar sana yang sudah tidak bekerja
(sebab tua,sakit) yang hilang pekerjaan (sebab di arah
ambil vss, mss dan entah apa ss lagi).Itu belum yang
kerja sendiri,kebun,potong getah,atau jadi nelayan..
kalau jadi tauke lain cerita. Yang dapat bantuan dari
JKM…nilai bantuan yang tak pernah berubah walau
nilai barang keperluan berubah setiap hari,setiap bulan
atau setiap tahun.Nilai bantuannya dok macam tu jugak.
Jadi keperluan sabar amat diperlukan. Sabar itukan
separuh dari iman.Rasa marah,sakit hati memang semua
tengah merasa…tapi itu tidak akan menyelesaikan
masaalah.Kita yang kena usaha, kena pandai berbelanja,
kena ikat perut kalau itu boleh menyelesaikan masaalah.
Tapi yang penting dalam setiap hari kita lalui itu DOA
lah yang paling penting.DIA Maha Mengetahui lagi Maha mendengar….!!!Doa yang perlu kita baca selalu... Doa
Nabi Yunus a.s.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails