Friday, May 16, 2014

Sos Cheesy Wedges...Resepi Sedappp Dan Mudah Sangatttt......!!!!!

Resepi kali ni khas untuk kentang wedges ala KFC atau boleh
juga dimakan bersama kentang goreng.Kentang wedges boleh
buat sendiri, tapi saya beli dah siap aje. Tapi sos saya buat
sendiri...senang wehhh..buat sos tu....sedap sangatttt....
Ini entah kali keberapa buat pun dah tak tahu...oleh kerana
anak-anak suka jadi saya masukkan dalam blog...senang untuk 
anak-anak buat rujukan.Pada siapa yang belum buat...cubalah
buat sendiri....senang ajerrrr tak payah membazir duit beli
kat KFC, bukan dapat banyak pun kalau beli, baik buat 
sendiri...!!!!

Sos Cheesy Wedges - Amy. 

Bahan-bahan:-
2 camb mentega @ majerin
1 kiub pati ayam
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih @ serbuk lada sulah
2 cawan susu segar @ susu cair  
8 - 10 keping cheesedale
1/2 cawan keju parut mozzarella  
sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
1.   Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2.  Masukkan susu segar @ susu cair, kacau rata. 
3.  Masukkan kiub pati ayam, serbuk cili dan serbuk lada 
    sulah.
4.  Kacau perlahan-lahan, masukkan cheesedale dan keju 
    parut mozarella.
5.  Kacau selalu hingga cheese dan keju cair.
6.  Masukkan sedikit pewarna kuning, kacau rata.
7.  Jangan sampai mendidih. Angkat.
8.  Tuangkan diatas kentang wedges.

* Boleh simpan dalam bekas plastik, jika beku bila dah simpan
  boleh panaskan semula. 
  Saya masukkan dalam botol untuk buat roti jala, tu yang
  boleh di celorengkan diatas kentang wedges.




Thursday, May 15, 2014

Syarat Menutup Aurat (Wanita Wajib Baca)



1- Tidak menampakkan warna kulit.
2- Tidak menampakkan bentuk tubuh.
3- Tidak menarik perhatian.
4- Tidak berwangi-wangian.

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air 
yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API 
NERAKA.

Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP 
segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam 
LAUTAN NERAKA.

Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara 
dan TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG 
rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi 
untuk seorang lelaki yang bernama, Suami.

Sumber: detik islam


Tuesday, May 13, 2014

Kasi Chance Aje Laa....Apa Darrr......!!!!


[Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon 
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan 
anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu 
PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan tukar 
selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya 
keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab 
soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan 
menjadi ADUN Bebas seperti dilapor Malaysiakini.]

Adehhh....apa laa...lagi 4 hari aje majlis nak berlansung..
mestilah kawan tu dah buat segala persiapan..kad jemputan
kahwin pun dah diedar...macam tak ada perasaaan....macam
tak ada hati perut, macam tak menyempat-nyempat...kasi 
la kawan tu chance... kawan tu dah kata ...tunggu sehingga 
majlis anak dia selesai...itu pun tak boleh nak buat...hmm.. 
...sabor ajelah...!!!!!
Tapi kalau dah PUAK ni..mana kira...musuh ke sahabat ke..
kalau nak tikam bukan depan belakang aje. tapi termasuk
kiri kanan sekali..6 tahun jadi MB...tiba-tiba minta tangguh 
untuk beberapa hari..tak dilayan...hinanya...isk..isk..!!!

Apsal aku cerita pasal UMNO pulak???..tetiba??? Adehhh..
aku cerita pasal tertengok kad jemputan perkahwinan anak
perempuannya...cuba tengok alamat tempat majlis nak
diadakan... tak pasal-pasal aku yang tak ada kena mengena
ni....jadi kesian...malu woo !!!

Sunday, May 11, 2014

Malaysiaku ....Dah Tak Tau Nak Kata Apa..!!!!!!

Tak reti membaca gamaknya!!!!!

Angan-angan Mat Jenin ajelah nampaknya......!!!!!
Asal ada game jerr gaduh....
yang bertumbuk...baling bom asap...
ugut-mengugut...hampehhhh!!!!

Statement tak boleh bla.....!!!!!
Padahal Internet lembab giler....
kalah siput #@!%&*.... 

 Internet kalah dengan 
Negara bekas perang.........grrrrrr!!!

 

 
Dulu sehingga kini janji tidak ditepati...!!!
janji menjelang tahun 1982...
tapi ... sekarang bukan menjelang
dah naik menjuling....!!!! (2014)


Sampai buat repot polis...tapi..
memang selambak cili padinya..!!!!!

 Si PANDA lebih beruntung !!!!!

Si Miskin vs si kaya!!!!!
Jangankan hanya layanan...
ubat-ubat pun mahal wehhh!!!

Nak gelak guling-guling....Kah...kah...kah.....
Negara sendiri masalah tak selesai.....
Ada hati konon ...!!!!
(sampai ada yang jatuh bangunan,
ada yang kena tembak kat lampu trafik)

 

Baru gua tau makna PLUS yang sebenar !!!!!
Untung million-million rupanya patutlah
tambah tahun lagi....
patutlah kaya raya..... 


Inilah hakikat yang sebenarnya!!!!!
Apo nak dikato...!!!!

Thursday, May 8, 2014

Ayam Dendeng...Enak Dan Lazattt !!!!!

Selalu buat daging dendeng...kali ni cubalah resepi ayam masak
dendeng…sedap sangat..tambahan di campur dengan bawang 
goreng, dan daun kari tu saja saya tambah sebab..nak bagi bau 
yang semerbak lagi...berserta serai yang diketuk...
Ayam Dendeng
Resepi asal: Pak Engku

1 ekor ayam - dipotong 12
100 gm bawang goreng
2 ketul gula Melaka
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar dan Tumis
5 -10 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Ayam digoreng seketika dan angkat.
2.Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan 
   bunga cengkih. 
3. Bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar.sehingga naik 
   baunya.
4. Bila sudah naik baunya, masukkan air asam jawa dan juga 
   gula Melaka. 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan ayam dan gaul rata.
7. Bila ayam telah masak sepenuhnyer barulah masukkan 
   bawang goreng. 
8. Taburkan daun kari, biarkan hingga kuah kering dan 
   bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
*  Yang saya tambah, daun kari dan sebatang serai yang 
   diketuk/titik.


Nasi Arab Mandy...Resepi Nasi Sedap dan Mudah....

Ada pelbagai resepi nasi Arab, dan salah satunya nasi Mandy
cara masak ada pelbagai, ada campur daging kambing, campur
ayam dan ada yang bubuh bungkusan bara kayu arang sewaktu
memasak. Tapi kalau teringin sangat makan..masak aje cara
yang mudah...

Nasi Arab Mandy
Bahan-bahan :-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam
beras selama 20 minit
5 1/2 cawan stok ayam (air rebusan)
1 sudu besar minyak sapi @ butter @ minyak jagung,
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih - untuk ditumis
5 ulas bawang merah – dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
beberapa helai daun pandan 
Pewarna kuning telur @ serbuk saffron (koma-koma)
Garam secukup rasa

Cara memasak:-
1.  Ambik periuk nasi elektrik, panaskan minyak sapi @
    butter,tumis hirisan bawang merah dan putih, kayu
    manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
2.  Masukan stok ayam (air rebusan), masak sehingga air 
    stok mendidih, kemudian masukan beras basmathi yang
    telah ditoskan tadi, sedikit garam dan daun pandan.
3.  Biarkan nasi mendidih, bila nampak agak kering ,
    masukan safron @ pewarna kuning telur dalam nasi
    dengan cara titik.. biarkan sekejap barulah digaul rata
    nasi supaya sebati warna tadi.
4. Tutup nasi biar nasi masak sepenuh nya. (Masa ni boleh
    kismis di atas nasi).

*  Saya tambah bubuh kismis dan gajus. Air rebusan boleh
   ganti dengan kiub pati ayam. Saffron pulak beli masa
   ke Mekah haritu..itu pun beli sikit je...



Monday, April 28, 2014

Ayam Goreng Berempah Istimewa....Sedapppp Wehhh !!!!

Sebab apa saya kata ayam goreng berempah ni Istimewa ..
sebab banyak serdaknya.Serdak untuk bahan perap pada ayam 
goreng berempah ni  sedappp..sangattttt!!!!! Resepi dari 
Madiha. Tapi cara susunan ayat untuk resepi ni saya olah 
semula untuk mudah buat rujukan. Tapi jika nak resepi asal 
boleh dapatkannya pada blog Madiha aka Ratna.
Resepi yang memang bestttt sangat-sangat, tak rugi untuk 
anda mencuba…dan terima kasih pada Madiha sebab kongsi 
resepi yang sedappp bangeettt!!!.

Ayam Goreng Berempah Istimewa
Bahan-bahan:-
½ ekor ayam saiz besar (bersih dan potong ikut suka)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus

Bahan untuk serdak:
(kisar kering guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecil-kecil
(bergantung saiznya kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecil-kecil
(bergantung saiznya besar atau kecil)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal
lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan, potong  1 inci
(maknanya dapat 6 potongan setiap batang serai
(ini adalah untuk dapatkan serdak yang panjang-panjang)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecil serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara-cara menyediakan serdak.

   1.    Bahan-bahan di atas..dikisar menggunakan food processor
   atau blender kering.Blend sikit-sikit supaya bahan dapat
   dikisar.. sekali sekala kita goncangkan isi dalam kisaran 
   atau keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah 
   gunakan sudu dan sambung kisar lagi baki yang belum 
   lumat.
   Boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air 
   terlalu banyak sebab bahan perap lebih elok tidak 
   bercampur air sebab air yang keluar dari bawang pun 
   sudah memadai.
2. Perapkan ayam dengan semua bahan kisar bersama 
   garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati. Perapkan 
   selama 30 minit atau hingga satu jam.
3. Panaskan minyak, masukkan ayam satu persatu sekali 
   dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang 
   sederhana.
4. Sesekali rempah-rempah yang timbul dikacau perlahan-
   lahan. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih sikit 
   supaya tidak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia 
   belum garing.
5. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan.
6. Setelah garing bolehlah diangkat dan toskan.
7. Gunakan penapis berjaring halus  dan sauk/kaupkan 
   serdak-serdak yang dah garing dalam kuali tadi dan 
   toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). 
   Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengarih-
   garih sikit dasar kuali.
   8. Sambung menggoreng lagi ayam dan masukkan semua 
      rempah yang dikisar tadi untuk mendapatkan / 
      menghasilkan serdak yang lebih banyak.
   9. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan dan 
      taburkan serdak yang telah ditoskan. 

Tips : Untuk memudahkan menggoreng ayam ni guna 
       aje Non stick pan atau pemanggang ajaib.


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails