Friday, November 21, 2014

Cuti-cuti.. Di Soul Of Asia...Seoul Korea...Anneyeong haseyo !!!!! Bhg.1.

Memandangkan tiket penerbangan awal pagi, kami
ambil keputusan untuk menginap di Hotel Tune.


Pukul 5.00 pagi hantar Bagasi..lepas tu pegi Solat Subuh,
kemudian sarapan pagi...gerak masuk ke tempat 
pelepasan...sampai dua kali kena check..kat tingkat atas
kemudian tingkat bawah...baru boleh duduk kat tempat
menunggu kapalterbang. Penerbangan kami jam 8.00
pagi. Perjalanan mengambil masa 7 jam..Kapten Kapal
terbang buat pengumuman...masa kapal terbang mula 
gerak untuk meluncur, ada anak kecil penumpang yang 
baca doa naik kenderaan. 

Selepas 7 jam...sekitar jam 3.00 petang waktu Korea,
kapal terbang mendarat dengan lancarnya..Alhamdulillah.. 
Sebelum keluar ikut gate 14, sebab taxi yang kami booking
tunggu disitu...kami sewa Dongle Wifi...untuk senang dibawa
bila berjalan-jalan. Tunggu punya tunggu.......datanglah 
pemandu Mr.Kim Jang San..mak oii..Jumbo Taxi tu....
Limousine..cantik gilerrr...duduk kat dalam dengan tempat
duduk leather ..ada Wifi free...lampu dalam yang cantik..
tv screen besar untuk penumpang dan screen kecil untuk
tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah. Skrin 
GPS memang on sentiasa...Dari Incheon Airport kami ke
bandar Itaewon...tempat terletak apartmen 2 bilik yang 
kami sewa. Seperti biasa..pintu rumah orang Korea akan 
guna digital door lock atau finger print, dan rumah yang 
kami sewa tu digital door lock..
Rumah ni lengkap dengan mesin basuh, peti ais, tv,
WIFI 4G (lupa nak ambil gambar) WIFI Olleh tu untuk
jenjalan(kami sewa di Incheon Airport)...microwave dan
gas memasak yang disalurkan kesetiap rumah tanpa 
guna tong gas, macam rumah flat kat Wangsa Maju 
Seksyen 10 dan sewaktu dengannya. Lampu untuk
laluan masuk ditangga dan depan pintu menggunakan 
censored, bila ada orang, automatik lampu nyala..kalau 
tak ada lampu tu padam sendiri..macam pejabat baru 
En.Hubby di KL Central. Memandangkan negara tu 4 
musim..jadi sinki dan bilik mandi memang ada air panas...
dan rumah memang ada pemanas bilik. Satu bilik ada 
air cond, kipas tak ada.Kalau nak sejuk bukak aje tingkap
yang dipasang jaring anti nyamuk, masa kami sampai 
cuaca 6 darjah Celcius. Sejuk wehhh...!!!! 









Inilah pemandangan waktu malam di bandar Itaewon..
dan di sini banyak kedai makanan halal..orang Korea suka
minum kopi..berderet Coffee House, mereka suka keluar
pada waktu malam sebabnya waktu siang sangat singkat
dan waktu malam yang panjang dan disinilah juga satu-
satunya bandar yang ada Masjid.
Okey..sambung lagi Insha Allah....

Thursday, November 20, 2014

Acar Belimbing....Lain dari yang lain...

Resepi lain dari yang lain...di hidang bersama Nasi Minyak, 
Nasi Pelangi, Nasi beringin dan yang sewaktu dengannya.

Acar Belimbing Besi - Amy
Resepi asal : Juara Master Cheff Musim Kedua

Bahan-bahannya:
5 biji belimbing besi – di hiris nipis
2 tangkai cili merah – di buang biji dan hiris halus
2 cawan cuka putih
1 cawan gula
3 tangkai daun bawang – hiris daun dan bawangnya
Secubit garam

Cara-cara:

1.  Masak cuka dan gula dalam periuk sehingga gula likat.
   Tetapi jangan terlalau pekat.
2. Masukkan cili merah dan sejukkan.
3. Gaulkan belimbing dalam campuran yang dimasak tadi,
   gaul sebati dan perap seketika. 
4. Sebelum dihidangkan , gaulkan bersama daun bawang 
   yang dihiris dan hidangkan.


Apam Pisang...Senang dan Sedap....!!!


Assalam..lama dah tak mengupdate blog...bersawang....
berhabuk..mood pun hilang...jenguk blog sendiri pun payah
hmmm..!!!
Dah lama nak masukkan resepi apam ni...buat pun dah
lama....masuk kt blog ni senang nak buat rujukan samada
diri sendiri ataupun anak-anak...nak salin-salin dalam buku
macam zaman dulu-dulu ...memang tak buat dah....!!!! 

APAM PISANG
Resepi dari : AlongRoz @myresipi 

Bahan-bahan :
2 biji telur
1/2 cawan gula putih atau gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp baking powder 
4 biji pisang - dilenyek 
Secubit garam
1 tsp esen vanilla
Cara penyediaan :
Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Gaul sebati.
Sapu minyak pada loyang atau acuan kecil dan tuang
adunan. Kukus 45 minit untuk adunan di dalam loyang
atau 15 minit untuk adunan di dalam acuan-acuan kecil.
Hidangkan bersama kelapa muda parut atau boleh 
dinikmati begitu sahaja.

Sunday, October 26, 2014

Salam Tahun Baru Hijrah 1436

Masa berlalu dengan pantas…
Banyak yang belum disediakan
untuk dunia yang kekal…
Semuga Allah permudahkan dalam setiap urusan
Diberi kesihatan..kemurahan rezeki
Hidup dalam Iman. Mati dalam Iman
Keakhirat dengan Iman..

Amiin….

Sunday, October 12, 2014

Bajet....Wa Tak Hadam Laa Ni....!!!!

Bila hutang banyak,macamana nak berbelanja?Cer citer..!!

Saya tak pernah keje dengan Kemt.Kewangan, tapi pernah
lah buat bajet masa kat JPA Bhg. Biasiswa/Pinjaman dulu.
Tau lah juga walau serba sikit pasal pecahan kepala untuk 
peralatan pejabat, tiket kapalterbang, elaun dan macam-
macam lagi.
            
Contoh senang...perbelanjaan rumah..(ikut cara sayalah…)
Perkara pertama: Bayar semua hutang bulanan dulu…
Segala bil-bil, tak kira letrik, air (Selangor untung pasal 
kadang tak payah bayar pun pasal zero…)satelit tv..telefon 
dan segala cukai..pintu, tanah..maintenance..kalau duduk menyewa…bayar sewa…
Kalau ada hutang rumah, kereta, motor..(yang ini jangan 
sekali-kali biar tertunggak sebab hutang-hutang nilah,
boleh buat harta anda DILELONG. Jika ada KAD KREDIT
jangan sesekali biarkan TERTUNGGAK…sebab BENDA nilah
akan membuatkan anda jadi MUFLIS....
Lepas tu selesaikan jika ada ambil Takaful, tak kira 
perubatan,siswa, keluarga ke…ini penting untuk keluarga..
apatah lagi sekarang bil perubatan tinggi…masuk U mahal.

Kemudian baru masuk bab belanja…duit belanja rumah 
(duit barang dapur, duit pasar) duit belanja persekolahan 
anak..duit minyak, duit belanja kat tempat kerja (nak 
jimat bawa bekal)..belum lagi bab pakaian...ini cerita untuk
orang yang ada pendapatan tetap…dan gajinya bukan 
dalam paras atau lingkungan kelompok kemiskinan...
 
Jadi yang tak ada pendapatan tetap, atau gaji kecik..apa
cer????macamana nak berbelanja????Hidup diaorang pun
sama dengan orang lain semua nak kena bayar,bukan free
Tambah pulak kalau hutang banyak,nak bayar hutang pun
tak lepas..macamana nak buat plan pasal perbelanjaan??..
Kena pula kalau kerja toreh getah…harga getah jatuh merudum…sawah pulak bukan semuanya yang buat keje 
sawah tu tauke bendang..Nelayan tangkap ikan,tengok 
cuaca..kalau musim tengkujuh nak tangkap ikan kek 
mano?....Nak tunggu BRIM..bukannya BRIM tu dapat tiap
-tiap bulan...!!!Sementara nak tunggu duit tu..diaorang 
nak cekau kat mana???? Itu jika ada keje...kalau tak ada
keje..sebab tua, uzur..ada pulak yang sakit..aper cerr...!!!

Inilah yang wa fikir fasal bajet yang diumumkan…hutang 
dah bertampuk-tampuk..bertingkek-tingkek…tinggal sikit 
je lagi nak masuk line muflis..ada lagi ke duit..????
Ada lagi ke peruntukkan untuk perbelanjaan.??Sapa yang
terror pasal ekonomi..tak payah ekonomi cerita pasal duit
peruntukan tu mana datangnya cukuplah…Kalau hasil 
PETRONAS tu melimpah ruah banyak sangat...KENAPA 
TAK BAYAR HUTANG NEGARA??....why?why?why?..ini
belum masuk GST...kalo dah laksanakan ..??? Ada pakej
bantuan konon...yer la tuu???
Kasi wa faham...sekarang memang wa tak faham…bukan 
tak faham ajerr..dah tak boleh nak hadam…!!!


Berkorban? Terkorban? Bukan Cerita Pasal Raya Korban !!!!....




Naik lagi..naik lagi..naik lagi…!!!
Sampai berbuih mulut pun…
Menteri-menteri ni tak peduli..
Aper nak peduli ..diaorang bukan
kena bayar segala bil, tol, minyak kereta
Pemandu, orang gaji semua ditanggung
Naik kapalterbang, hotel, bercuti
Atau jamuan hari raya
Semua boleh claim..
Semua “Kerajaan” yang bayar…
Kerajaan = Rakyat pembayar cukai…
ini pun "Rakyat" tak boleh fikir ???
ini pun nak bising..naik 20 sen jerrr...
ada "jerr..". kat belakang tu...
Dua posen pada menteri..kat celah gigi jerr..
Tapi...sebab 20 sen tu laa...
segala mak datuk nenek barang
harga melambung tinggi...
Berkorban..Kena Korban...Terkorban sangatlah wehhh!!!!
Tapi nanti ada kata "Tak Bersyukur"
Jadikkkk... jual ajerrr.... sambal tumis !!!! 
kalo buh petai...satu ikat jerr dah rm 5 (lima hengget)
ada untung..????


Saturday, October 4, 2014

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails