Tuesday, December 9, 2014

Cuti-cuti di Korea...Bhg.7.. ( Dubai Restaurant, Namsan Tower)..

Plan hari ni..kami nak ke Namsan Tower..sebab esok dah nak
balik Malaysia…lepas zohor baru kami nak pergi..anak saudara
pergi menyopping kain ela…diaorang sms kata babah diaorang 
nak belanja Nasi Arab… kami keluar..abang dah tunggu..kami
pun gerak pergi ke Dubai Restaurant…
Ohh..cantik restoren ni..kami pun order..anak-anak saudara 
kata Nasi Arab kat sini sedap..tu yang abang nak cuba..





Wow..!!!memang sedap sangat.. Nasi Beriani Ayam, Beriani Kambing ..saya order falafel..sedap kudapan ni seakan-akan bergedel tapi rangup..abang siap order salad Arab lagi..salad yang ada buah zaitun tu...
Lepas makan kami pergi anak beranak aje ke Namsan Tower..
kami tunggu bas berhadapan Hamilton Hotel..bas ni dekat dengan
exit subway Itaewon gate no.4..bas untuk Namsan Tower no.03 guna ajer T Money.....












Bus stop untuk ke Itaewon...bila balik atau turun dari Namsan Tower tu...inilah tempat tunggu bas..ikut no.bas yang kita naik. 
Kat Namsan Tower ni ada muzium Teddy Bear..tapi kami tak
naik pun...kami lihat pemandangan dari tempat kunci dan 
disekitarnya ajerr...duit cash kena ketepikan sebab besoknya nak
balik kena bayar duit wifi yang kami sewa..satu hari sewanya
8,800 won (kena kali 6 hari) dan juga nak bayar jumbo taxi...
nak naik bas pegi airport boleh..(bus stop yang sama, berhadapan Hamilton Hotel dan no.bas 6030 terus ke Incheon Airport) tapi memandangkan beg pakaian banyak..tak larat nak menarik beg dari rumah sewa tu ke bus stop (walaupun jaraknya 10 minit ajerr..) nak naik teksi biasa...kami pula 5 orang..kalau baby atau kanak-kanak okey..untuk jumbo taxi kena bayar 85, 000 won...lagipun mana tau nak beli apa-apa ke kat airport nanti, saya pula memang ketepikan duit sebab saya nak simpan dalam album koleksi duit. 
Kalau boleh saya nak habiskan cerita bercuti ni..banyak keje yang nak di buat..tambah pulak sekolah dah nak mula balik..menjahit tudung dan lencana dah selesai...tapi baju belum bergosok...borang-borang dah siap isi... jadik kita sambung lagi...Insha Allah..

Cuti-cuti di Korea.....Bhg.6..(Namdaemun. Myeondong)



Hari ni kami ke Namdaemun..naik teksi..lepas tu jalan kaki masuk ke kawasan Namdaemun..kedai-kedai macam kat Petaling Street,
Bezanya Petaling Street ada gerai jualan…yang ni kedai-kedai lot
sepanjang jalan..ada kedai besar ada kedai kecil macam bazaar kat Jalan Tuanku Abdul Rahman..macam-macam ada…duit jerr
yang tak aderr…ha..ha..ha..tak cukup…





Kat sinilah kami beli souvenir..key chains, fridge magnet.chopstick
hiasan, frame berkaki...poster, poskad, kalendar..t.shirt, cap, brooch,
shawl, coins case, purse..hmmm banyak lagi... Lepas tu kami jalan
lagi menuju Myeondong..sepanjang nak menuju ke shopping kompleks...ada pasar malam..kiri kanan jalan kedai-kedai besar..




 


Kat sini ada Lotte Young Plaza...kat Dongdaemun Lotte Fitin...



 





Kalau nak shopping bawalah duit...kalau tak hulur ajelah kad
kredit atau debit..hmmmm....tapi kalau kad credit nak bayar bulan-bulan masak ngko...!!!
Sampai sini dulu...bersambung lagi..Insha Allah..

Thursday, December 4, 2014

Cuti-cuti di Korea...Bhg 5..( Dongdaemun - Doosan Tower, Lotte Fitin )



Malam kami ke Dongdaemun… tempat shopping yang canggih
manggih…saya suka bilik air di Doosan Tower…tak ada paip 
macam dalam bilik air kita tapi guna push button kat tepi
dinding yang bergambar…kalau nak tekan air..tekan aje kat
dinding yang bergambar tu…airnya tak adalah keluar macam
kat PWTC tu…boleh kuyup kalau tak betul…yang ni okey ..!!! 


  


Dek kerana pergi masa musim sejuk..kebanyakkan baju yang 
dijual adalah untuk musim sejuk…dapatlah beli blouse yang
sesuai untuk cuaca kat Malaysia..sehelai dua.. long sleeve t.shirt,
Nak beli jaket..si Iqa dah beli masa kat Itaewon..jadi beli blouse
untuk Diba…si Ira..sibuk dengan topi (cap)..kalau nak menyoping
di Korea..jangan bandingkan dengan Rm...kalau tak, satu hapa 
pun tak beli..kedai-kedai besar dah tentulah terima credit card 
dan debit card...kami kena ketepikan duit won..pasal nak menyoping
di Namdaemun. Di Namdaemun tu lebih banyak hadiah-hadiah souvenir dan kedai lebih kurang macam Petaling Street dan juga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (macam bazar). Jadik kad-kad tak main laa. Di Myeondong pulak kedai besar-besar..boleh guna kad kalau nak.
           
 Bersambung lagi...Insha Allah......                             

Cuti-cuti di Korea...Bhg.4..( 63 City, Aquaria..Yeouido Hangang Park)

Hari ni kami ke 63 City (Bangunan paling tinggi di Korea…)
kami gerak lepas solat zohor…waktu zohor di sini jam 12.00 lebih, senjanya pun awal (waktu Isyak jam 6.30 petang)..Kami pergi ke stesyen subway (Itaewon) beli kad T Money..(kad sebagai ganti tambang untuk kenderaan awam – seakan kad Touch N Go ) kemudian top up setiap kad..baru gerak untuk naik subway..
Kami berhenti di satu stesyen (Yeouinaru)..naik tangga..keluar ke jalan besar… dihadapan seberang jalan ada satu kawasan taman
yang menghadap sungai Hangang yang di khas untuk cruise, 
jogging dan naik basikal…. Kami ingat nak singgah situ
nanti…malas nak jalan ke 63 City..kami naik teksi…3,000 won…rupanya taklah jauh sangat (macam dari bangunan KKR/JKR ke SOGO lebih kurang)..
Sampai ke 63 City…kat situ ada Sea World (Aquaria) dan Wax Museum …juga pameran seni…yang berbayar Aquaria dan Wax
Museum…kami pilih masuk Aquaria je..abang dan keluarga dia
pilih nak masuk kedua-dua..kami 5 beranak masuk Aquaria
pun dah 70,000 won..kami cadang lepas Aquaria nak ke
seberang jalan ke Hangang Park yang kami nampak tadi.

Masa kat dalam aquaria tu.. ada macam-macam seperti Aqua KLCC... dan yang best hari kami pegi ada Live Show dari
pihak Aquaria...sapa nak tengok kena duk bersila...dan yang
bagus..disediakan lapik tempat duduk...kami ambillah sorang
satu...
Habis show kami gerak kat luar...dah janji dengan anak saudara
jumpa kat stesyen subway... kami jalan kaki menyeberang jalan
untuk ke Hangang Park...













Ohh..sejuk tenang aje..tak ramai yang jogging..yalah waktu
begini mungkin ramai ke tempat shopping sebab tengah sale 
untuk hujung tahun..yang ada kat situ saja berjalan-jalan, 
naik basikal duduk-duduk sambil makan (ada restoren tepi 
sungai) dan juga tempat kapal cruise ..yang bergambar…ambil 
angin petang. Kami pun tumpang sekaki – dua bergambar dikawasan tersebut. Anak saudara kata ..kawasan ni tempat shooting drama/filem Korea.  





Inilah nama stesyen subway tempat kami tunggu abang dan anak-anak saudara.  Didepan Taman Hangang Park ini stesyen subway
exit 3 dan exit 4 bertentangan dihadapan jalan besar. Exit 3
betul-betul bersebelahan taman..dan exit 4 pula diseberang jalan.
kalau teringin nak lepak atau naik basikal..bolehlah ke taman ni..

Bersambung lagi...Insha Allah.. 

Tuesday, December 2, 2014

Cuti-cuti di Korea.....Bhg.3..( Petite France )

Kami sampai di Petite France..orang ramai sungguh..beratur
beli tiket…lepas tu merayau disekeliling Petite France…
tempat shooting drama Korea. Di tingkat atas adalah 
guest house. Terdapat pameran barang-barang antik, 
barang hiasan dan dah tentulah barangan dari Peranchis. 
Ada café… ada tempat teater…

Pusing-pusing jumpa orang Malaysia, pelancung punyalah ramai…snap gambar sana sini, lepas tu kami pun balik..

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails