Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"
Friday, January 2, 2015
2014 Berlalu Pergi...(Tahun Tragedi dan air mata). 2015 Membawa Harapan...
Empangan
air kering..tak ada air..sampai habis
air
mineral di kedai
MAS
- MH 370 tak jumpa-jumpa sampai sekarang
MAS
– MH 17 di tembak jatuh
Banjir
melanda seakan Tsunami – rumah tenggelam, hanyut.
Air
Asia QZ8501 jatuh terhempas.
Itu
belum pasal harga barangan yang naik menggila
Menyakitkan
hati bila dengar jawapan dari menteri…
Jadi
yang ada hanya harapan, usaha, sabar, tabah dan doa…
semuga 2015 dipermudahkan dalam
setiap urusan.
Hidup
dalam taufik dan hidayah Allah SWT. Amiin.
Sunday, December 28, 2014
Pesawat Air Asia - (Surabaya - Singapore) Pulak Di Lapor Hilang.....!!!!
Pesawat AirAsia rute Surabaya-Singapura hilang kontak
setelah 8 menit lepas
landas. Berikut data lengkap
pesawat itu.
Data ini didapatkan dari Corporate Secretary Angkasa
Data ini didapatkan dari Corporate Secretary Angkasa
Pura I, Farid Indra Nugraha, Minggu (28/12/2014).
Rute: Surabaya-Singapura
Nomor penerbangan: QZ 8501
Jadwal : 05.20 LT (Local Time)
Jadwal Tiba: 08.30 LT
Nomor registrasi: PK AXC
Jam boarding: 04.40 LT (Local Time)
D/C : 05.25 LT
Off Chock : 05.27 LT
Take Off : 05.35 LT
Eta Sin : 00:35
Komposisi Crew QZ 8501
Captain : IRIYANTO
FO : REMI EMMANUEL PLESEL
SFA : WANTI SETIAWATI
FA : KHAIRUNISA HAIDAR FAUZI
FA : OSCAR DESANO
FA : WISMOYO ARI PRAMBUDI
ENG : SAIFUL RAKHMAD
POB (Person on Board) : 138 dewasa/ 16 anak-anak / 01 bayi
BGE(Baggage/bagasi) :106 Collies / 1305 Kg
CGO (Cargo) : NIL (nihil)
Semuga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah SWT.
Thursday, December 25, 2014
Kan dah kata...Sakan Bercuti!!!....
Nak beliau disalahkan sepenuhnya pun tak boleh juga pasal
beliau dilahirkan dalam "Dulang Emas". Anak golongan
bangsawan mana pernah hidup susah...dapat pulak isteri
yang semua orang kat Malaysia ini "faham"...
Jadi sebagai rakyat marhaen cuba baca artikel ini:
Malaysia sebuah negara sedang membangun dimana rata
-rata
rakyatnya miskin dan kurang berpengetahuan
memerlukan seorang pemimpin dari
rahim mereka yang
benar-benar bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi bertelinga
rakyat, berhidung rakyat, bermata rakyat dan juga
berkepala rakyat.
Kerana pemimpin dari rahim mereka sahajalah yang mampu
untuk
menghadam kemiskinan dan pernah mengunyah
penderitaan rakyat, memahami suka
duka rakyat. Saya
percaya seumur hidup Najib beliau tidak pernah bermain
banjir
dan tertelan air selut. Dia tidak pernah digigit
nyamuk dan betisnya dihisap
lintah. Atau pun kalau dia
ditakdir menyeberang air selut dia akan didokong
oleh
pembantu ayahnya. Telapak kaki Najib tidak pernah terkena
duri jauh sekali
tahi ayam moner.
Dia tidak pernah tidur di bawah khemah berunggunkan api, memakan
ubi kayu bakar. Yang dia makan roti bubuh kaya
dan keju bersama
"Ovealtine" atau "Milo" panas berasap.
Jauh sekali untuk
dia memakan ubi gadung, ubi keladi
dan juga ikan haruan dan puyu panggang
dibara api.
Jadi kalau seorang pemimpin tidak pernah merasai itu
semua, apa
dia peduli dengan nasib rakyat. Kesusahan
mangsa banjir yang bertarung nyawa
kini tidak pernah
tersentuh oleh hati nuraninya.
Sebab itu kalau hendak memilih pemimpin pilihlah dari
kalangan
kita, rakyat marhaen yang memahami denyut
nadi rakyat. Yang tahu kepedihan dan
keperitan rakyat.
Yang sanggup tidur dan bersama rakyat dalam keadaan
apa sekalipun.
Seorang pemimpin tidak lengkap dan ideal kehidupan
dirinya
sebagai pemimpin kalau setakat merasa atau
mengetahui penderitaan rakyat itu
menerusi audio video
atau foto sahaja. Tidak cukup setakat membawa novel
"Ranjau Sepanjang Jalan" untuk mengetahui penderitaan
rakyat miskin,
betapa sakitnya kaki dicucuk duri nibong,
susahnya menghalau burung ciak atau
bertarung dengan
ulat memakan padi. Tidak cukup. Penderitaan bukan dapat
dihayati menerusi sebuah lukisan bagai mana realistik
sekalipun.
Makanya kalau hari ini disaat rakyat berdepan dengan
kesusahan
melawan arus banjir tetapi Najib bersedap-
sedap bermain golf di Hawaii dan
berdakap dengan isteri
di pulau itu, jangan salahkan dia, sebaliknya salahkan
diri
kita sendiri kerana kitalah mengangkat dia menjadi perdana menteri negara
kita.
Artikel sepenuhnya di sini.
Tak apa Pak Nil.. jangan bimbang...Melayu Mudah Lupa!!!.
Doa Sewaktu Banjir Dan Di Landa Musibah.....
"Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul"
Bersabar dan terus berdoa...Allah tempat mengadu.
Rakyat dilanda banjir...Pemimpin dan geng kat mana..??? sakan bercuti...???
Ini pertanyaan dari rakyat marhaen.....
Pemimpin Malaysia dan geng kat mana?
Pemimpin Malaysia dan geng kat mana?
Apakah bercuti dan berehat di luar negara lebih penting
sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau
kalau sedang
bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan
menunjukkan keprihatinan sebagai
pemimpin kepada
rakyat?
Apakah tiada hati dan perasaan ??, tidak prihatin dan
Apakah tiada hati dan perasaan ??, tidak prihatin dan
lebih mengutamakan diri sendiri???dengan tidak sanggup
menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika
rakyat sedang sengsara ini ???.
menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika
rakyat sedang sengsara ini ???.
Rakyat sampai dah tak tau nak buat apa...rumah hanyut,
tenggelam..tempat penempatan pun dilanda banjir..bukan
satu dua negeri...Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak.
pihak penyelamat pun dah buntu..hanya bantuan orang
ramai, usaha dan doa kepada Empunya Langit dan Bumi,
agar air surut dan keadaan pulih kembali.
Takkan masih nak enjoy menikmati matahari terbenam
di LA dan matahari terbit di NY... hujung tahun lepas dah
buat, tahun ni sama jugak ke ????...Kat mana? Kat mana?
buat, tahun ni sama jugak ke ????...Kat mana? Kat mana?
Wednesday, December 10, 2014
Cuti - cuti di Korea ....Bhg,8 ( Incheon Airport )
Balik dari Namsan Tower..kami berkemas..kemas
pakaian dan bersihkan rumah yang kami sewa…sebab esok pagi dah nak balik…
Penerbangan walau pukul 11.00 pagi..kami kena awal..sebab dari Itaewon ke
Incheon ambil masa 1 jam lebih… jadi lepas solat subuh.. saya sempat buat nasi goreng
dan panaskan pizza.. En.Hubby turun buang sampah, bila masuk ke rumah ..dia kata “ Driver teksi dah tunggu..”
kami pun berangkut beg. Masa masuk jumbo teksi tu... suasana masih sunyi..padahal masa tu dah pukul 7.00 pagi....... sebab orang Korea tak keluar rumah lagi,
Sampai
kat Incheon Airport..tempat serah bagasi..belum buka lagi..jam 8.30
pagi baru buka...saya dengan En.Hubby pergi pulangkan dongle wifi yang kami
sewa kat tingkat bawah...
bila kami
naik,orang dah beratur serahkan bagasi.. lepas serah
bagasi baru kami gerak ke gate pelepasan...lalu Imegresen...
teliti
woo…sampaikan cream vaseline saya pun dia keluarkan
dan baca...
Masa kami
tunggu flight tu ramai orang Malaysia....yang kami
jumpa kat Hangang Park tu pun satu flight...termasuklah sorang
bekas artis Singapura ni...Maizurah Hamzah..masa pergi satu
flight...balikpun sama. Alhamdulillah..jam 5.00 petang kami sampai di
Malaysia.
TIPS:-
1. Jika nak bercuti ke Korea..tukar duit ringgit RM ke USD
terlebih dahulu..lepas tu baru tukar ke WON Korea.
2. Cari penginapan yang boleh masak, boleh bawa paket
makanan dari Malaysia yang ready made..seperti jenama
Sharifah..Brahim.. Jimat sikit duit belanja...
3. Jika nak shopping baju ikut cuaca Malaysia..datang musim
panas atau musim bunga.
4. Pengangkutan awam sangat tiptop (efisyen)...bas, teksi, subway... tak perlu bimbang untuk dari satu tempat ke satu tempat....
5. Kalau nak jalan- jalan ke pulau atau tempat popular mereka
pilih hari biasa jangan hari Sabtu dan Ahad..sebab kedua-dua hari tu rakyat Korea sendiri keluar melancong dalam negara
diaorang...sesak padat sangat-sangat...
6. Kalau boleh berbahasa Korea lebih mudah...tetapi jika tidak
boleh bertanya ditempat Information...malah ada pegawai
pelancungan di tempatkan seperti di Myeondong...ada pegawai
bertugas memberi map subway di stesyen subway...malahan
tempat yang memang pelancung pergi ada balai polis untuk pelancung.
7. Makanan halal banyak di Itaewon...ditempat lain ada..tapi kena
pandai cari...selalunya kami siap-siap makan dirumah dan
bawa air mineral dan roti atau coklat/pizza yang dibeli di kedai Arab Turki.
8. Masjid hanya ada di Itaewon...dari rumah yang kami sewa, lebih kurang 15 minit ..itu yang En.Hubby bagitau...sebab dia pegi solat dengan abang di masjid tu berjalan kaki..dia kata tak lama (Masjid di kawasan atas bukit)... jemaah ramai orang Arab...orang Korea Muslim tak ramai, adalah seorang dua.
8. Masjid hanya ada di Itaewon...dari rumah yang kami sewa, lebih kurang 15 minit ..itu yang En.Hubby bagitau...sebab dia pegi solat dengan abang di masjid tu berjalan kaki..dia kata tak lama (Masjid di kawasan atas bukit)... jemaah ramai orang Arab...orang Korea Muslim tak ramai, adalah seorang dua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















