Monday, January 25, 2016

Pawfect Inn Cat Hotel and Cafe ...Kepada Pemilik Dan Pencinta Kucing...


As Salam…artikel ni ditujukan khas kepada Pencinta Kucing.. Jika 
anda ingin bermain-main dengan kucing ..Pawfect Inn adalah 
tempatnya. Di sini anda boleh bermain-main dengan kucing-kucing 
yang sangat-sangat comel. 


   
 

Atau jika anda memiliki kucing dan anda ingin pergi bercuti lama 
samada dalam atau luar negara dan kucing anda tiada penjaga…
anda boleh menghantar kucing anda ke Pawfect Inn untuk dijaga.

Jika penat bermain kucing…anda haus atau perut terasa lapar, anda 
boleh makan dan minum di Café Pawfect Inn…diantara menu yang 
ada..Nasi Lemak, Sandwich, Bihun Goreng, Mee/Bihun Sup, Laksa. 
Ada kuih-muih seperti Seri Muka, Talam Keladi..Petang-petang ada
cucur ikan bilis, jemput-jemput pisang...dan makanan yang dihidang
ini..dimasak oleh ibu dan adik kepada pemilik Pawfect Inn ini sendiri.
Silakan lah yerr...

'



Anda boleh lepak minum di dalam atau selesa disebelah luar pun 
boleh juga ...!!!
Di antara bunga-bunga yang dihantar semasa perasmian Pawfect Inn…

Jambangan bunga ini dari pelakun
Nasha Aziz.
Kepada yang duduk disekitar Wangsa Maju,Setiawangsa,Hulu Klang, 
Dato Keramat. Gombak, Selayang atau yang berhampiran inilah
Pawfect Inn ..hotel untuk si kucing anda beserta cafe. Beralamat di 
No.43 G, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5, Wangsa Maju K.L.
Ohh!!..Pawfect Inn sekarang ada buat promosi untuk Chinese N.Year..

Sunday, January 24, 2016

Majlis Pernikahan Ammar dan Izzati...dan jalan-jalan di Kemaman dan Cherating...


As salam.. Awal Januari 2016 berlansung pernikahan anak saudara
Muhamad Ammar dengan pasangannya  Nurul Izzatti Jannah.
Memandangkan kenduri perkhawinan hanya di buat sebelah
perempuan di Kuantan Pahang.. jadi abang sewa dua buah
bas ke majlis tersebut….....satu bas untuk keluarga dan satu bas
untuk  kawan-kawan abang…udah macam rombongan Cik Kiah
hik..hik..hik..

Lepas solat Subuh kami pergi ke Tmn Melewati Hulu Klang sebab 
bas tunggu di situ….memang betul rombongan Cik Kiah…pasal 
masing-masing bawa bekal…saya cuma bawa orange cup cake dan 
dua kotak air mineral…anak-anak saudara ada yang buat kuih seri 
muka, kek gula hangus, ada yang sebelum subuh goreng karipap, 
kebetulan ada yang baru balik dari Krabi siap bawa kacang goreng…
meriah sungguh..Kami sampai di Kuantan dah tengahari…majlis 
nikah dah lepas sebab dibuat sebelah pagi.. ibu pengantin dan adik 
beradik pengantin lelaki dah pergi sehari awal untuk majlis tersebut. 

Kami disambut oleh sipengantin lelaki dan Tuan Guru sekolah pondok 
beliau.
Pengantin lelaki, Tuan Guru dan yang siap bersamping tu
 bapak pengantin.


Kawan-kawan se Pondok.

Kawan-kawan pengantin perempuan....

Pasangan pengantin..




Dua buah bas rombongan Cik Kiah berhenti di Kemaman

Lepas majlis kami singgah Masjid solat zohor..lepas tu rombongan 
terus ke Kemaman. Abang belanja makan satar, bukan satar je..
keropok lekor cuma otak-otak tak sama macam kat KL..sebab sekeping
isi ikan seakan ikan bakar atau pais ikan, saya pulak makan pulut 
durian...sedap sangat..



Tag line ahli rombongan "tengok jerr..."
Konon tak nak menyopping...
tapi tempat bagasi penuh..!!!

Lepas Kemaman kami singgah Cherating...tapi kebetulan dah petang
sangat dah nak masuk Maghrib..jadi kami dipantai sekejap..lepas tu cari masjid untuk solat..sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur...

Friday, December 25, 2015

Tuan Sadiq Segaraga dan Tuan Penasihat...

Banyak yang P. Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi 
kenyataan.  Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman. 
Begitu jugaklah dengan filemnya 3 Abdul, kisah tiga beradik yang 
namanya bermula dengan Abdul dan orang kaya penipu Tuan Sadiq 
Segaraga seorang ahli perniagaan yang hampir bankrap dan 
Tuan Penasihatnya Kasim Patalon 20 persen.

Dialog yang popular yang kejadiannya terjadi pada zaman ini.
“Kita bahagi harta ini secara demokrasi…. Kanda serahkan
semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.”
“Demokrasi apa?” “Demokrasi terpimpin…”
”Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!”

Tuan Penasihat “Sebelum mereka kawin kita mesti buat
satu syarat (bisik)…”
Tuan Sadiq Segaraga “Bagus. memang saudara seorang
yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat 20%” 
Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu
penyangak. Dah kena dah penyamun jual si penyangak..
apa salahnya (gelak)

“kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun
muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai
yang boleh kena tipu ni fasal apa? Kamulah yang bodoh!” 

Ini pulak dari Filem Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam duk sibuk kisah penipu, penyamun, perompak rupanya
cerita P.Ramlee Nasib Do Re Mi terselit mesej ni....
Cerita Madu Tiga..walaupun mesej ni troll..


Hanya Jauhari mengenal manikam...???

Wednesday, December 23, 2015

YEAR END SALE !!!



Ada yang nak tumpang iklan kat blog ni…jadi kau orang semua
kalau nak singgahlah kat IG di bawah:-

JUALAN MURAH..!!!!
Nak beli bawal crepe bidang 45", nak beli novel Pre-love boleh singgah di
IG - ATTIRE.CO  atau hubungi wasap 0193223511.
Ada macam-macam warna ada banyak novel pre love..

Promotion Price !!!
Bawal Crepe Bidang 45’
·        RETAIL.
Ø RM6 / PCS.
·        BORONG Pick Colour.
Ø 10 pcs – RM6/PCS
Ø 20 pcs – RM5/PCS
·        BORONG Random Colour.
Ø 10 pcs – RM5/PCS
Ø 20 pcs – RM4/PCS
Shawl Keknis
(Chiffon,Jahit Kelim , End Square)
Measurement : 1.8m x 0.7m.
·        BORONG Random Colour.
Ø 10 pcs – RM10/PCS
Ø 20 pcs – RM9/PCS
! FOLLOW ORDER FORMAT FOR FAST RESPOND!
Whatsapp : +60193223511
NAMA:
ALAMAT:
POSKOD:
NO.FON:
ORDER: (IKUT CODE COLOUR)
*ALL EXCLUDE POSTAGE*
*TUE & WEEKEND NO POSTAGE*


















Ini di antara novel-novel pre-love... ada banyak lagi.           




Selamat menyinggah di IG Attire.co

Salam Maulidur Rasul 2015


Tuesday, November 24, 2015

Bila Musang Berjanggut !!!

Biasakan tengok cerita Tan Sri P.Ramlee?? Biasakan tengok cerita Musang Berjanggut..
sapa tengok cerita ni mesti ingat atau n tau dialog Mamanda Menteri Nikah Kahwin 
(Menteri Agama) dengan Isteri Tun Nila ... si Puspawangi, bila Mamanda Menteri 
menyelinap masuk kerumah Puspawangi :-

Puspawangi: "Kanda Datuk nikah kahwin..salah atau tidak jikalau seorang lelaki 
masuk kerumah seorang perempuan ketika suaminya tiada dirumah?"
Datuk Nikah Kahwin :- " Oh!, itu salah! Salah besar ! "
Puspawangi:- " Kalau begitu, kanda ni pun salah lah ?"
Datuk Nikah kahwin :- " Salah jugaklah, tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam 
negeri  ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam". 
See..!!!!! Kata pepatah Melayu " Seperti Musang Berbulu Ayam"....

Duit mana lagi yang nak di sapu..???
Apa saja yang berbentuk Tabung…Lembaga..Yayasan…duit dana… semua malaun rembat…
tak kiralah yang tau hukum... yang jahil hukum...semuanya kaki sapu...
Lepas ni apa lagi????  

Nak hidup mewah..nak makan angin...nak menyoping...nak berhuhuhu..nak berhahaha...
tapi semua nak "PERCUMA" Apa barang!!!!...
Ada yang tukang back up...kata "JIMAT"..Jimat.....Ada makna ..jimat duit poket sendiri???
Duit zakat...duit anak yatim.. duit tabung...ssesuka suki ajerrr...rakyat marhein yang papa 
kedana juga jadi mangsa....

Apa yang boleh dirembat..dirembat..apa yang boleh dijual...dijual...macam ni Mati lah nakkk!!!!

Sebegitu bengkoknya tiang
Begitu jugalah bengkoknya bayang

Gajah liar depan mata di biar merembat
Semut seberang laut juga yang diperhambat ...!!!!


Kalau dah bukan hak tu...janganlah sesuka hati..memandai-mandai jadikan hak...lepas
tu yang melapor terkena...yang buat salah..slumber badak, muka toyerr buat bodo....!!!


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails